Malaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kurang taburan hujan sehingga Oktober ini. Negara jiran Singapura, Brunei, Thailand dan Sumatera, Indonesia dijangka turut mengalami cuaca panas  yang sama. Bagi yang merancang percutian dalam negara, boleh buat persediaan dan mencari lokasi yang tidak akan menjejaskan kesihatan juga tahap keselesaan anda nanti ya!

Rancang Percutian Sesuai. Cuaca Panas Dijangka Melanda Malaysia Sehingga Oktober Tahun Ini

Menurut Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis, mereka menjangka negara akan mengalami kekurangan taburan hujan dengan cuaca lebih panas dan kering tahun ini tanpa fenomena El Nino dan La Nina sehingga Oktober.

Ads

Rancang Percutian Sesuai. Cuaca Panas Dijangka Melanda Malaysia Sehingga Oktober Tahun Ini

Kelima-lima negara yang terlibat telah membentangkan tindakan yang telah diambil untuk menangani kejadian kebakaran dan jerebu di negara masing-masing.

Ads

“Antara maklumat tindakan yang dikongsi ialah menjalankan pemantauan cuaca dan titik panas secara berterusan, menguatkuasakan undang-undang dan mensiap-siagakan peralatan dan sumber tenaga manusia untuk sama-sama memantapkan pemadaman kebakaran,” katanya.

Rancang Percutian Sesuai. Cuaca Panas Dijangka Melanda Malaysia Sehingga Oktober Tahun Ini Rancang Percutian Sesuai. Cuaca Panas Dijangka Melanda Malaysia Sehingga Oktober Tahun Ini

Ads

Inisiatif untuk menangani masalah jerebu di peringkat Asean telah dimulakan selepas episod pencemaran yang serius pada 1997 yang telah membawa kepada termeterainya penjanjian Asean Mengenai Jerebu merentasi sempadan yang ditandatangani oleh 10 negara di Kuala Lumpur pada 10 Jun 2002.

Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI