Rasai Pengalaman Unik Makan Di Dasar Laut, Tarikan Terbaru Sea Life Legoland Malaysia

Share

Teringin untuk merasai pengalaman menikmati hidangan makanan sambil dikelilingi hidupan laut.

Tak perlu pergi ke Maldives sebaliknya anda boleh nikmati pengalaman itu dalam negara saja.

Rasai pengalaman unik makan di dasar laut pertama di Malaysia di Sea Life @ Legoland Malaysia.

Di sini anda akan dapat menikmati empat hidangan di bawah suasana romantisme di kelilingi oleh hidupan laut termasuk makhluk bintang SEA LIFE Malaysia: Hiasan Karang Black Tip dan Hiu Zebra!

Dan bagi mendorong semua orang mencintai kehidupan laut, makanan di sini adalah semua masakan yang bebas makanan laut.

Paling best anda juga boleh pilih empat pengalaman berbeza didasar laut seperti Terowong Laut, Pemandangan Laut, Gua Lautan, dan Kapal Karam Tenggelam.

Selain itu pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pemandangan indah pamerán hidupan laut di Sea Life ini ibarat seperti berada dalam kapal marine.

Suasananya cukup menyeronokkan dengan muzik background seperti dalam air yang sangat memberi ketenangan.

Selain melihat akuarium yang menempatkan pelbagai jenis hidupan laut, kita juga berpeluang untuk merasai pegang sendiri Tapak Sulaiman.

Jadi lepas PKP 3.0 nanti bolehlah bawa keluarga menikmati tarikan terbaru di Legoland ini dan rasai sendiri pengalaman berada dalam dasar laut.

Untuk sebrang pertanyaan, boleh hubungi:

SEA LIFE @ LEGOLAND Malaysia
Waktu Makan: 6 PM
Harga: dewasa RM250; Kanak-kanak RM125
https://www.legoland.com.my/…/sea…/underwater-dining/

Photos credit : Legoland Malaysia, Viola_ching

Sumber: Gaya Trip Via Backpackers Buddies Malaysia

Artikel Berkaitan:

Bercuti Selepas PKP, Ini 5 Destinasi Berkonsepkan Keindahan Alam Semula Jadi Di Selangor

Rakyat Malaysia Paling Ramai Rancang Untuk Bercuti, Antara Tertinggi Di Dunia

Rasai Pengalaman Berkayak Di Tasik Putrajaya, Berteman Pemandangan Indah & Berbumbungkan Langit Cerah

Oleh
Siti Zurina Mat Saman