
Pulau Aur terletak di daerah Mersing, Johor merupakan antara pulau ‘hidden gem’ yang cukup mempersona.
Mungkin ramai yang tidak berapa tahu atau kenal dengan pulau ini kerana kurang mendapat promosi yang meluas. Tetapi percayalah, jika anda sudah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda jatuh cinta dan berpuas hati memilih destinasi ini sebagai lokasi untuk bercuti.
Terletak 80km dari Mersing, Pulau Aur adalah sebahagian dari Taman laut Johor. Ia semakin popular dalam kalangan pelancong kerana kolam semulajadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna-warni dan pantai yang cantik.
Di Pulau Aur terdapat tarikan Batu Berhala, batu bersaiz besar berbentuk singa yang mempunyai legenda tersendiri. Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti merentas hutan, pastinya tertarik untuk memanjat batuan besar menuju ke kawasan pelbagai.

Berdasarkan sejarah, pada Januari 1804, Pulau Aur pernah menjadi persinggahan tentera Perancis di bawah arahan Laksamana Linois bersama lima kapal perang bagi menjayakan misi pertempuran laut bersama British di Laut China Selatan.
Dari Pulau Aur, anda juga boleh ke sebuah pulau kecil iaitu Pulau Dayang yang terletak hanya bersebelahan sahaja. Seperti Pulau Aur, pulau ini juga cukup sempuna untuk anda yang suka akan kedamaian dan ingin percutiaan yang tenang.
Kedua-dua pulau ini merupakan pilihan terbaik bagi si kaki selam skuba kerana jaraknya yang jauh dari pantai. Air disini juga sangat jernih dan banyak spesis hidupan marin termasuk baracuda dan pari besar boleh ditemui disekitar ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Menabung Duit Travel: Simpan Dalam Tabung Tong Gas, Confirm Tak Ada Siapa Korek

Memang heaven kalau dapat pergi travel tiap-tiap tahun, lagi-lagi saing dengan bestfriend atau family kan. Bergelak sakan melepaskan tekanan dan pergi jauh daripada kesibukan seharian.
Tapi tak semua orang bernasib baik nak pergi travel selalu sebab majoriti daripada kita bukannya orang have-have. Lagi-lagi dengan ekonomi sekarang ni yang agak terperanjat sikit, menyebabkan kos nak travel tu meningkat.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang pelik bila ada kawan-kawan kita boleh afford untuk melancong ke luar negara setiap tahun. Macam mana diorang buat? Okay, setelah membuat kaji selidik dan kajian secara berterusan, Libur ada lima cara untuk anda menyimpan wang supaya cukup untuk keluar travel.
Teknik duit ganjil
Memang ramai yang berjaya dengan cara ni dan Libur pun salah seorang yang mempraktikkan teknik duit ganjil. Kaedahnya, setiap kali anda ada duit terkumpul yang berjumlah ganjil seperti RM1, RM5, atau RM20 dibelakang tu, anda asingkan siap-siap dalam tabung simpanan anda. Contoh hari ni anda ada RM23, asingkan RM3 tu dalam tabung simpanan. Pada awalnya, memang susah nak kawal perasaan menabung ni. Rasa macam nak korek balik daripada dalam tabung, tapi anda kena berdisiplin. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengan tabiat menabung ini dan rasa sayang nak guna bila tabung tu dah nak penuh sebab hasil simpanan duit itu yang anda nak gunakan keluar travel bersama bestfriend atau family.
Main duit kutu
Duit kutu ni biasanya kena ada geng yang main sama-sama. Lagi ramai, lagi seronok dan bersemangat nak main sebab selain dapat ‘beranakkan’ duit, anda juga dapat menyimpan. Sistem duit kutu ni macam biasa, mengikut undian dan giliran siapa yang bakal terima duit terlebih dahulu. Lagi satu yang best main kutu ni, anda boleh rancang awal-awal, apa yang anda nak gunakan duit tersebut. Sama ada nak beli tiket flight atau bayar duit hotel.
Simpan dalam tabung yang susah nak buka
Dulu waktu kecil, ibu bapa kita selalu ingatkan dan memberikan galakkan untuk kita menabung. Tapi dalam masa yang sama, kita selalu korek balik duit tabung tu. Hahaha. Itu yang simpanan seciput je. Okay, lepas ni, pakai tabung yang memang susah nak buka. Contoh macam tabung tong gas. Cari tabung yang tak ada pintu nak keluarkan duit. Bila dah penuh, korang terpaksa gergaji besi tabung tu. Dengan cara ini, akan memalaskan anda untuk korek balik duit tabung tersebut dan hanya rajin berusaha nak buka bila tiba masa yang diinginkan sahaja. Hasil daripada tabungan tu boleh la gunakan untuk pergi travel.
Bagi pada orang yang dipercayaai untuk simpankan
Teknik ini kadang-kadang berkesan sebab anda akan berasa segan nak minta balik duit tu. Contoh, anda minta mak anda simpankan. Kalau tak tahu malu, minta la balik duit tu. Confirm, kena bahan. Hahaha. Tiap-tiap bulan, asingakn sejumlah kecil duit dan bagi kepada individu yang dipercayai itu untuk disimpan.
Teknik paksa rela
Ramai diantara kita dah tahu kebaikan menyimpan dalam ASB. Selain dapat menggandakan duit simpanan, menyimpan di ASB juga salah satu cara untuk anda menyimpan dengan selamat. Anda akan mula rasa sangat rumit untuk menunggu di cawangan-cawangan ASB yang ada semata-mata nak keluarkan duit. Selain daripada itu, ASB juga memberikan dividen yang agak tinggi di hujung tahun. Lagi banyak anda simpan, lagi tinggi hasil yang anda bakal dapat.
Jadi, anda tak perlu lagi rasa sedih sebab mereput dekat rumah dan tengok kawan-kawan anda pergi bercuti. Anda juga mampu untuk ikut mereka kalau berusaha untuk menabung dan simpan wang secukupnya. Selamat berjaya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Tip Untuk Berjinak Dengan Kembara Ala Backpacker

Jika hasrat dan naluri anda untuk menjadi seorang pengembara, mungkin beberapa tip kembara ala backpacker di bawah ini boleh anda praktikkan.
Namun, jika belum bersedia, ada baiknya persiapkan mental dulu, kerana pengalaman backpacking dalam mengembara dijamin akan membuat anda mengerti makna kehidupan.
Siapkan Agenda Kembara
Anda perlu menghitung berapa lama anda akan mengembara pada suatu tujuan. Selain itu, fungsi agenda selain sebagai peringatan, juga membolehkan anda mengatur jadual yang tepat untuk libur ataupun untuk kerja. Maka, agendakan ia sebaik mungkin.
Ketahui Tempat Tujuan
Ingat ya, backpacking bukan traveling, jadi anda perlu ketahui tempat yang akan kamu tuju nantinya.
Setidaknya di sini anda harus faham mengenai tempat yang akan anda tuju berserta route. Anda boleh membaca peta online, ataupun peta jenis lembaran yang ada. Atau mungkin untuk lebih praktikal anda boleh cari di internet untuk ketahui lokasi yang akan dituju nanti.
Gunakan Laluan Darat
Setelah agenda sudah dibuat dan ketahui daerah tujuan, barulah langkah ketiga yang harus anda lakukan iaitu menentukan laluan yang akan kamu tujui.
Kebanyakan backpacker lebih senang menggunakan jalan darat dibandingkan dengan jalan udara. Namun hal ini tidak menutup kemungkinan jika nantinya kamu akan menggunakan jalan udara. Oleh itu biasakanlah berjimat dalam pengeluaran wang.
Jangan Mudah Mengeluarkan Wang
Untuk kembara ala backpacker, jangan mudah mengeluarkan wang. Kembara dengan hanya mengeluarkan wang sedikit namun mendapatkan kepuasan yang tinggi. Jadi usahakan agar diri kamu pandai dalam berbelanja. Untuk makan dan keperluan mandi kamu tidak perlu ke restoran mewah.
Semoga tip boleh menjadikan diri anda seorang backpacker yang kental.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersenam Sambil Beriadah Di 8 Lokasi Rekreasi Paling Cantik Sekitar Negeri Selangor

Isi Kandungan
ToggleSelain melakukan aktiviti senaman, anda boleh membawa seisi keluarga anda untuk beriadah sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam semula jadi. Di sini, pihak Tourism Selangor menyenaraikan 8 tempat rekreasi untuk anda kunjungi di Negeri ini serta meneruskan gaya hidup sihat!
1) Taman Tasik Shah Alam

Taman Tasik Shah Alam terletak berdekatan dengan tarikan popular di Shah Alam iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz atau dikenali dengan Masjid Biru. Taman Tasik Shah Alam menawarkan hiasan landskap yang sangat indah dan menghijau, yang berkeluasan lebih dari 43 hektar serta telah direka oleh arkitek landskap terkenal, Fumiaki Takano.
Taman awam pertama yang dibuka di Negeri Selangor pada tahun 1985 ini sudah menjadi habitat kepada hidupan air tawar. Keluasan dan keindahan seperti ini akan memberi ketengan kepada anda untuk melakukan aktiviti senaman atau berjoging apatah lagi di pagi hari.
2) Maya Park Eco Ardence, Setia Alam

Ramai yang menyukai tempat ini, Maya Park Eco Ardence yang terletak di Bandar Setia Alam ini. Dengan ruang terbuka dan sangat luas, tempat rekreasi ini sering menjadi pilihan pengunjung bagi menyaksikan pemandangan matahari terbenam, diiringi suasana tasik yang tenang.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini, antaranya adalah berjoging dan berbasikal di trek yang mengelilingi tasik tersebut. Sekiranya anda tidak mempunyai basikal, jangan risau kerana anda boleh menyewa basikal di sini!
3) River Track Cycle Park, Klang

River Track Cycle Park terletak di Klang, merupakan kawasan yang dikelilingi kehijauan yang memberikan ketenangan minda, badan dan jiwa. Nikmati panorama hutan bakau semula jadi yang berfungsi untuk meningkatkan persekitaran yang sihat dan lestari.
Laluan sepanjang 1.8 kilometer di tebing Sungai Chandong Besar adalah tempat yang sesuai untuk berjoging. Nikmati juga aktiviti berbasikal di trek sepanjang 3 kilometer yang dikelilingi dengan pemandangan yang menarik. Persekitaan yang tenang ini akan menjadikan pengalaman berbasikal dan berjoging anda tentunya lebih menyeronokkan!
4) Elmina Central Park, Shah Alam

Elmina Central Park terletak di Bandar Elmina di Shah Alam, kira-kira setengah jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Trek joging dan berbasikal yang dibuka kepada umum terletak di pintu masuk Bandar ini untuk pengunjung yang datang dari Guthrie Corridor Expressway.
Selain aktiviti senaman, anda juga boleh membawa anak anda untuk bermain di taman permainan dan berjalan di kawasan pejalan kaki sambil menikmati pemandangan yang cukup indah!
5) Perdana Lake, Jogging Track, Sunrise Point, Cyberjaya

Habiskan waktu pagi anda dengan bersenam di taman ini kerana ianya menenangkan di samping memberi keselesaan kepada anda untuk melakukan aktiviti senaman mahupun riadah bersama keluarga.
Di sini anda boleh berjoging sambil melihat keindahan tasik yang sangat luas, seluas pemandangan sambil menghirup udara segar. Trek joging dan berbasikal yang sangat luas ini akan memberi keselesaan kepada anda seisi keluarga. Bukan itu sahaja, anda juga boleh berkelah di tepi trek tersebut!
6) Ara Damansara Park, Petaling Jaya

Terletak di pinggir Bandar Ara Damansara, taman rekreasi ini memiliki pelbagai kemudahan termasuk gelanggang badminton, bola keranjang dan taman permainan. Ara Damansara Park yang menawarkan trek joging sepanjang 1.9 kilometer akan memberikan kepuasan untuk anda bersenam mahupun berbasikal. Selain itu, ramai pengunjung yang membawa anak kecil mereka untuk bermain di taman permainan yang telah disediakan di sini.
7) Dragonfly Park, Eco Grandeur, Puncak Alam

Dragonfly Park ini terletak di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam. Ianya merupakan sebuah lokasi yang sangat cantik untuk melalukan aktiviti riadah di waktu petang. Taman awam ini bakal memukau anda dengan pemandangan kawasan padang yang luas dipenuhi dengan kehijuan dan kawasan rumah urban yang sangat cantik.
Laluan trek joging nya mungkin tidak sepanjang trek-trek taman awam yang lain, namun ia tetap memberi kepuasan, di samping anda dapat menikmati keindahan sekeliling. Taman yang tidak terlalu ramai pengunjung ini sesuai sekiranya anda ingin membawa anak kecil untuk berbasikal di persekitaran Dragonfly Park ini.
8) Taman Jaya, Petaling Jaya

Terletak di lokasi yang sangat strategik, anda boleh pergi ke sini dengan menaiki pengangkutan awam iaitu LRT dan turun di Stesen Taman Jaya. Taman rekreasi ini merupakan sebuah lokasi yang popular dalam kalangan penduduk Petaling Jaya untuk melakukan aktiviti berjoging dan beriadah.
Taman yang tenang suasananya dan dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok dan sebuah tasik yang cantik ini juga menjadi tempat anak-anak muda meluangkan masa mereka bermain skateboard.
Tidak kira di waktu pagi mahupun petang, lazimnya ramai yang meluangkan masa dengan melakukan aktiviti yang menyihatkan seperti bersenam, berjoging dan berbasikal di taman-taman awam dna tempat rekreasi.
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kepada semua pengunjung untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI