Kerajaan dijangka melaksanakan levi pelepasan (penerbangan) pada September ini. Ini mungkin berita baik untuk industri pelancongan kita tetapi berita ‘kurang baik’ buat rakyat Malaysia yang gemar menggunakan penerbangan awam untuk melancong ke luar negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan akan mempertimbangkan kategori levi pelepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.

Ia mungkin dilaksanakan selepas musim haji, mungkin pada September. Bagaimanapun, semua cadangan akan diambil kira dan dibentangkan sebelum Kabinet membuat keputusan. Setakat ini belum ada keputusan levi lepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.

Ads

Rakyat Malaysia & Pelancong Asing Bakal Dikenakan Levi Pelepasan Untuk Penerbangan September Ini

Ads

Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 telah diluluskan oleh Parlimen pada April, yang antara lain akan menyediakan peruntukan untuk mengenakan levi pelepasan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Ads
  • Cadangan jumlah levi pelepasan yang akan dikenakan adalah pada kadar RM20 seorang untuk penumpang yang terbang ke negara anggota ASEAN dan RM40 ke negara lain.
  • Akan tetapi, levi perlepasan ini tidak akan dikenakan kepada bayi dan kanak-kanak berumur 24 bulan atau berusia 2 tahun, dan penumpang yang transit tidak melebihi 24 jam.

Smber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI