Buat masa ini beberapa negeri di Semenanjung mengalami hujan yang tidak henti-henti hingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir. Dan biasanya perubahan cuaca ini pada hujung dan awal tahun.
Antara negeri yang mengalami banjir adalah Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor. Dan bantuan juga telah disalurkan ke negeri terbabit.
Jika kita merasakan negara kita mengalami cuaca basah dan lembap, tetapi sebenarnya ada negara lain yang dinobatkan sebagai negara paling basah di dunia. Terletak di Utara India, Mawsynram apabila menerima 11,8000 milimeter setahun.
Pengalaman berada menyaksikan dan merasai suasana hujan yang sentiasa turun dengan cuaca sentiasa berkabus seolah-olah berada dalam kepulan awan tebal.
Hujan oh hujan!
Jika hendak buat perbandingan, kadar purata hujan di semenanjung Malaysia adalah 2,400 milimeter setahun manakala Cherrapunjee pula sebanyak 11,777 milimeter setahun. Jauh sangat bezanya kan. Tetapi pekan Cherrapunjee yang terletak di negeri Meghalaya, Northeast India ini cuma dinobatkan sebagai tempat kedua sahaja.
Jadi, di manakah tempat ‘paling basah’ di dunia?
Juara tempat pertama yang menerima kadar hujan tertinggi di dunia adalah Mawsynram, sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 15 kilometer sahaja dari pekan Cherrapunjee. Mawsynram menerima kadar hujan sebanyak 11,800 milimeter setahun. Bayangkan sahajalah betapa basahnya tempat ini.
Sebaik sahaja kami tiba di Cherrapunjee, seperti yang dijangkakan hujan turut menyambut kami dengan selebat-lebatnya. Ada satu kawasan air terjun yang sangat terkenal di Cherrapunjee diberi nama ‘seven sister waterfall’ tetapi hampa kerana keadaan pada waktu itu gelap berkabus.
Sangat berkabus dan sejuk seolah-olah kami sedang berada di dalam kepulan awan yang tebal. Sesekali ada juga terasa seperti berada di dalam alam mistik begitu. Pekan kecil Cherrapunjee ini suram dan sunyi. Yang riuh cuma bunyi rintik-rintik hujan yang sekejap lebat sekejap perlahan turunnya.
Kecewa dek kerana air terjun yang terselindung di sebalik kabus tebal, kami jalan-jalan sahaja sekitar kampung sambil sepak-sepak rumput. Frustlah katakan. Hehe. Tiba-tiba boleh pula ternampak fossil, saya kutip dan perhati betul-betul.
Sah, fossil ni. Kawan lokal saya beritahu, itu adalah fossil yang sudah berusia ribuan tahun. Ada bentuk seperti cengkerang yang masih utuh seperti batu. Unik juga kerana kami temui banyak fossil begitu berserakan di atas tanah.
Selang beberapa minit, awan yang maha tebal tadi telah beralih dan mula menampakkan ‘seven sister waterfall’ sedikit demi sedikit. Sunggu ajaib rasanya kerana cuma dalam masa beberapa minit sahaja pemandangan di sini boleh berubah dalam sekelip mata.
Nah sekarang terpampang di hadapan kami air terjun yang tinggi dan airnya menjunam deras ke bawah. Keliling air terjun pula kelihatan hamparan hijau yang cukup memberi rasa damai.
Pemandangan yang menakjubkan di sini cuma sekejap-sekejap. Selang beberapa minit, hujan turun dengan lebat dan ‘seven sister waterfall’ terkubur sekali lagi. Begitulah keadaannya bila berada di tempat kedua paling basah di dunia!
Oh ya, jika ada rancangan ke sini, baju hujan jangan lupa bawa
Kredit: FB TRAVELOG ET
Artikel Berkaitan:
Gadis India Miliki Rambut Terpanjang Di Dunia. Lagi Panjang Dari Tinggi Sendiri