Rakyat ‘Terpaku’, Agong Singgah Santapan Di Restoran Biasa Di Putrajaya

Share

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengejutkan pengunjung di sebuah restoran biasa di Putrajaya pagi tadi apabila hadir untuk santapan.

Kehadiran baginda di restoran berkenaan turut menarik perhatian pengunjung yang turut mengambil kesempatan menyapa baginda.

Tiga keping gambar baginda sedang menikmati santapan telah disiarkan dalam instagaram @istana_negara dengan kapsyen ‘KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong singgah menikmati santapan di restoran Nasi Lemak Royale Kedah Putrajaya selepas selesai majlis Menghadap bersama YAB Timbalan Perdana Menteri di Istana Melawati Putrajaya

Rata-rata, komen yang ditinggal di bawah ruangan gambar tersebut memuji sikap baginda yang begitu merendah diri dan mesra rakyat. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar turut meninggalkan komen pada ruangan komen dengan titah “sedapnya….” .

Sebelum ini baginda juga pernah melakukan kejutan untuk bersantap dilokasi awam bersama Raja Permaisuri Agong serta beberapa orang anak baginda di Umai Cafe, Presint 2 selain beratur untuk membeli makanan di KFC Temerloh pada tahun lalu.

 

Oleh
Husna