Tak perlu pergi jauh untuk menikmati pemandangan indah sambil melakukan aktivit lasak yang diminati.
Salah satunya adalah berkayak hanya di Kebab Tasik Putrajaya. Dengan bertemankan pemandangan di kawasan sekitar, pastinya aktiviti berkayak akan jadi memori terindah walaupun baru pertama kali mencubanya.
Terletak 30 kilometer dari selatan Kuala Lumpur dan walaupun terletak di kawasan pentadbiran persekutuan, tetapi sebenarnya menawarkan pelbagai aktivti menarik dan salah satunya berkayak.
Bagi yang mahu mencuba aktiviti berkayak ini pada keluasan 650 hektar menyelusuri pemandangan indah di sekitar Tasik Putrajaya ini.
Jadi untuk yang mahu mencuba pertama kali aktiviti berkayak secara single, bolehlah menaikinya dengan hanya caj dikenakan RM10.60 sejam dan bagi yang untuk Double Kayak
dan Canadian Canoes pula caj hanya RM15.90 setiap jam.Untuk yang berminat mengisi masa senggang di hujung minggu, teruslah hubungi Kebab Tasik Putrajaya pada maklumat di bawah ini. Dan rasai sendiri keseronokan pengalaman berkayak.
Kelab Tasik Putrajaya
62250 Putrajaya, Malaysia
03-8889 5008
SUMBER: PLACES MALAYSIA
VIA BACKPACKERS BUDDIES MALAYSIAArtikel Berkaitan:
Wanita Kongsi Aktiviti Yang Korang Boleh Buat, Kalau Ambik Day Trip Ke Pulau Redang