Keajaiban daripada Tuhan apabila seorang rakyat Malaysia yang sebelum ini koma selama 45 hari disebabkan wabak Covid-19 akhirnya pulih sepenuhnya.
Pada 15 Mac lalu, Mohd Zaidy Abdul Rahman, berusia 43, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Houssay, Argentina dan terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan. Bagaimanapun selepas hampir dua bulan dirawat dan bergantung dengan mesin bantuan pernafasan, pada 1 Mei lalu lelaki itu sedar dan pulih sepenuhnya dari wabak berkenaan.
Ikuti perkongsian pengalaman beliau
Ads
"Saya hanya diberitahu dijangkiti COVID-19 selepas 30 hari sedar daripada ditidurkan ketika menerima rawatan di hospital," kata Mohd Zaidy Abdul Rahman, seorang pendakwah bebas yang masih terkandas di Argentina bersama bapa mertuanya.
Menceritakan detik cemas berada selama 48 hari di sebuah hospital di bandar Vicente Lopez di Argentina, sejak mula dimasukkan ke hospital berkenaan 14 Mac lalu, Mohd Zaidy berkata beliau satu-satunya pesakit kritikal pertama yang dirawat dan pulih sepenuhnya, ketika itu.
“Selepas semalaman berada di hospital saya telah ditidurkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Zaiyadal Aquaculture Sdn Bhd itu. Selepas sedar baru tahu saya dijangkiti COVID-19 sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk 15 hari lagi dan kemudian tiga hari di wad biasa,” katanya menerusi WhatsApp kepada sumber Bernama.
Ads
Mohd Zaidy berkata beliau bersama empat lagi ahli rombongan termasuk bapa mertuanya tiba di Argentina pada 7 Mac untuk misi dakwah. Selepas kira-kira seminggu berada di negara itu kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke hospital pada 14 Mac lepas.
“Tiga lagi àhli rombongan pulang ke tanah air ketika saya dirawat di ICU," katanya.
Ads
Beliau merakamkan penghargaan kepada pihak hospital terutama kepada jururawat dan kakitangan fisioterapi atas layanan baik yang diberikan. Sebelum dibenarkan keluar, dia turut diraikan dalam satu acara perpisahan khas dengan iringan lagu serta petikan gitar oleh kakitangan hospital. Turut mengiringi majlis berkenaan ialah petikan gitar oleh kakitangan hospital terbabit. Berita kesembuhan Mohd Zaidy itu turut mendapat liputan meluas di portal dan media sosial di Argentina.
"Terharu apabila petugas hospital turut menyanyikan lagu bertajuk “Resistiré” (dalam Bahasa Sepanyol ataupun dalam Bahasa Inggeris “I will survive”) ketika mengiringi keluar dari wad selepas pulih sepenuhnya. Pada mulanya, pihak hospital seolah-olah hilang harapan ketika merawat saya, tapi Alhamdulillah saya sembuh juga berkat doa keluarga, ulama dan rakan-rakan dari seluruh dunia. Saya bersyukur dan amat berterima kasih atas doa mereka. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Malaysia di Argentina kerana membantu membolehkan isteri saya di Malaysia menerima laporan mengenai perubatan saya. Buat masa ini, saya bersama bapa mertua menyewa homestay. Saya sangat berharap Wisma Putra boleh menghantar pesawat khas ke (Argentina) untuk bawa kami berdua dan beberapa keluarga yang masih terkandas di sini balik ke Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Mohd Zaidy memohon kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra membantu menguruskan penerbangan khas secepat mungkin untuk membolehkan beliau dan bapa mertuanya pulang ke tanah air. Mereka anak beranak adalah usahawan mengusahakan syarikat sendiri Zaiyadal Aquaculture Sdn Bhd iaitu Zaid sebagai pengasas, Mohd Zaidy (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Zainah (pengurus).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebut sahaja Pulau Langkawi rata-rata pengunjung terbayangkan aktiviti pantai dan sudah tentu barangan bebas cukai termasuklah coklat.
