
Langkah kerajaan melaksanakan pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac 2020 lalu membawa kepada penurunan jumlah kes jangkitan COVID-19 harian hingga hari ini.
Perkembangan positif itu turut mendapat pujian seorang pencipta kandungan video dari luar negara. Seorang lelaki kelahiran Amerika yang dipercayai turut memegang profesion doktor gigi itu menghasilkan video menceritakan bagaimana Malaysia berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 berbanding negara lain di Asia Tenggara.
Dustin Pfundheller menerusi videonya berkata, video itu dihasilkan bagi memaklumkan kepada dunia mengenai kehebatan Malaysia menangani wabak pandemik yang tidak begitu dilaporkan media massa. Dua buah video telah dihasilkannya khas untuk membuka mata warga dunia mengenai kehebatan Malaysia tangani COVID-19. Ada yang mengatakan dia membuat video memuji Malaysia tersebut setelah ‘dibayar’, namun telah disangkal oleh beliau.
Ini antara video yang dihasilkan oleh Dustin Pfundheller:
Video Dustin Pfundheller dikongsi secara meluas oleh pelayar Facebook khususnya rakyat Malaysia yang rata-rata mengakui terharu dan sebak ketika menontonnya. Bukan itu sahaja, malah youtuber antarabangsa lain yang membuat ulasan mengenai kedua-dua video tersebut turut berbangga dengan pencapaian Malaysia, sehingga ada yang menitiskan air mata.
Ruangan komen youtuber-youtuber tersebut turut dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID-19.
Anda sebagai rakyat MALAYSIA, bangga atau tidak dengan pencapaian negara kita? Kami di LIBUR sangat berbangga dengan cara Malaysia tangani wabak pandemik COVID-19 ketika ini. #kitajagakita #kitamestimenang
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Bawa Kereta Sendiri Holiday Ke Langkawi. Jimat Sikit Katanya!

Cuti hujung minggu, cuti sekolah atau cuti perayaan apa sahaja, Pulau Langkawi sering menjadi pilihan destinasi untuk bercuti. Selalunya, cara popular ke Langkawi, pengunjung gemar menggunakan khidmat penerbangan udara atau menggunakan perkhidmatan feri. Sampai sahaja di Langkawi, kereta sewa atau khidmat teksi akan digunakan sepenuhnya selama percutian mereka di Langkawi.
Jarang la ada yang nak bawa masuk kenderaan sendiri ke Pulau Lagenda ini, kecuali mereka yang perlu berkhidmat atau berkerja di Langkawi. Jika anda datang ke Langkawi dengan keluarga yang besar atau dengan rakan-rakan yang ramai, ada yang mencadangkan untuk bawa kereta persendirian sahaja kerana lebih jimat. Ini ada beberapa panduan yang dikongsikan buat anda yang plan bawa kereta sendiri masuk ke Pulau Langkawi.
PERKONGSIAN 1
Ini pengalaman pertama kami bawa kereta naik feri ke Pulau Langkawi dari jeti Kuala Perlis. Ada dua syarikat perkhidmatan feri angkut kenderaan untuk ke Langkawi, iaitu Langkawi Auto express dan Ro-Ro. Kami pilih Auto express. Masa perjalanan dalam 2 jam (berbanding 1jam15min jika dengan feri penumpang).
Kos terlibat:
Tambang pergi-balik:
- Kereta Sedan, 1.6cc : RM300 (booked online)
- Dewasa x 1 : RM36 (Driver free je)
- Kanak2 x 2 : RM52
TOTAL: RM388nett.
Kalau nak bandingkan dengan naik feri penumpang:
1)Tambang feri pergi balik:
- Dewasa x 2 : RM72
- kanak2 x 2 : RM52
2)Parking kereta di jeti : RM10 x 4 = RM40
3)Sewa Kereta di Langkawi : RM100 x 4 = rm400
TOTAL: RM564
- Jika pergi 3hari 2malam pun masih lagi jimat dengan bawa kereta sendiri
- Lagi kecil cc kereta, sedan, lagi murah harga tiket
- Tak perlu beratur panjang, jalan jauh2. Hanya duk dalam kereta tunggu check in.
