Kerajaan dijangka melaksanakan levi pelepasan (penerbangan) pada September ini. Ini mungkin berita baik untuk industri pelancongan kita tetapi berita ‘kurang baik’ buat rakyat Malaysia yang gemar menggunakan penerbangan awam untuk melancong ke luar negara.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan akan mempertimbangkan kategori levi pelepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.
Ia mungkin dilaksanakan selepas musim haji, mungkin pada September. Bagaimanapun, semua cadangan akan diambil kira dan dibentangkan sebelum Kabinet membuat keputusan. Setakat ini belum ada keputusan levi lepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.
Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 telah diluluskan oleh Parlimen pada April, yang antara lain akan menyediakan peruntukan untuk mengenakan levi pelepasan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Smber: Bernama