Desaru, Johor sememangnya amat terkenal antara destinasi pelancongan utama di negara ini. Dengan kemudahan resort, hotel dan chalet berdekatan, ia terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negara.
Bagi yang ada plan nak berjalan-jalan selepas PKP berakhir, boleh masukkan Desaru Fruit Farm antara destinasi pilihan. Berkeluasan 180 ekar dengan pokok-pokok buahan hampir 20 jenis, berada di sini Desaru Fruit Farm seumpama duduk di dusun (bagi yang tidak mempunyai dusun pasti teruja dengan pengalaman begini).
Masuk ke pintu utama, berbagai jenis pokok sedia. Ada jenis bermusim dan ada sepanjang tahun dan sentiasa berbuah lebat. Jika buahan bermusim, ia terdiri dari durian dan sebagainya tapi bagi yang bukan bermusim, ada jambu dan sebagainya. Tidak itu saja banyak lagi pokok buahan seperti jambu air, jambu batu, rambutan, mangga, belimbing, nenas, pisang, tembikai, durian belanda, makisar, ciku dan banyak lagi yang boleh dinikmati terus dari ladang.
Ada beberapa jenis pakej boleh dipilih termasuk tour menggunakan ATV, Jeep selain lori yang boleh dijadikan pilihan mengikut kemampuan. Bagi yang naik lori, pakejnya RM25 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Pemandu pelancong akan memberikan penerangan mengenai ladang ini sambil memperkenalkan jenis-jenis pokok dan ia info yang baik bagi kanak-kanak. Bagi yang mahu makan tengahari, pakej ini juga disediakan termasuk bermain paint ball bagi yang gemar aktiviti lasak.
Bagi menggembirakan kanak-kanak, bukan hanya tour ladang, tapi petting zoo yang boleh diberi makan dengan lebih dekat turut disediakan selain masuk ke ladang herba.
Untuk info lanjut, korang boleh klik di Desaru Fruit Farm.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI