Ramai sukakan serbuk Bonito Flakes yang dimakan bersama Takoyaki. Dicampur dengan pelbagai perisa, ia menambah rasa sedap pada Takoyaki yang kita nikmati. Namun ramai menyangkakan Bonito Flakes ini diperbuat dari makanan laut iaitu sotong yang disalai tapi sebenarnya ia diperbuat dari ikan.
Baca perkongsian Catatan Zunita Di Jepun
Korang panggil benda atas takoyaki tu apa? Sayap katu (kelkatu) jugak ke?
Nama benda ni sebenarnya Bonito Flakes atau empingan bonito. Bonito flakes ni memang jadi kegemaran ramai sebab rasa dia yang sedap, lagi-lagi kalau makan dengan takoyaki.
Tapi mungkin ramai tak tahu yang bonito flakes ni dibuat dari ikan atau spesifiknya dari ikan tongkol (skipjacks tuna). Haa.. mungkin ramai ingat dari sotong atau benda lain, kan? Tapi tak pasti kalau ada yang memang ingat dari sayap kelkatu.
Dan apa yang lebih menarik, cara nak buat bonito flakes ni pun unik. Cara dia, ikan tongkol perlu diasapkan (smoked) sekurang-kurangnya 5-6 jam dalam satu sesi dan kemudian direhatkan sehari. Lepas tu perlu diasapkan semula dan direhatkan . Kitaran ni perlu diulang sebanyak 12-15 kali!
Lepas proses tersebut, ikan tu perlu disembur pula dengan kulat atau Aspergillus glaucus culture. Ye, ikan ni disembur dengan kulat. Benda ni dipanggil katsuobushi.
Kulat ni dibiarkan sebati dengan ikan tu sampai lebih kurang 6 bulan. Kalau tengok kejadian masa disalut kulat tu.. tak pasti masih ada yang nak makan ke tak bonito flakes tu haha!
Hasil dia?
Ikan tuna tu akan jadi keras kejung yang teramat sangat. Lepas tu diorang akan sagat atau hiris nipis dengan alat khas (kezuri) untuk jadikan bonito flakes.
Ini cara tradisional lah nak buat bonito flakes ni. Cara moden dia tak perlu tunggu sampai 6 bulan pun nak bagi ikan ni keras kejung. Biasanya cara moden lebih cepat cuma katanya kalau cara tradisional tu lebih sedap lah. Hehe
Selain guna dekat takoyaki, bonito flakes ni jugak biasanya direbus untuk dibuat dashi (stok sup) untuk udon, soba dan sebagainya.
Harap lepas ni dah tak keliru sayap kelkatu dengan bonito flakes ya. Malulah followers sis tapi tak tahu
.
#CatatanZunitaDiJepun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI