Rusia negara bekas Soviet Union yang menjadi idaman ramai kaki melancong di Malaysia untuk ke negara tersebut. Ramai yang begitu teruja dengan struktur bangunan di sana yang berdiri megah ratusan tahun.
Menerusi perkongsian di Facebook RCSC Malaysia, ada khabar gembira buat rakyat Malaysia yang bercita-cita ingin melancong ke negara Rusia.
Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin telah menandatangani arahan bagi meluluskan senarai 52 buah negara yang boleh memohon e-visas dan Malaysia juga termasuk di dalam senarai tersebut. Projek E-visa ini telah dilancarkan pada tahun 2017 tetapi terdapat beberapa sekatan. (Warga asing dengan e-visa hanya boleh masuk ke Rusia menerusi pusat pemeriksaan di St Petersburg, wilayah Leningrad dan Kaliningrad dan mereka dilarang untuk melawat kawasan yang luar daripada wilayah-wilayah ini).
Namun, bermula tahun 2021, e-visa akan terpakai di seluruh Rusia! Warga asing boleh masuk ke Rusia menerusi mana-mana pusat pemeriksaan dalam negara dan melawat ke seluruh Rusia.
- Di samping itu, tempoh menetap bagi warga asing telah dipanjangkan dari 8 hari kepada 16 hari.
- E-visas akan dikeluarkan menerusi saluran online bagi tujuan pelancongan, perniagaan, bantuan kemanusiaan dan jemputan. Pemohon tidak perlu mendapatkan apa-apa jemputan, tempahan hotel atau apa-apa dokumen untuk memastikan sebab-sebab lawatan mereka.
- Bayaran konsular ialah sebanyak 40 dollar (percuma bagi kanak-kanak bawah enam tahun).
Bermula tahun 2021, warga Malaysia boleh melawat Rusia dengan lebih mudah!
image via pexel.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Pilih Seluar Travel Yang Selesa? Ini Ciri-Ciri Seluar Travel Yang Perlu Ada Dalam Luggage Bag Anda
Bila nampak orang lain pergi travel, hiking bukit atau gunung atau jalan-jalan ke sana-sini, perasaan dalam diri mesti nak ikut serta sama kan? Kalau lihat pada peralatan yang mereka bawa, kebanyakkan serba-serbi lengkap dan memudahkan perjalanan ketika berjalan, mendaki atau memanjat.
Tapi perasan tak ada sesetengah orang yang pergi travel atau hiking menggunakan seluar jeans, seluar slack, seluar elastik atau legging? Adakah jenis seluar seperti itu sesuai untuk anda melakukan aktiviti travel atau hiking yang memerlukan anda berjalan jauh atau memanjat?
Jawapannya sudah tentu tidak. Untuk memberikan keselesaan dalam perjalanan trip travel atau hiking anda, terdapat tujuh ciri seluar yang amat sesuai untuk diguna ketika melakukan aktiviti travel atau hiking. Jom kita usha apa ciri yang sesuai untuk mencari seluar yang lebih selesa dan tahan lasak itu:
Cepat Kering
Air adalah musuh utama ketika travel atau hiking. Apabila pakaian anda basah, berat akan bertambah dan membuatkan diri anda berasa cepat penat. Setiap kuantiti air pada seluar akan memberi beban lebih untuk ditanggung. Ciri QUICK-DRY ini WAJIB ada pada seluar travel atau hiking anda. Ia lebih ringan dan cepat kering untuk trip anda yang lasak.
Ringan
Peralatan yang ringan dan ringkas cukup sinonim dengan kaki travel atau hiking. Seluar yang ringan sangat membantu kerana “every gram`s count”! Lagi-lagi bila dah penat nanti, tahu lah nasib anda nak berjalan. Hehe. Seluar hiking Irau dan seluar hiking Oze antara jenama yang terkenal dengan ciri binaannya yang amat ringan!
Tidak Mudah Serap Air
Cuaca kadang-kadang tidak menentu, sekejap hujan, sekejap panas dan bulan ini sahaja hujan berpanjangan di beberapa tempat. Ciri ini amat membantu anda untuk mengelakkan seluar travel atau hiking anda basah kerana hujan semasa berjalan atau mendaki.
Pinggang Getah
Cari yang mempunyai getah di pinggang (elastik). Getah separuh pun boleh, asalkan elastik. Ia mengelakkan seluar anda mudah koyak atau terlondeh terutamanya apabila hiking sekiranya laluan dakian anda itu mempunyai liku dan cabaran yang banyak.
Mudah Dijaga
Lumpur atau kotoran tanah selalunya susah hilang apabila cuci. Untuk memudahkan kamu ketika travel atau mendaki, carilah seluar yang mempunyai ciri easy-care kerana ia senang dijaga dan cuci segala kotoran.
“Breatheable”
Jangan pelik atau terkejut kalau ada kaki travel atau hiking yang pakai seluar yang sama sepanjang trip 3 hari 2 malam. Jika tidur pun dia pakai seluar yang sama dan tak pernah tukar. Seluar ciri ini amat selesa kerana mudah dicuci dan tidak serap kotoran terlalu banyak. Mudah untuk di cuci dan tidak berbau.
Elastik
Ciri elastik bukan setakat membantu anda melangkah besar dengan yakin, ianya juga amat membantu dalam keadaan yang mana laluannya banyak ranting-ranting dan duri tajam. Seluar yang tidak elastik pasti akan koyak dengan mudah! Disarankan “Stretcheable Polyester” kerana kain cotton biasa amat mudah terkoyak dalam trip yang lasak.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Baki Tak Cukup Di Tol, Jangan Turun Kereta. Tunggu Je ‘Runner’ Datang!
Ramai pengguna lebuh raya merungut berikutan ketiadaan urusan tambah nilai kad Touch ‘n Go di setiap plaza tol di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus). Ia dilakukan kerana lorong tambah nilai dikatakan penyebab kesesakan panjang di plaza tol lebuh raya.
Pembayaran tol tanpa tunai mungkin kedengaran bagus, namun ia bukanlah masa sesuai berikutan kemudahan tambah nilai yang ada di Malaysia belum lengkap dan efektif sepenuhnya. Perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go dalam talian iaitu e-wallet, juga tidak dikuatkuasakan di semua susur keluar tol menyebabkan pengguna tidak boleh keluar dari lebuh raya.
Maka mahu tidak mahu ada pemandu kenderaan yang terpaksa meninggalkan kereta di plaza tol dan berjalan kaki untuk ke stesen minyak berdekatan bagi mendapatkan tambah nilai Touch ‘n Go. Ia mengundang bahaya bagi pengguna untuk melintas dan ada juga terpaksa meninggalkan anak yang masih kecil bersendirian di dalam kenderaan. Tidak kurang juga, wanita hamil atau orang kurang upaya terpaksa keluar dari kenderaan dengan kemudahan ruang yang cukup sempit semata-mata untuk pergi menambah nilai kad.
Yang sebetulnya, anda tidak perlu berbuat demikian jika anda dalam keadaan terdesak dan sulit kerana baki kad tidak mencukupi untuk melepasi gate tol. Diharap perkongsian daripada saudari El Ameerah ini membantu memberi sedikit info berguna kepada semua pengguna lebuh raya.
Pihak PLUS bagi beritahu, jika kita exit tol dan tiba-tiba baki tak cukup, kita perlu tekan button intercom dan tunggu runner PLUS dtg. Runner akan bantu kita untuk topup dan serahkan semula kad TnG kita.
Untuk semua pengguna jalan raya, pegawai tu pesan jangan lah membahayakan nyawa anda dengan melintas dari lorong ke lorong. Perkara ini bertentangan dengan SOP pihak PLUS.
Jika kenderaan belakang anda dah bunyikan hon sbb marah ke apa2, just stay calm sampai runner PLUS dtg. Again, jangan keluar dari kereta dan pergi ke pondok topup.
Pihak PLUS beritahu, insiden pengguna yg melintasi lorong untuk ke pondok topup adalah perkara yang tidak patut berlaku. Jika runner di tol itu mengarahkan pengguna utk datang sendiri ke pondok topup, maka dia telah melanggar SOP dan pengguna dinasihatkan buat aduan segera.
PLUS sendiri akui ada keadaan di mana pengguna memang impossible utk tinggalkan kereta. Contohnya, memang tak boleh berjalan (OKU), wanita sarat mengandung atau pun ada baby dalam kereta.
So lepas ini, especially wanita-wanita. Kalau lah berlaku insufficient balance, terus tekan button intercom dan tunggu bantuan runner. Pegawai itu pesan, jangan panick dan tolong jangan membahayakan nyawa anda.
