Kerajaan Malaysia telah memaklumkan bahawa aktiviti rentas negari untuk pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Aidilfitri akan datang adalah tidak dibenarkan. Namun ia tertakluk kepada perubahan semasa.
Keputusan ini dibuat bagi memerangi wabak COVID-19 dengan serius, ia bagi mengelakkan wabak ini memberi kesannya terhadap rakyat dan ekonomi negara dalam jangka masa yang lebih panjang.
Dalam Perutusan Khas sempena Hari Pekerja, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun perjalanan rentas negeri boleh dilakukan bagi tujuan bekerja atau mereka yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain.
Ads
Selain itu katanya, majlis-masjlis sosial yang melibatkan perhimpunan besar turut dilarang bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.
Ads
Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan buat masa ini.
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Google baru sahaja membuka peta jalan melalui trek di Gunung Tahan. Gunung Tahan; puncak tertinggi Semenanjung Malaysia pada 2,187 meter. Pemetaan ini adalah tambahan kepada Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Mulu dan Taman Negara Pahang.
Pemetaan ini dilakukan sukarelawan Google Malaysia dan Malaysian Nature Society. Kebiasaan pemetaan jalan dilakukan dengan kereta atau van Google, namun kali ini dengan hanya menggalas beg sandang besar yang ada kamera 360 darjah di atasnya.
Menurut Google, laluan Kuala tahan-Gunung Tahan-Kuala Tahan ambil masa 7-8 hari untuk dilalui. Sukarelawan perlu tempuhi semua halangan termasuk sungai bagi mendapatkan laluan dan view terbaik.
Dengan Street View, Google dapat menunjukkan tarikan hutan Gunung Tahan kepada orang ramai sekaligus menarik pelancong datang. Selain Gunung Tahan, Google juga telah memasukkan lokasi ini dalam street view
1. KL Sentral 2. KLIA and KLIA2 3. Aquaria KLCC 4. Perpustakaan Negara 5. Galeria Sri Perdana 6. Kuala Gandah Elephant Sanctuary 7. National Planetarium / Planetarium Negara 8. Museum of Asian Art 9. Kek Lok Si Temple 10. Kuching Friendship Park
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kemeriahan tahunan dalam festival yang terkenal di seluruh dunia kerana melibatkan keseronokan bermain air tidak akan dilakukan secara besar-besaran tahun ini.
Penganjuran Festival Songkran, yang sering menarik perhatian pelancong antarabangsa untuk ke ibu negara Thailand khususnya di beberapa lokasi penting, tahun ini hanya akan disambut pada skala yang sangat kecil.
Warga setempat akan menyambutnya secara sendiri tanpa ada penganjuran rasmi. Semua ini kerana pihak berkuasa tidak mahu sambutan tersebut bertembung dengan persiapan pertabalan raja baharu Thailand. Tahun ini, sedikit saja yang akan menyambut Songkran, namun istiadat pertabalan raja akan menjadi acara besar yang akan disertai rakyat Thailand keseluruhannya dan kita semua perlu berkorban.
Saban tahun Thailand menyambut Songkran berdasarkan kiraan takwim tradisionalnya, dari 13 hingga 15 April. Ketika itu, orang awam akan menyimbah air antara satu sama lain di bawah kehangatan sinaran matahari.
Kawasan popular dalam kalangan pelancong iaitu di sekitar jalan Khaosan Road, Bangkok selalunya menyaksikan acara sambutan Songkran yang luar biasa, termasuk penaja-penaja yang menyediakan bekalan air tanpa had dan pelbagai kelengkapan untuk menembak air.
Namun, dengan istiadat rasmi pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn yang berlangsung pada 4 hingga 6 Mei, sambutan besar-besaran Songkran di Khaosan telah dibatalkan. Satu lagi lokasi yang lazimnya terdapat sambutan meriah, iaitu di Silom Road, juga tiada penganjuran pada tahun ini.
Majlis bandar raya juga telah mengeluarkan arahan tentang pembatalan penganjuran di dua lokasi utama itu, termasuk peringatan supaya mereka yang masih mahu menyambutnya secara bersendiri, agar tidak boleh menggunakan pistol air tekanan tinggi, mengambil minuman keras, mahupun mengadakan persembahan hiburan umum.
Pembatalan penganjuran rasmi itu disahkan oleh kumpulan-kumpulan perniagaan yang sering memberi penajaan dalam festival itu.
“Pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk istiadat pertabalan itu dan kami terletak di tengah-tengah kawasan utama di Bangkok. Jika kami meneruskan festival itu, ia akan menimbulkan kekecohan,” ujar Pengerusi Persatuan Peniaga Khaosan Road, Piyabutr Jiwaramonaikun.
Kedai-kedai akan meneruskan operasi seperti biasa namun mereka tidak akan memberikan bekalan air percuma dan serbuk warna seperti selalu. Para pelancong dan warga tempatan bagaimanapun masih boleh menyambut Songkran secara kecil-kecilan, namun peniaga-peniaga tempatan tidak akan menganjurkan sebarang acara besar.
Pihak berkuasa Bangkok telah menjalankan kerja-kerja berkaitan istiadat pertabalan di sekitar kawasan Khaosan, termasuk membaik pulih jalan raya dan kawasan siar kaki, mengecat bangunan dan mengemas kini kabel elektrik.
Semua kenderaan Kelas Satu yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) diberikan diskaun 10 peratus ke atas bayaran tol sempena perayaan hari Krismas 25 Disember 2019 ini, bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam Rabu.
Diskaun 10 peratus itu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat, bagi menghargai pengguna dan memudahkan urusan balik kampung pengguna JSAHMS.
Untuk sebarang maklumat berkaitan, pengguna boleh melayari laman sesawang JSAHMS di www.jambatankedua.com.my atau media sosial Twitter @jsahmsofficial dan Facebook www.facebook.com/jsahmsofficial bagi mendapatkan informasi terkini sepanjang sambutan Krismas ini
Selamat menyambut perayaan Hari Krismas, kepada semua penganut agama Kristian, dan pastikan kenderaan di pandu dengan berhemah serta berhati-hati, di jalan raya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!