Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengejutkan pengunjung di sebuah restoran biasa di Putrajaya pagi tadi apabila hadir untuk santapan.
Kehadiran baginda di restoran berkenaan turut menarik perhatian pengunjung yang turut mengambil kesempatan menyapa baginda.
Tiga keping gambar baginda sedang menikmati santapan telah disiarkan dalam instagaram @istana_negara dengan kapsyen ‘KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong singgah menikmati santapan di restoran Nasi Lemak Royale Kedah Putrajaya selepas selesai majlis Menghadap bersama YAB Timbalan Perdana Menteri di Istana Melawati Putrajaya‘
Rata-rata, komen yang ditinggal di bawah ruangan gambar tersebut memuji sikap baginda yang begitu merendah diri dan mesra rakyat. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar turut meninggalkan komen pada ruangan komen dengan titah “sedapnya….” .
Ads
Sebelum ini baginda juga pernah melakukan kejutan untuk bersantap dilokasi awam bersama Raja Permaisuri Agong serta beberapa orang anak baginda di Umai Cafe, Presint 2 selain beratur untuk membeli makanan di KFC Temerloh pada tahun lalu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal pendakwah bebas popular Ustaz Ebit Lew. Baru-baru ini kita semua maklum beliau berada di Mesir kerana Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
Namun viral sebelum itu apabila beliau dikatakan hilang kerana tidak muat naik status terbaru dan menimbulkan kebimbangan pengikutnya.
Dan selepas hampir sebulan terkandas di Kaherah, Mesir, akhirnya Ebit Lew serta pasukannya dilaporkan berjaya memasuki Gaza, Palestin untuk meneruskan misi kemanusian bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat di negara itu.
Berada di sana memberi peluang kepada Ustaz Ebit Lew menjengah kawasan yang menjadi mangsa perang baru-baru ini.
Menurutnya dia rasa sebak apabila ke tempat-tempat yang dibom di Gaza Palestin. Setiap hari ada tembakan dan ancaman bom malah penduduk di sana seolah-olah berada di penjara terbesar dalam dunia.
Ada pantai berdekatan untuk pergi berehat dan boleh pergi memancing tetapi tidak boleh lebih daripada 6 batu. Jika lebih akan ada amaran bom.
Sebak sayu ke tempat-tempat yang dibom di Gaza Palestin. Kadang orang yang sama cuba bina kehidupan tapi di bom. Sampai 3 kali bina dan hancur kembali.. Mula hilang seorang demi seorang ahli keluarga.
Bangun setiap hari fikir mungkin bom tiba-tiba jatuh atas mereka. Setiap hari ada tembakan,ancaman dan bom. Kami cuba bantu beberapa keluarga di sini. Semoga Allah terima semuanya.
Gambar kereta tu. Roket datang dan tuju sebuah rumah. Satu keluarga sedang berehat makan waktu petang. Semuanya syahid dibom. Ya Allah. Kereta tu terbang dari sebelah sana. Begitulah keadaan mereka.
Allahuakbar. Penjara terbesar dalam dunia. Mereka tidak boleh kemana-mana. Kadang order sesuatu sampai 2 tahun baru lulus kemasukannya. 6bulan tu biasa. Ada pantai tempat mereka berehat.
Boleh memancing tapi sekitar 6 batu sahaja. Jika lebih akan diberi amaran bom. Semalam jer 4 kali bunyi bom. Kita mula rasa sedikit 2 tahun ini bila covid melanda kita semua. Semoga Allah beri kekuatan pada kita melalui covid 19. Allah angkat covid. Semoga Allah beri kekuatan pada mereka semua.
Sebelum itu Ustaz Ebit Lew menerusi satu perkongsian di media sosial miliknya apabila dapat memasuki Gaza Palestin.
Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini.
Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.
Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus.
Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita. Terima kasih wisma Putra. Terima kasih Dato Idamoerni dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.
Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar.Terima kasih juga kepada YAB PM Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.
Terima kasih Palestin Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan.
Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan.
Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.
Semoga misi kemanusiaan ini dapat disempurnakan sebaiknya oleh Ustaz Ebit Lew yang memang jadi hero kesayangan kita semua.
Ternyata sedang kita semua tidak boleh merentas negeri, Tuhan memberi rezeki padanya untuk memasuki kawasan yang bergolak sebelum itu. Ayuh kita doakan keselamatan UEL dan team dalam menjayakan misi ini.
Aktiviti selam skuba di Malaysia sememangnya mempunyai pengikutnya tersendiri kerana boleh dikatakan terdapat pulau tertentu dalam negara yang sentiasa dipenuhi golongan ini. Bagi penggemar aktiviti ini, jika tidak melakukan selaman dalam tempoh yang lama, ianya pasti dirindui.
Namun, ketika negara sedang bergelut dengan wabak COVID-19, aktiviti ini perlu direhatkan sementara sebagai langkah menghentikan penularan pandemik ini. Ramai penyelam yang akur dan bersabar untuk turun semula ke dasar laut sehingga ada kebenaran diberikan semula. Tetapi tidak bagi segelintir penyelam yang barangkali terasa sangat gian untuk menyelam.
Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri telah menahan sebuah bot dan sembilan individu selepas disyaki melakukan aktiviti reakreasi menyelam di perairan Miri kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 31 Mei 2020 lalu.
Sebuah bot telah dikesan menjalankan aktiviti rekreasi menyelam pada jarak lebih kurang 12.7 batu nautika dari perairan Miri dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan surat kebenaran untuk melakukan aktiviti menyelam terbabit. Sembilan penyelam terbabit dibawa ke balai polis untuk dikenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana ingkar PKPB).
APMM mengingatkan agar semua komuniti maritim terutama pada pengusaha bot yang menjalankan aktiviti rekreasi seperti bot pemancing dan menyelam agar mematuhi PKPB yang sedang dilaksanakan. Semua aktiviti berkaitan pelancongan dan rekreasi hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada jabatan berkaitan.
Pasti ramai di antara kita yang pernah menggunakan perkhidmatan feri tatkala berkunjung ke Pulau Pinang. Walau jambatan gah iaitu Jambatan Pulau Pinang tersergam indah tapi bagi sesetengah orang masih berasa selesa menaiki feri yang menghubungkan tanah besar di Butterworth, Seberang Perai dengan bahagian pulau sejak 1894 yang merupakan pengangkutan awam laut tertua di negara ini.
Pengumuman perkhidmatan feri bakal berakhir pada penghujung tahun iaitu pada 31 Disember 2020 pasti menggamit nostalgia kerana ia merupakan sebahagian dari identiti negeri Pulau Pinang.
Difahamkan, perkhidmatan Feri Pulau Pinang ini berakhir kerana mahu memberi penambahbaikan kepada perkhidmatan sedia ada bagi memenuhi keperluan penduduk negeri ini kepada bot laju yang hanya membawa penumpang dan bukan lagi kenderaan seperti sebelum ini.
Sebaik perkhidmatan feri ini berakhir 31 Disember ini, mulai 1 Jan 2021 – 30 Jun 2022, Terminal Raja Tun Uda akan ditutup sepenuhnya. Operasi feri akan dipindahkan ke Swettenham Pier. Perkhidmatan feri hanya untuk pejalan kaki dan pengguna basikal sementara ia dibaik pulih.
Namun mulai 1 Julai 2020, Terminal Feri Raja Tun Uda dibuka semula di mana perkhidmatan feri dibuka untuk pejalan kaki, pengguna basikal, pengguna motosikal dan kenderaan (dalam situasi kecemasan sahaja). Kadar bayaran baru akan diperkenalkan namun jumlahnya tidak dinyatakan lagi.
Di sebalik keputusan kerajaan Negeri Pulau Pinang itu, orang ramai meminta agar kerajaan negeri memikirkan kembali keputusan itu kerana perkhidmatan feri ini sudah menjadi tarikan utama pelancongan selain menjadi ikonik bagi negeri ini di mata orang luar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!