Bila sebut tentang lipas, ramai lelaki mahu pun perempuan berasa geli saat terlihat binatang kecil ini. Tambah-tambah lagi jika ia lipas terbang. Rasa takut bercampur geli geleman itu membuatkan ramai yang tidak menyukai lipas.
Berbeza di China, binatang yang kita takut ini diternak bagi kegunaan perubatan dan ia mendatangkan duit bukan sedikit, mampu mencecah 648 juta dollar. Baca perkongsian John Mohamed mengenai industri penternakan lipas ini di China.
Bagi kebanyakan orang di China, lipas yang banyak menjadi satu kebiasaan bagi mereka. Apa tidaknya terdapat golongan orang yang menjadikan lipas sebagai punca pendapatan utama.
Mereka ini menternak lipas, dipanggil sebagai ladang lipas. Jutaan lipas tersebut akan akan diternak dengan menggunakan papan yang berlapis. Dari situ jutaan lipas akan bertelur dan membiak dengan banyak.
Mungkin bagi kebanyakan orang kita rasa geli dan takut tambah lagi bila lipas tersebut mula terbang tapi bagi orang yang kerjanya membela lipas itu merupakan perkara biasa yang dianggap tidak apa sangat.
Jutaan lipas yang dibela mempunyai fungsi yang tersendiri. secara umumnya kita tahu negara China mempunyai bilangan penduduk yang mencecah 1 billion ini tentunya banyak sisa makanan yang sukar dilupuskan.
Ads
Bandar besar yang tentu mempunyai masalah sisa sampah dan lebihan makanan biasanya akan dibuang begitu sahaja, namun ladang lipas tersebut sudah mula mendapat tempat.
Dulunya apabila banyak makanan yang tidak habis, mereka biasanya akan memberikan babi untuk makan tapi disebabkan oleh faktor terjadinya demam babi Afrika, pihak berkuasa mengarahkan untuk haramkan babi diberi makan dengan sisa makanan. Bermula lah episod dimana ladang lipas ini diberikan makanan dari sisa.
Ads
Dengan adanya ladang lipas tersebut, hampir 50 tan sisa makanan akan diberikan pada lipas supaya makan. Jadi dari situ pengusaha ladang lipas boleh mendapatkan sumber makanan untuk haiwan yang dianggap sebagai fosil hidup.
Lipad yang dibela juga akan dijual kerana lipas dianggap mempunyai nilai yang tersendiri. Ada orang yang menjadikan lipas ini sebagai ubat serta makanan untuk haiwan ternakan lain.
Ada yang membeli lipas untuk dijadikan makan pada haiwan ternakan mereka seperti babi kerana lipas mempunyai kadar protein yang tinggi.
Ads
Selain itu juga lipas turut digunakan untuk merawat pelbagai penyakit termasuk lah kanser, ulser dan luka. Disamping itu lipas turut digunakan dalam kosmetik seperti topeng muka, pil diet dan ubat untuk rawatan rambut gugur.
Dengan itu kerajaan China sendiri telah membuka ladang lipas yang terbesar di dunia yang dibina di Xichang. Fasiliti besar ini dikatakan mampu untuk menghasilkan 6 billion lipas dalam tempoh setahun.
Tempat ini juga dikekalkan dalam keadaan gelap dan lembab sesuai dengan keadaan lipas itu sendiri, dianggarkan terdapat 28,000 lipas setiap 1 kaki persegi.
Ladang lipas terbesar ini dikendalikan oleh syarikat pharmaceutical yang dikenali sebagai Gooddoctor. Dilengkapi oleh sistem ai untuk memantau keadaan pembiakan lipas dan pertumbuhan haiwan tersebut.
Syarikat ini menjual kapsul yang mengandungi lipas untuk kegunaan merawat pelbagai jenis penyakit kepada 4000 buah hospital diseluruh China dengan pendapatan bernilai 648 juta dollar. Sumber : John Mohamed
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bukan nak cakap besar. Tetapi terbukti silat adalah milik kita! Jangan ada negara lain yang sibuk-sibuk bergaduh nak 'claim' pula.
Silat merupakan seni bela diri tradisional telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai warisan budaya tidak ketara kemanusiaan (intangible cultural heritage in humanity) milik Malaysia.
Silat menyertai warisan negara yang lain seperti persembahan mak yong dan dondang sayang yang diiktiraf masing-masing telah diiktriaf sebelum ini pada 2008 dan 2018. Pengiktirafan itu hasil daripada persidangan mesyuarat jawatankuasa di Bogota, Colombia dihadiri oleh 24 ahli terdiri daripada negara-negara anggota yang dipilih untuk tempoh enam tahun.
Penyenaraian di peringkat UNESCO merupakan pengiktirafan bertaraf dunia ke atas salah satu khazanah warisan negara bagi warisan kebudayaan tidak ketara. Penyenaraian ini juga akan memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi warisan dunia dan secara tidak langsung akan mendapat perhatian pelbagai pihak dan dunia.
Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mewartakan silat dalam kategori seni mempertahankan diri sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009 selaras dengan Seksyen 67 (2), Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 654).
Pengiktirafan ini sekaligus akan mengukuhkan hubungan jaringan dengan kebanyakan negara anggota yang secara langsung akan membantu memudahkan Malaysia mengangkat lebih banyak pencalonan warisan kebudayaan tidak ketara pada masa akan datang.
Selepas menanti hampir sedekad, bagi pengguna Jalan Bandar Rawang yang merupakan jalan utama ke ibu kota pasti menarik nafas lega apabila laluan Pintasan Bandar Baru Rawang sudah dibuka kepada awam.
Pintasan itu terletak di Jalan Pintas Bandar Rawang berhampiran pusat bandar. Pembukaan pintasan yang telah siap dibina sekitar 2010 itu dijangka membantu mengurangkan kesesakan di pusat bandar yang menjadi rungutan penduduk sekitar, malah orang luar yang melalui kawasan itu. Selama ini Jalan Bandar Rawang hanya dibuka dari arah Kampung Datuk Lim Kim Sai manakala jalan menghala ke Kuala Lumpur ditutup atas isu teknikal seperti geografi tanah dan kedudukan pintu utama masjid berdekatan yang menimbulkan isu keselamatan.
Pintasan ini dijangka membantu mengalihkan aliran trafik terutama kenderaan dari Bukit Rawang Jaya dan Hulu Selangor dengan pengguna jalan raya tidak lagi perlu masuk ke pusat bandar sebaliknya boleh terus menghala ke Kuala Lumpur.
Pintasan sepanjang kira-kira satu kilometer ini dijangka menjimatkan masa perjalanan sehingga 15 minit.
Selain memanfaatkan penduduk sekitar, pintasan itu juga bakal memudahkan pengguna dari arah Utara seperti di Perak, Hulu Selangor, Sungai Choh, Serendah dan Batang Kali.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Wah, nampaknya bahang perayaan Tahun Baharu Cina masih lagi terasa dan Ahad, 17 Februari 2019 akan berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2019 bertempat di Dataran Centrio, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Pelbagai acara dan makanan menanti anda!
Kepada yang berada di Negeri Sembilan boleh datang beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai seawal pukul 7.30 pagi. Ada banyak acara dan pertandingan yang akan diadakan seperti Pertandingan CNY Idol, Peragaan Cheongsam, Pertandingan Line Dance dan Senam Seni Zumba & FitnJoy. Hadiah johan yang dipertandingkan sebanyak RM800!
Bukan itu sahaja, fiesta food truck, jualan rakyat, perkhidmatan kaunter bergerak pelbagai agensi kerajaan, aktiviti mesra rakyat, persembahan kesenian, pameran agensi kerajaan dan jualan makanan tradisional & tempatan turut ada menanti anda di sini.
Persembahan artis terkenal tanah air
Sambutan Tahun Baharu Cina ini turut akan menampilkan selebriti terkenal seperti Angelina Tan, Hael Husaini, Suki, Syafeek Ikhwan, dan Naqinasri. Lebih menyerikan majlis adalah persembahan istimewa daripada World Champion Lion Dance Group, Kun Seng Keng Lion Muar, yang didatangkan khas sempena sambutan kali ini.
Majlis yang gilang gemilang ini akan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam dan lebih meriah lagi apabila ia akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!