Ramai juga rakyat kita dalam kalangan pendaki yang sangat teruja dan menanam impian untuk mendaki Annapurna.
Gunung Annapurna adalah antara tiga gunung yang paling tinggi dan berbahaya di dunia. Gunung Annapurna adalah salah satu gunung yang melebihi paras ketinggian 8,000 meter dan dari aspek kepayahan pendakian, Gunung Annapurna 1 adalah gunung yang mempunyai ketinggian risiko kematian berbanding Gunung K2 atau Gunung Nanga Parbat. Namun tiga gunung ini adalah paling susah dalam 14 gunung yang tertinggi di dunia.
Minggu lalu, empat pendaki rakyat Korea Selatan dan tiga pemandu pelancong warga Nepal dilaporkan hilang dalam kejadian salji runtuh di kawasan pergunungan popular Himalaya di Nepal pada 17 Januari 2020. Sebelum ini, banyak kehilangan turut dilaporkan akibat kejadian yang 'ditakuti' pendaki Annapurna.
Kejadian terkini salji runtuh yang berlaku di Annapurna itu adalah pada ketinggian 3,230 meter dari permukaan laut. Insiden itu berlaku di laluan trekking Annapurna yang terkenal pada kira-kira pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi (waktu tempatan).
Mangsa yang hilang adalah dua wanita berusia antara 30 dan 50-an serta dua lelaki berusia 50-an. Kesemua mereka adalah guru yang bertugas secara sukarela di Nepal. Ketika kejadiaan, sesemua mangsa dalam perjalanan turun dari Deurali ke Dovan semasa salji runtuh itu berlaku.Operasi menyelamat bertambah sukar apabila keadaan cuaca dilaporkan buruk.
Seorang pemandu pelancong dari syarikat Janbogo Tour Nepal, Sandesh Pandy berkata, disebabkan hujan berterusan selama dua hari berturut-turut di rantau Annapurna, mereka tidak dapat mendaki sehingga tapak kem. Mereka dalam perjalanan pulang dari Deurali ke Dovan pada Jumaat petang apabila salji runtuh terjadi. Itu yang dimaklumkan oleh salah seorang pemandu pelancong. Ahli yang lain dalam kumpulan itu melalui jalan yang sama hanya beberapa detik sebelum itu. Mereka berjaya menyeberang, tetapi empat warga Korea Selatan dan dua warga Nepal itu tersangkut.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI