Rangkaian Sunway Malls Raikan Semangat Keluarga Malaysia Sempena Ketibaan Hari Krismas

Share

Menjelang perayaan Krismas tahun ini dan sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) memperkenalkan kempen ‘Together for Good’ yang bakal menyaksikan pembeli-belah, pekedai, serta pusat-pusat beli-belah ini berpadu tenaga untuk memastikan tiada sesiapapun yang terpinggir daripada sambutan musim perayaan yang bakal tiba.

Sementara pusat beli-belah lain di seluruh negara bersedia untuk menghiasi kompleks mereka secara besar-besaran, Sunway mengambil haluan lain dengan menyalurkan bajet perayaannya kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Setiap pusat beli-belah Sunway akan menyediakan ruang khas bagi warga umum yang ingin menghulurkan sumbangan.

Sunway Velocity

Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada organisasi-organisasi kebajikan yang bekerjasama dengan setiap pusat beli-belah tersebut. Sejajar dengan komitmen Sunway ke atas Matlamat Pembangunan Lestari PBB, sebilangan dekor pusat-pusat beli-belah tersebut juga akan diperbuat daripada bahan-bahan yang dikitar semula dan berciri mesra alam untuk mengambil pendekatan yang lebih lestari.

Sunway Carnival Mall

Setiap pusat beli-belah akan diwakili oleh adiwira Krismas masing-masing seperti beruang teddy, pari-pari ajaib, elf Santa, sang gingerbread, dan rusa kutub yang akan menghiasi tema dan dekor pusat-pusat beli-belah tersebut, selain dipersembahkan dalam permainan Realiti Terimbuh (AR).

Permainan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Sunway Malls untuk memperbanyakkan elemen digital di pusat beli-belahnya, di mana pembeli-belah dapat mengamati sebuah pengalaman yang menyatukan dunia maya dan fizikal menerusi peranti mudah alih mereka untuk melengkapkan aneka permainan dan cabaran, lalu menerima ganjaran atas penyertaan mereka.

Together For Good Christmas

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan berkongsi bahawa sesuatu perayaan mengendong makna yang lebih besar jika ia disambut secara bersama, dan atas sebab itu kami telah memilih tema dan konsep ini untuk tahun 2021.

“Tahun ini juga telah membentangkan cabarannya buat kita semua, dan sementara kita terus mara ke hadapan, kita juga patut mengambil berat tentang golongan yang kurang bernasib. Sambil kita meluangkan masa dengan insan yang kita sayangi, semoga kita juga dapat menunjukkan keihsanan kepada insan yang lain – bagi pihak Sunway Malls, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas, dan Selamat Tahun Baharu.”

Kredit: Sunway Malls

Oleh
mohd farizul Ibrahim