Anda dah tengok belum gambar yang tengah viral sekarang ni di Facebook? Gambar pemandangan Kuala Lumpur berlatar belakangkan Genting Highland yang diambil pada waktu malam.
Sejak dari 5 Mei gambar itu dikongsikan sehingga saat artikel ini ditulis, gambar oleh jurufoto bernama Jun Hung ini telah mendapat perkongsian sebanyak 6.3K dan lebih daripada 12K tanda suka.
Ramai yang kagum dengan hasil yang terpampang pada gambar tersebut kerana anda boleh lihat bangunan ikonik Kuala Lumpur iaitu Menara Berkembar Petronas tersergam indah dan juga latar belakang Genting Highland dengan jelas.
Kalau di fikir secara logik, amat susah untuk mengambil gambar tersebut kerana untuk membolehkan Genting Highland jelas kelihatan memerlukan jurufoto membuka aparture dengan besar dan shutter speed lebih lama. Sekiranya begitu, gambar KLCC akan burn disebabkan setting yang sedemikian.
Jadi, ramai yang menganggap bahawa gambar tersebut palsu.
Walau bagaimanapun, Jun Hung menjelaskan bahawa gambar tersebut berjaya dirakamkan melalui hasil ‘lens compression’ dengan menggunakan peralatan khas.
Disamping itu, komposisi gambar tersebut tidak diedit dan Jun Hung hanya menggunakan perisian Adobe Lightroom dan Photoshop sahaja untuk membuat talaan asas dan penggubahsuaian warna tona.
Menurut The Rakyat Post, Jun Hung merakamkan gambar tersebut melalui lensa kamera beliau di kediaman peribadi di Bukit Jalil dengan menggunakan mod ‘time-lapse’ sambil menonton Games of Thrones.
Tan mula menjadikan fotografi sebagai hobi selepas ibu bapa beliau membelikannya sebuah kamera pada usia 15 tahun dan beliau belajar cara dan teknik fotografi melalui pakcik beliau dan juga YouTube.