Rasai Keseronokan Momen Staycation Dengan Barbie, BFF Si Gadis Di Tengah Kota Metropolitan KL

Share

Mengimbau momen sewaktu di zaman kanak-kanak, Barbie menjadi sahabat paling setia yang menemani kanak-kanak perempuan tika dalam jaga atau tidur.

Malah tidak lengkap hidup mereka itu jika tidak memiliki koleksi Barbie yang memang terkenal seantero dunia.

Apabila dewasa, pastinya momen bersama Barbie akan tetap terpahat dalam minda. Malah sesekali pasti rasa rindu si gadis dengan Barbie bertandang.

Jangan risau bagi para gadis yang merindui Barbie, anda boleh menikmati keseronokan bercuti dengan si merah jambu kesukaan ramai ini yang sentiasa melemparkan senyuman manis pada anda.

Grand Hyatt Kuala Lumpur akan merealisasikan impian bagi gadis yang mahu staycation dengan Barbie.

Mereka sangat teruja untuk mempersembahkan Barbie Ultimate Staycation by Grand Hyatt Kuala Lumpur—pengalaman staycation tematik pertama untuk anda menikmati sisi merah jambu kehidupan.

Bukan satu atau dua tetapi menyediakan 14 bilik bertema merah jambu dengan pemandangan menghadap latar langit Kuala Lumpur yang dihias tema dengan pelbagai cerita untuk dikongsi antaranya Barbie You Can Be Anything, Barbie Fantasy dan Barbie EXTRA.

Ikon kepada dunia keajaiban Barbie, Barbie Café melengkapkan perjalanan staycation dengan urusan makan yang tidak dapat dilupakan di restoran yang dihias dengan tema cukup menarik dan fotogenik.

Pengalaman tematik sepenuhnya dengan Barbie ditulis di atasnya menjadikan impian untuk staycation para gadis dengan BFF ini dapat direalisasikan

Jadi bagi yang berminat boleh saja menempahnya sekarang dan anda pasti tidak menyesal merasai momen paling bermakna dalam hidup anda selamanya.

Artikel Berkaitan:

Booking 2 Malam Tapi Semalam Je Menginap. Wanita Kongsi Pengalaman Seram Bercuti Di Sebuah Vila!

Ini 15 Tempat Menarik Sekitar KLCC Boleh Layan, Kalau Korang Staycation Di KL

Syoknya Percutian 5 Bintang Di Cameron Highlands, Kos Semalam Baru RM26. Sedapnya Makan Strawberi Putih

Oleh
Siti Zurina Mat Saman