- Beli barang kat Langkawi pun tak perlu risau dengan beg akan berat dan susah nak bawa
- Tempat duduk penumpang dalam feri ni amat selesa, luas dan tak akan penuh. Ada meja, ada gerai, anak2 boleh berlari2.
- Boleh bebas lepak2 di dek, bergambar di puncak feri dengan menikmati permandangan.
Jika nak gunakan perkhidmatan RoRo atau Auto Express ni, pastikan tempah awal2, se awal tempahan dibuka (dalam 1-2 bulan sebelum tarikh), sebab ianya akan cepat je sold-out.
Kredit : Mohd Khairol Haswadi
PERKONGSIAN 2
- Dari jeti kuala perlis ke jeti tanjung lembong,kuah di Langkawi
- Terdapat 3 syarikat sahaja iaitu Roro Ferry Services, Langkawi Auto dan Dibuk Cargo
- Lebih baik book secara online, sebab takut penuh semasa walk-in. Kami bernasib baik kerana ada kosong semasa walk in.
- Trip ferry tak banyak, sehari satu atau dua trip sahaja
- Harga mengikut jenis kenderaan dan cc , termasuklah motor ( rujuk gambar)
- Harga penumpang adalah berasingan sekitar RM 36-39 return
- Sebelum cek- in kereta, perlu dapatkan dokumen dan pass di pejabat syarikat
- Patuhi masa cek in kerana kereta perlu beratur mengikut jenis kenderaan dan pemeriksaan kastam di Langkawi perlu mengikut masa ditetapkan.
- Tiada pemeriksaan kastam semasa di jeti kuala perlis, semasa cek in kereta di jeti langkawi,seorang penumpang perlu turun dari kereta untuk menjawab soalan2 pegawai kastam
- Hampir saya terlupa, dokumen yang perlu di bawa ialah salinan geran ,ic atau salinan ic.
- Semasa di dalam feri boleh tetap duduk di dalam kereta atau naik ke tempat duduk penumpang
- Tempat duduk penumpang serupa perkhidmatan feri biasa,ada tv dan aircond
- Terdapat juga tandas dan cafe untuk membeli makanan
- Perjalanan memakan masa sekitar 1 jam 45 minit
- Di kuala perlis, Pejabat syarikat terletak di kawasan berhampiran masjid, bukan di dalam terminal feri biasa.
Kelebihan: Boleh pergi mana-mana yang kita suka, shopping barang banyak2 tanpa perlu membawa keluar barang, sesuai untuk warga emas dan OKU. Boleh juga sambung shopping di Pekan Rabu,Alor Setar
Sumber: FB Suhaizad Saifuddin San
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wilayah Persekutuan Bertukar Biru!

Program Limpahan Lampu Biru (#LightItBlue) telah diadakan di 38 bangunan serta lokasi terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan sebagai simbolik penghargaan kepada seluruh rakyat dan petugas barisan hadapan melawan COVID-19.
Program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan bermula 30 April 2020 hingga 3 Mei 2020 jam 10.30 malam hingga 1 pagi melibatkan bangunan ikonik dan jalan utama di tiga wilayah persekutuan. Warna biru dipilih memandangkan ia adalah warna rasmi sektor perubatan yang membawa maksud kredibiliti, pengetahuan, kepercayaan dan fokus.
Tujuan utama program itu adalah demi menzahirkan jutaan terima kasih terhadap pengorbanan, kecekalan, kesungguhan, jasa dan keringat pasukan barisan hadapan, baik di sektor awam, swasta serta sukarelawan yang bertugas tanpa sempadan memerangi wabak COVID-19 untuk rakyat Malaysia.
Tidak ketinggalan beberapa negeri lain turut mengambil bahagian. Antara mesej yang ingin disampaikan adalah solidariti kepada semua petugas barisan hadapan khususnya di ibu negara selain perhangaan kepada pengorbanan rakyat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Orang ramai juga digalakkan menyertai inisiatif itu dengan memasang lampu biru di kediaman masing-masing.
Istana Negara turut tidak ketinggalan dalam menzahirkan solidariti kepada pasukan petugas hadapan dalam mengekang wabak COVID-19 dengan menyertai program Limpahan Lampu Biru anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan.
Dalam catatan terbaharu di laman rasmi Instagram Istana Negara, ia menyebut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta ahli keluarga lain berkenan agar seluruh Istana Negara dilimpahi dengan cahaya kebiruan.
“Program Limpahan Lampu Biru adalah sebagai sokongan dan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang berjuang mengekang wabak COVID-19,” menurut catatan itu lagi.
View this post on InstagramA post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bermula 16 September 7 Aktiviti Pelancongan Utama Dibenarkan Di Langkawi & Ini SOP Perlu Ikut

Nampaknya industri pelancongan dlam negeri kembali rancak apabila kerajaan baru-baru ini melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.
Justeru, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan membenarkan tujuh aktiviti pelancongan utama di Langkawi sempena pembukaan semula pulau peranginan itu kepada pelancong tempatan pada 16 September ini.
MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata, ia merangkumi kebenaran penginapan di hotel dan homestay termasuk semua fasiliti dalam premis hotel dan homestay (rumah inap), aktiviti perniagaan seperti mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran serta acara-acara pelancongan dan kebudayaan.
“Kebenaran juga diberikan untuk produk tarikan utama pelancong seperti aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, sukan lasak atau pengembaraan (adventure) atau taman semulajadi (nature parks), ladang (farms), akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial.
“Aktiviti pelancongan minat khas seperti golf, selam skuba, berbasikal, memancing, pelayaran dan sebagainya juga dibenarkan,” menurut kenyataan itu.
Turut dibenarkan ialah aktiviti eko geo-kembara seperti berkhemah, mendaki, kembara gua, dan ‘jungle trekking’ dan sebagainya.
Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain juga dibenarkan beroperasi.
Selain itu, turut dibenarkan beroperasi ialah taman tema dan pusat hiburan keluarga serta lawatan bersifat akademik seperti ke Geopark Discovery Center, Balai Seni dan Laman Padi.
MOTAC turut memaklumkan senarai itu bakal diumumkan secara lebih terperinci tertakluk kepada perubahan semasa.
Pada masa sama MOTAC juga sedang menyediakan pakej pelancongan yang lebih menarik untuk seluruh Keluarga Malaysia sebagai menghargai sokongan dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan domestik apabila kebenaran diberikan kelak.
Selain itu, MOTAC juga akan sentiasa membuat pemantauan dan mengadakan beberapa lagi sesi libat urus dengan para penggiat industri pelancongan serta pemegang taruh berkaitan bagi meluaskan gelembung pelancongan ini secara berfasa. – BERNAMA
Info Tambahan:
– Bilangan perjalanan feri ke Langkawi akan ditambah bermula 16 September ini susulan pengumuman pembukaan semula pulau itu sebagai destinasi pertama projek perintis gelembung pelancongan domestik.
– Pelancong yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri.
– Pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui jalan udara dan darat. Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.
– Manakala bagi pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari negeri Kedah dan Perlis, serta yang menggunakan jalan udara, mereka tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.
– Selain terhad kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin, antara SOP yang perlu dipatuhi pengunjung ialah ia mestilah percutian secara harian, bermalam, dengan tempahan penginapan atau tiket masuk yang dibuat lebih awal, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTA
– Tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.
– Dalam masa sama, perlindungan insuran serta saringan COVID-19 juga adalah tidak diwajibkan.
Sumber: Astro Awani
Artikel Berkaitan:
Industri Pelancongan Kembali Rancak. Langkawi & Pulau Di Terengganu Mula Dibuka Untuk Pengunjung!
Digelar Heavan’s Gate Di Kalangan Jurugambar, Pulau Mawar Di Mersing Masih Kurang Dikenali Ramai
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI