Berikutan wabak jangkitan 2019 Novel Coronavirus (koronavirus) melanda Wilayah Wuhan, China, penerbangan AirAsia dan Malindo Air mengumumkan pembatalan penerbangan pergi balik ke Wuhan.
Langkah itu diambil selepas mengikut nasihat dan peraturan daripada pihak berkuasa kesihatan tempatan dan global, termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Untuk Penumpang AirAsia:
- Penumpang AirAsia yang kini berada di Wuhan perlu mematuhi pengumuman kerajaan China dan perlu berhubung dengan kedutaan masing-masing di negara berkenaan.
- Bagi pelanggan yang ingin membuat pertukaran perjalanan, mereka dibenar memilih untuk menukar mana-mana laluan dari China ke Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket tanpa sebarang kos tambahan bergantung kepada kekosongan tempat duduk.
- Penumpang boleh mengekalkan harga tiket dalam akaun AirAsia BIG Loyalty untuk perjalanan akan datang dan boleh ditukar untuk tempahan dalam tempoh 90 hari.Ia juga tertakluk untuk semua penerbangan sehingga 29 Januari.
- Pelanggan turut dibenar mendapatkan pulangan bayaran penuh sekiranya enggan dengan pilihan tersebut.
- Pilihan ini tertakluk untuk penerbangan sehingga 15 Februari 2020 dan penerbangan balik dari 16 hingga 29 Februari 2020.
Untuk perhatian penumpang Malindo Air pula, mereka telah menggantung serta-merta penerbangan antarabangsanya di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe, China. Penggantungan penerbangan tersebu bagi menjamin keselamatan dan keselesaan perjalanan udara dalam kalangan krew penerangan serta penumpang.
- Penumpang yang menempah perjalanan dari 23 Jan hingga 8 Feb, 2020 boleh menghubungi pusat panggilan di + 603-78415388 atau datang ke kaunter tiket untuk bantuan lanjut.
- Malindo Air akan memaklumkan perkembangan terkini kepada penumpang di laman web Malindo Air.
Sementara itu Malindo Air telah mengesahkan dalam sebuah pengumuman terkini bahawa 7 orang daripada krew mereka kini sedang dikuarantin selama 14 hari kerana terdapatnya seorang penumpang pesawat tersebut disyaki dengan gejala koronavirus. Penumpang dari wilayah Hubei tersebut menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Zhengzhao pada 24 Januari. Malindo Air mengambil serius dan memantau situasi ini bagi membantu mengawal penularan wabak ini.
https://www.facebook.com/malindoair/posts/2701779216572891
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI