Red Forest Umpama Suasana Hutan Dalam Scene Filem Aksi Antarabangsa

Share

Bukit Buluh yang terletak di Felda Padang Piol, Jerantut Pahang mempunyai keunikan tersendiri apabila pokok di kawasan itu kebanyakannya memiliki batang berwarna kemerahan. Dek kerana keunikan tersebut juga Bukit Buluh dikenali sebagai Red Forest bagi kebanyakan pendaki.

Sumber Foto: Syed Hafeez Al Yahya

Keindahan alam semula jadinya yang cukup mempesonakan ternyata menarik ramai pendaki tempatan. Di sini pendakian mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke puncak. Bukit Buluh ini berketinggian sekitar 331 meter di mana bagi peminat sukan ekstrem mendaki Bukit Buluh bukanlah sesuatu yang agak sukar untuk ditawan. Makin tinggi pendakian makin cantik pemandangan yang disajikan.

Sumber Foto: Syed Hafeez Al Yahya

Pada awal perjalanan pendaki perlu menempuhi kawasan ladang kelapa sawit sehinggalah menemui satu kawasan laluan di bawah sebuah pencawang. Kemudiannya pendaki akan mula meninggalkan kawasan terbabit dan memasuki kawasan hutan. Ketika ini, bagi yang tidak biasa mendaki akan mula terasa lelah. Sebelum sampai ke kawasan berbuluh, pendaki akan dihidangkan dengan pemandangan yang agak mengecewakan. Namun setelah berjumpa kawasan berbuluh di mana dari situ boleh tahu, pemandangan yang indah akan dapat dilihat tidak lama lagi.

Salah satu pokok yang terdapat di Red Forest di mana batangnya seakan-akan disimbah cat merah. Semakin mendaki ke atas, semakin cantik pemandangan sekitar hutan itu sehinggalah berjumpa dengan kawasan dinamakan sebagai Red Forest. Memang cantik sangat pemandangan di Red Forest itu.

Sumber Foto: Syed Hafeez Al Yahya

Keindahan kawasan terbabit terlalu sukar untuk digambar dengan kata-kata melainkan pengunjung mendaki dan merasainya sendiri. Bayangkan bagaimana kawasan hutan berwarna merah boleh berada bersebelahan hutan berwarna hijau. Ia memang sesuatu yang menakjubkan. Red Forest umpama suasana hutan dalam scene filem aksi antarabangsa yang popular.

Sumber Foto: Syed Hafeez Al Yahya

Ramai yang belum mengetahui kewujudan Red Forest termasuklah penduduk sekitar.  Semoga keindahan yang terdapat di kawasan Bukit Buluh Red Forest ini terus terpelihara dan dilindungi dari sebarang kemusnahan agar ia dapat dinikmati pencinta alam sekitar dan generasi seterusnya.

Jika berpeluang sampai ke sini mohon supaya tidak memanjat pokok-pokok tersebut bagi mengelakkan kejadian buruk dan juga bagi memelihara permukaan kulit pokok yg berwana merah tersebut.

Nah, Libur belanja sikit gambar-gambar yang dikongsi oleh pendaki yang sudah pernah sampai ke sini

Sumber: karangkraf.com  

Oleh
Husna