Anda yang nak pergi ke luar negara lagi-lagi ke negara sejuk tu saya sarankan untuk cuba dan rasa dulu macam mana perasaan berada dalam kesejukan -6 darjah celsius di Snow World Genting.
Suhu -6 darjah celsius tau! Bukan 16 darjah celsius macam suhu penghawa dingin yang ada di rumah. Kalau anda rasa boleh terima dengan tekanan suhu di bawah takat beku di Snow World Genting, anda saya boleh kata lulus untuk pindah terus duduk di negara bermusim sejuk. Hehehe.
Baru-baru ni saya berkesempatan untuk datang dan menyertai cabaran yang dianjurkan oleh pihak Snow World Genting – siapa yang paling dapat bertahan paling lama dalam ‘peti sejuk’ -6 darjah celsius tu.
Fuh! bukan biasa-biasa untuk anda kekalkan mental dan fizikal di tahap terbaik untuk bertahan di suhu sesejuk itu. Saya sendiri hanya mampu bertahan selama 3 jam 20 minit sahaja! (lama juga sebenarnya tu, hehehe)
Ads
Yela, itu pun sebab saya ni orang muda. Makcik-pakcik mana yang ada ikut serta dalam pertandingan tu belum 30 minit pun dah ada yang mengalah. Biasalah, mungkin faktor usia membataskan mereka untuk berada lama di dalam Snow World Genting.
Pengalaman saya semasa berada di sana untuk cabaran tersebut ingin saya kongsikan kepada semua pembaca Libur agar semua dapat mengambil sedikit info di sini sekiranya anda ingin ke sana kelak.
Ads
Snow World Genting ini adalah taman permainan bertemakan musim sejuk yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 22,800 kaki persegi. Dulu ianya pernah tutup untuk satu tempoh kerana pengubahsuaian dan selepas projek itu selesai, tempat ini kembali di buka kepada pengunjung dan boleh memuatkan seramai 250 pengunjung dalam satu-satu masa.
Ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sana. Kalau anda bawa kanak-kanak, tak usah cerita la. Daya kreativiti diorang mungkin akan membuatkan anda semput berkejar ke sana ke mari untuk memantau pergerakan mereka.
Antara aktiviti yang paling menarik untuk anda lakukan bersama si cilik adalah sliding menggunakan pelampung dari tingkat atas. Snow World ini mempunyai beberapa lapis tingkat dan sliding yang saya katakan ini akan dilepaskan di tingkat yang atas ke bawah. Cukup mengujakan untuk kanak-kanak!
Ads
Ada mural yang diletakkan di sekeliling ruangan dalam Snow World Genting ini untuk memberikan anda satu perasaan dan berasa seperti berada di luar negara. Mural ini juga termasuk dengan banyak hiasan dalaman yang lain dan peluang untuk ke sini jangan dilepas tanpa sekeping gambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan anda.
Kalau anda nak ke sini satu hari nanti, tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 11.30 malam dan saya cadangkan kepada anda untuk memakai seluar yang tebal dan bawa sepasang stokin lebih untuk dipakai.
Sekalipun baju sejuk, sarung tangan, sarung kepala dan kasut ada dibekalkan kepada setiap pengunjung yang datang, percayalah cakap saya, kesejukan yang ada masih tembus dan boleh membuatkan anda menggigil!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jom santai-santai di Kebun Tokwan di Trong, Perak waktu cuti sekolah atau hujung minggu! Haaa… sesekali nak juga beli jiwa anak-anak dengan aktiviti luar rumah.
Tempat ini open untuk Walk In Harian, sampai sini anda boleh mandi sungai dan kolam. Memang best lah dapat berdamai dengan alam semula jadi, rendam tubuh badan yang penat dalam air sekejap, musim panas-panas, anak pun puas hati dapay layan suasana di sini.
Ada Tempat Berkelah
Nak berkelah atau buat BBQ pun boleh ya. Sesuai nak bawa keluarga besar sebab bayaran masuk pun cuma RM2 seorang untuk harian.
Jika nak sewa pondok anda kena bayar dalam Rm10 – Rm30. Kemudian kalau rasa nak bermalam di sini pun tak ada masalah. Memang boleh!
Jangan risau dengan cuaca panas sebab ada Chalet berhawa dingin dan tapak camping untuk anda juga.
Nanti datang Perak, cuba anak-anak dan keluarga tersayang ke sini, pasti anda rasa cukup gembira dengan suasananya. Nak-nak kalau dapat tidur semalam, bangun esok masih boleh main air dan berteduh di bawah pokok-pokok.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan banyak tempat-tempat pelancongan menarik dalam negara yang boleh dilawati. Namun kala industri agak sepi kerana negara mengenakan sekatan perjalanan bagi memastikan wabak COVID-19 tidak terus menjangkiti banyak individu.
Sesuai dengan istilah lockdown, kita perlu bermimpi dahulu dan menyimpul impian kemudian dan inilah yang dilakukan oleh Tourism Perak yang mempromosikan #TravelPerakLah.
Negeri ini cukup kaya dengan sejarah, keunikan dan alam semulajadi yang masih terpelihara. Malah penemuan Perak Man di Lenggong membuktikan sudah wujud manusia sejak 11,000 tahun lalu.
Perak Man adalah rangka manusia paling lengkap yang dijumpai di Asia Tenggara. Perak Man dijumpa pada 1991 di dalam Gua Gunung Rutuh Di Bukit Kepala Gajah, Lenggong Perak.
Ia dijumpai hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global oleh Universiti Sains Malaysia yang diketui oleh Profesor Emeritus, Datin Paduka Marina Majid dan pasukannya dengan Kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Perak Man tergolong dalam kelompok manusia Australo melanesoid. Perak Man juga menyumbang kepada sejarah perubatan dunia kerana menyumbang kerana merupakan satu-satunya rangka pra sejarah yang direkodkan dengan kecacatan sejak lahir.
Hasil penemuan rangka Perak Man juga telah berjaya merungkai banyak perkara berkaitan kebudayaan dan kehidupan manusia prasejarah pada zaman tersebut.
Namun tidak terhenti dengan Perak Man saja, Perak ada banyak lagi tempat menarik seperti Masjid Ubudiah.
Masjid Ubudiah ini berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki.
Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.
Bukan itu saja, Perak ada Masjid Seribu Selawat. Ia sebuah masjid terapung yang terletak di Kampung Teluk Gedung, Pangkor. Setiap bahagian dinding di dalam dan luar masjid dipenuhi ukiran seni halus Islam dan kaligrafi 1,000 selawat. Ukiran seni kerawang dan bunga yang menghiasi masjid ini adalah yang terdapat di Perak seperti bunga tekat dan ia menjadi tarikan. Masjid ini berunsurkan kesenian beridentitikan Negeri Perak.
Yang suka meneroka alam semulajadi, jangan lupa ke Gua Kandu, Gopeng.
Tak pun korang boleh pergi ke lima lokasi ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lokasi air terjun bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar sebelum ini.
Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ‘rare’ dan jauh daripada pengujung yang ramai.
Keindahan lokasi air terjun yang masih ‘dara’ sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Walau bagaimanapun, untuk ke lokasi air terjun sebegini selalunya pengunjung perlu menggunakan akses kenderaan pacuan empat roda. Kenderaan biasa memang tidak dapat membawa anda berkunjung ke destinasi sebegini dek kemudahan jalan yang tidak sesuai.
Nak tahu tahap keseronokkan trip sebegini? Ini pengalaman oleh Ella Isabella yang mengikuti trip offroad ke lokasi air terjun yang indah.
Trip ni bermula dari Kedai Makan Nasi Kukus Pokok Terajang. Wahh gangster tak nama pokok tu? Heee. Kami berkumpul dan breakfast kat sini dengan semua ahli trip. Haaaa kali ni aku awal ok. Jam 9am lebih kami mulakan perjalanan ke Lata Y. Eh, sebelum ke Lata Y kami singgah dulu sekejap mengambil gambar view cantik di Lata Berangin, Sg Pas, Kuala Krai. Jalan ke sini boleh masuk dengan kereta ya hadirin dan hadirat sekalian. Suasana pagi yang damai dan tak ramai orang membuatkan kami bahagia bergaloks dan mengambil gambar. Auchhh. Setelah selesai berposing maut like a model, kami meneruskan perjalanan kembali. So sesiapa yang dah meroyan nak pergi tu, tapi takde kenderaan 4×4 macam aku, so boleh la contact Ella untuk next trip.
Melalui jalan on road seperti biasa hinggalah ke Kg Mengkebang, Kuala Krai. Then, kami offroad selama sejam ke tempat yang di tunggu-tunggu the Lata Y.
Jalan offroad takde la menyakitkan sangat pinggang dan urat-urat kentut korang sebab agak cantik kerana banyak lori balak keluar masuk.
Di separuh perjalanan kami, leader trip berhenti di Sungai Y di mana ramai orang bercamping di sini. Patutlah kami berselisih dengan banyak 4×4 tadi, siap bermalam di sini rupanya. MasyaAllah, sungai yang sangat tenang, bersih dan dara.
Sekali lagi kami bergambar dengan riang, walaupun dalam hati aku tak sabar dah nak mandi wehhh. Haishhhh sabar naniey, aku tau lepas ni kau mesti jumpa waterfall yang paling awesome tu. Kata hati aku. Hahahaha
Eh, sebelum tu aku nak bgtau korang kenapa nama dia Lata Y. Ok sebabnya sangat senang. Air terjunnya yang mengalir ke bawah berbentuk Y. Haaaaa hebat kan kebesaran Allah ni. Subhanallah.
Ok, teruskan saja perjalanan dari Sungai Y dari tempat camping tu. Dalam 20 minit lagi maka sampai lah ke Lata Y. Masyaallah, subhanallah memang cantik yakmat gais. Air terlalu sejuk, bersih dan sangat suci. Ala-ala berada di alam lain pun ada. Sangat dara! Haishhh geram. Ya lah, sebab tak ramai yang data sini kecuali geng-geng yang ada 4×4 la kan?
Setelah angkat barang, kami masak bersama, ber BBQ bersama sambil mandi dan ada juga yang trekking ke atas hutan Y ni. Tapi aku tak join hiking sebab jaga anak . Hehehe.
Yang penting pengalaman pertama makan ubi kayu bakar. Haaaaa generasi Y sangat kan hakku.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!