Kini anda boleh menikmati tarikan terbaharu di sini, taman tema air pertama di Langkawi. Splash Out Langkawi dibuka secara rasmi kepada orang ramai! Taman Tema seluas 12 ekar ini bakal menawarkan pengalaman air paling bermakna buat warga Langkawi dan pelancong luar. Terletak di tengah Pekan Kuah, kira-kira 16.4km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Dirasmikan oleh Tan Sri Halim Mohammad selaku Pengerusi Eksekutif, HM Group pada 15 Disember 2019. Dengan tema “Spills & Thrills” , Taman Tema Air Splash Out menjadi tarikan utama buat warga Langkawi serta pelancong luar untuk merasai pengalaman permainan air yang mengujakan.
12 tarikan permainan air terdiri daripada ‘Ragin Racers’, ‘Splash-Tacular’, ‘Shipwreck Falls’, ‘Splash Twister’, ‘Poseidon’s Revenge’, ‘Perfect Storm’, ‘Big Splash Kingdom’, ‘Wild Water’, ‘Rainbow Rider’, ‘Splash Phyton’, ‘Sprinkle Island’ dan ‘River of Life’ yang bakal mencabar pengunjung ke Splash Out Langkawi.
Alamilah pengalaman terbaharu yang mengujakan ini apabila anda menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. – Badak Berendam
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau sebelum ini Ladang Farm Fresh yang terletak di Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan harga sebanyak RM25 untuk tiket bagi lawatan ke ladang mereka, terbaru pengurusan The Acre By Farm Fresh mengumumkan harga terbaru iaitu serendah RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa bagi membuat lawatan ke ladang tersebut.
Namun harga tersebut tidak termasuk bagi yang ingin dine-in di restoran yang terdapat di sini. Menurut Facebook mereka, setelah mendengar respon daripada umum, mereka mengambil keputusan untuk mengumumkan harga pra pembukaan untuk tiket lawatan ke ladang yang terletak di UPM ini.
Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Dewasa (+13 & ke atas) – RM10
Kanak-kanak bawah 12 tahun – RM5
Kanak-kanak bawah 6 tahun – PERCUMA
Untuk makluman juga, harga tersebut merupakan harga pra pembukaan sebelum pembukaan rasmi tempat ini.
Namun jika sudah membuat tempahan meja, anda hanya perlu menunjukkan tiket di kaunter dan TIDAK PERLU membayar harga tiket lawatan masuk ke ladang
Waktu operasi:
LAWATAN LADANG: pukul 10am-7pm
Waktu operasi restoran: 10am-10pm, (tempahan makanan berakhir 8.30pm)
TUTUP SETIAP ISNIN
Untuk yang ingin dine-in di restoran mereka boleh membuat tempahan meja di Facebook atau website. Tiada walk-in dibenarkan.
Kerja-kerja penyelenggaran di sekitar ladang juga masih berlangsung, justeru itu lawatan ladang buat masa sekarang hanya akan termasuk dengan jalan-jalan di sekitar ladang dan menaiki traktor dengan jadual sementara.
Sumber: FB The Acre By Farm Fresh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
New Zealand dikhabarkan dengan berita gempa bumi dan tsunami mega bakal melanda negara itu.
Jangkaan itu dibuat berdasarkan kajian pakar penyelidik daripada East Coast LAB bahawa gempa yang bakal melanda New Zealand ini mampu mencapai kekuatan 9.0 magnitud jika gegaran kuat berlaku di zon benam Hikurangi.
Berbanding kejadian gempa sebelum ini di Christchurch yang dicatat pada skala 6.2 magnitud pada 2011, jangkaan bacaan itu merupakan skala tertinggi bakal dicatatkan di negara itu.
Jika ia berlaku, satu tsunami besar dengan ombak setinggi 30 meter bakal melanda New Zealand di mana akibatnya adalah lebih dahsyat daripada bencana tsunami di Jepun pada 2011.
Malah, lebih parah lagi, pihak berkuasa mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi amaran bencana kepada warga New Zealand, terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pesisiran pantai jika tsunami itu berlaku.
Menurut pakar tsunami di GNS Science, Dr William Power, ombak besar yang bakal melanda itu bakal berlaku dengan begitu cepat sehingga amaran tidak sempat diberikan.
Sekiranya tsunami berlaku di negara ini, kemungkinan besar amaran peringatan bencana secara rasmi tidak akan dikeluarkan sebelum gelombang gempa bumi dan tsunami itu tiba. Jadi mereka yang tinggal di pesisir pantai harus mengambil langkah keselamatan dengan kadar segera.