Apapun, lebih bagus jika kita pastikan kad kita cukup baki. TAPI ada juga keadaan di mana sesetengah dari kita yg nasib tak berapa baik. Time nak exit tu lah baki tak cukup. Kita jangan lah marah-marah dan hon berkali-kali bila nampak ada pengguna yg tak cukup baki. Hari ini hari dia susah. Esok lusa entah-entah hari kita pulak.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Arus Kurau, Bahaya Yang Tersembunyi Di Kawasan Pantai Yang Tenang. Ini 7 Cara Selamatkan Diri
Tahu atau tidak, laut di kawasan pantai timur semenanjung tidak selamat untuk sebarang aktiviti mandi manda sepanjang Monsun Timur Laut kerana tenaga ombak yang sangat kuat dari kawasan tengah Laut China Selatan sentiasa aktif dan boleh membawa tenaga ke kawasan pantai pada bila-bila masa dan ini yang sering menjadi punca lemas.
Namun, pengunjung yang terpesona dengan keindahan pantai dan ketenangan ombak itu akan mandi manda sedangkan ia umpama ‘perangkap maut’ kepada mereka. Walaupun mungkin anda tahu berenang namun situasi cemas akan menyebabkan panik dan gagal menyelamatkan diri. Setiap tahun, beratus kes lemas dilaporkan berlaku di seluruh negara kita dan kebiasaannya akan melibatkan kehilangan nyawa.
Antara faktor berlakunya kes lemas adalah disebabkan kehadiran ‘rip current’ atau dikenali sebagai arus karau di persisiran pantai. Apa itu arus karau dan bagaimana ia terbentuk? Arus karau merupakan arus yang melalui saluran sempit yang terbentuk di pesisiran pantai dan bergerak menuju ke arah laut.
Secara ringkasnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan arus karau terbentuk antaranya adalah disebabkan keadaan muka Bumi di sekitar pantai seperti wujudnya celah antara dua beting pasir berhampiran pantai sehingga mengganggu pergerakan air untuk kembali ke laut. Beting pasir tersebut menyebabkan air laut terumpu pada satu haluan yang membentuk saluran untuk air kembali ke arah laut.
Selain itu , arus karau juga boleh terbentuk apabila ombak dari laut bergerak pada sudut tegak ke arah pantai dan menyebabkan hadirnya arus yang sejajar dengan pesisiran pantai. Arus sejajar tersebut akan menyebabkan air laut di pesisiran pantai bergerak menuju pada satu titik yang sama lalu membentuk satu saluran untuk air kembali ke laut.
Arus karau yang bergerak menuju ke laut lazimnya berkelajuan sekitar 0.5 meter/saat dan mampu mencapai kelajuan lebih 2 meter/saat iaitu melebihi kelajuan manusia biasa berenang. Kelajuan arus karau bergantung kepada kekuatan dan kekerapan ombak , pasang surut air laut dan keadaan muka Bumi di sekitar pantai.
Cara Mengenali Arus Kurau
- Kelihatan suatu bahagian permukaan air yang lebih tenang mengunjur dari pantai menuju ke laut berbanding keadaan sekitarnya yang berombak. Keadaan yang tenang tersebut sebenarnya merupakan bahaya yang tersembunyi.
- Ramai orang akan tertipu dan beranggapan bahawa bahagian yang tenang tersebut akan lebih selamat berbanding bahagian yang berombak sedangkan di situ la arus karau akan menariknya menjauhi pesisiran pantai.
- Warna air yang berbeza berbanding bahagian air yang lain. Keadaan air akan kelihatan lebih gelap dan berkeladak disebabkan sedimen di pantai ditarik ke arah laut.
- Buih-buih dan sampah sarap bergerak menuju ke arah laut.
Tip Menyelamatkan Diri Dalam Arus Karau
1) BERTENANG dan kumpul tenaga.
2) Jangan berenang melawan arus karau kerana arus tersebut membawa anda ke arah laut bukan ke pantai . Melawan arus hanya akan mengurangkan tenaga.
3) Jika anda pandai berenang, Berenang ke arah tepi (kiri atau kanan arus karau)
4) Jika tiada tenaga untuk berenang, usaha apungkan diri dan biarkan arus karau membawa anda sehingga ke hujungnya atau dikenali sebagai ‘kepala’ lalu berenang ke arah tepi arus karau . Semakin jauh arus karau dari pantai, semakin lemah kekuatannya .
5) Setelah keluar dari arus karau, cuba berenang mengikuti arus yang menuju ke pesisiran pantai.
6) Jika tidak mampu berenang sehingga ke pesisiran pantai, lambaikan tangan dan menjerit meminta tolong.
7) Jika anda tidak pandai berenang, berdoalah semoga anda terselamat. Pentingnya di sini untuk belajar berenang.
Semoga bermanfaat.
image via google | Sumber: Ini Sains Beb!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI