Rakyat Malaysia Ini Kongsi 101 Tip Untuk Memburu Aurora Borealis Dengan Betul

Share

Aurora Borealis merupakan fenomena alam yang sangat indah. Ramai yang memilih untuk melancong ke beberapa negara semata-mata untuk memburu Aurora indah ini. Seorang rakyat Malaysia yang sudah berpeluang menyaksikan sendiri fenomena ini tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan tip untuk panduan anda yang juga mempunyai impian melihat sendiri Airora di depan mata.

Baca perkongsian ini:

Beberapa rakan melawat Norway dan Sweden baru baru ini tetapi pulang dengan perasaan hampa kerana tidak bertemu dengan fenomena Aurora Borealis (AB).

Selain AB anda perlu juga alami fenomena Midnight Sun dikawasan ini pada musim summer. Alhamdulillah saya sudah merasai kedua dua keajaiban bumi ini.

AB adalah fenomena alam yang natural dan ianya bukan seperti melawat zoo dan anda pasti berjumpa dengan binatang singa yang anda teringin melihatnya.

Ada beberapa tips yang anda perlu tahu untuk meninggikan peluang bertemu dengan AB.

Kebanyakkan pelawat Malaysia berharap bertemu AB di Norway, Sweden dan Iceland. Sebelum berkembara buatlah search google untuk mengetahui cara penggunaan beberapa Apps yang boleh meramal kemunculan AB.

Alhamdulillah dalam trip Northern Norway dan Sweden selama sebulan kami bertemu AB sebanyak tiga kali di Geiranger, Lofoten Island Norway dan di Abisko Sweden.

Sebenarnya ianya bukan kebetulan kerana kami memang merancang untuk mencari tempat bertemu dengan AB ini. Saya perturunkan beberapa tips untuk berjumpa dengan AB:

1. Masa terbaik untuk melihat AB adalah antara September, Oktober, November, Disember, Januari, Februari dan Mach. Ini bermakna anda perlu bersiap sedia dengan pakaian winter kerana suhu boleh menjunamkan kepada paras -10’C.

2. Tempat paling terbaik adalah di Abisko Sweden kerana ianya mempunyai micro climate tersendiri. Ini bermakna langit di Abisko tidak banyak awan dan selalu clear weather. Anda boleh menunggu di Narvik, Tromso dan kawasan Lappland Finland tetapi peluang berjumpa AB di Abisko adalah lebih tinggi.

3. 2 jam sebelum kemunculan AB, Apps akan memberi notis. Pastikan anda sentiasa up to date dengan notification dari AB Apps.

4. Bersedia menanti kemunculan AB selama beberapa jam dalam suhu -5 hingga -10’c. Kami menunggu dalam kereta sewa ditepian tasik di Abisko. Di Lofoten Island kami dapat melihat dari hotel dan di Geiranger hanya dari rumah Air BnB.

5. Perlu berjaga malam untuk menunggu kemunculan AB sehingga lewat malam. Semasa di Abisko, AB hanya mula bermain dikaki langit dari 10 malam hingga tengah malam walhal Apps meramalkan kemunculan pada 8 pm. Jikalau malas dan suka masuk selimut waktu malam dalam keadaan suhu nyaman dibilik hotel, tentu akan berjumpa AB dalam mimpi sahaja.

6. Pastikan belajar cara mengambil AB photography menggunakan DSLR dengan setting yang bersesuaian dengan tripod. Camera phone tidak termampu merakam pergerakkan AB. Rugi kalau berjumpa AB dan tidak bersedia dengan peralatan photography.

7. Luangkan masa selama seminggu hanya untuk mencari AB. Ini bermakna anda terpaksa allocate bajet yang lebih dinegara yang termahal didunia.

8. Di Abisko hanya terdapat dua hostel berbilik berkongsi WC dan kitchen dengan harga ~ Rm500 semalam. Ya, bukan murah mencari Aurora Borealis ini.

9. Baca baca baca dan buat kajian tentang Aurora Borealis. Jangan main redah kerana rugi berbelanja berbelas ribu ringgit untuk trip tetapi miss melihat AB.

Baca catatan saya semasa carian AB pada tahun 2017.

Day 10: On the trail of the elusive Aurora Borealis.

Aurora pertama yang saya saksikan dalam trip ini adalah di Geiranger Fjords, Western Norway pada jam 2 pagi tetapi ianya bermain jauh dikaki langit.

Aurora kedua kami lihat semasa di Moskenes Lofoten tetapi hanya beberapa minit sahaja kerana sudah mula turun salji lebat.

Saya telah membuat booking dua malam di Abisko Guesthouse, Sweden tetapi oleh kerana jalan terhalang disebabkan ada 3 trailer skidded, hari pertama kami bermalam di Katterjokk 20km dari Abisko. Pada waktu pagi 31 oktober baru kami dapat checkin di Abisko Guesthouse.

Ini bermakna hanya satu malam 31hb oktober sahaja kami berpeluang untuk menyaksikan Aurora Borealis yang sangat elusive ini, itu pun jika ada rezki. Secara statistik sebenarnya ianya adalah peluang yang sangat tipis kerana dari pembacaan saya, kebiasaan pelawat akan tinggal 3 malam di Abisko menanti kemunculan Cik Aurora.

Sebelum ke reception Abisko Guesthouse saya bersembang sekejap dengan saorang pelawat dari Negara China yang baru nak beredar dari guesthouse.

“Hi Bro, did you manage to see Aurora the last few nights?” tanya saya.

“No, only very faint so we are driving to Tromso now to have a better chance” balas beliau dengan pelat cina.

Merudum juga hati mendengar perkhabaran hampa dari Aurora Hunter cina tersebut.

Sebagai Jurutera memang kami dilatih untuk berfikir ‘out of the box’ dan membuat pelan kontigensi ‘What If’.

Saya ajukan beberapa senario kepada kedua rakan travel buddies Haji NS dan Haji ZS.

“Jika Aurora keluar malam ini, kita checkout esoknya dan balik ke Narvik, pulangkan kereta sewa dan travel ke Kiruna Sweden sebelum terbang ke Helsinki. Ini bermakna rancangan asal ke Tromso dibatalkan” ujar saya kepada rakan-rakan tentang senario pertama.

“Senario kedua, jika Aurora tidak kelihatan malam ini, kita extend semalam lagi di Abisko dan bertolak ke Narvik pada waktu subuh, pulangkan kereta sewa dan travel ke Kiruna. Kita cari Aurora di Kiruna dan buat keputusan selanjutnya disana” sambung saya lagi.

Rakan-rakan bersetuju kerana kami masih ada 2 minggu perjalanan lagi dan tiga kali penggunaan tiket Eurail masih belum dipakai. Di Helsinki kami berharap boleh masuk ke St Petersburg Russia tanpa perlu visa untuk mengambil kesempatan undang undang Russia 72 jam free visa dari Helsinki.

Saya semak setiap sejam dua online website dan dua Ios apps yang membuat ramalan kemunculan Aurora di Abisko. Semua menyatakan ada aktiviti Aurora bermula jam 8 pm dikawasan KP2.

Pada jam 6 pm saya menerima notification bahawa Aurora akan timbul 25 minit lagi dan terus memakai 5 lapis pakaian, 2 lapis glove, dua lapis stokin, dua lapis long john, DSLR Sony Alpha 6000, dua spare battery, termos berisi air panas dan berangkat ke tepian tasik Abisko Ostra. Saya terpaksa memakai pakaian tebal kerana menjangka akan berada diluar dengan suhu antara -5’C hingga -10’C selama 5 atau 6 jam.

“Korang pergilah berdua kerana aku tak tahan sejuk” ujar rakan Hj NS.

Hj NS berbadan kurus dan tidak tahan sejuk berbanding kami yang mempunyai buffer lemak yang lebih.

Apabila kami berdua sampai ditepian tasik sudah ada satu couple yang sedang menunggu tetapi tiada Aurora yang muncul saperti yang di forecast.

Suhu sejuk menyebabkan hidung, telinga, jari jemari dan tapak kaki menjadi sakit walaupun saya sudah berpakaian polar.

Masuk jam pertama tiada apa kelihatan dikaki langit yang menyebabkan saya mengantuk walaupun jam menunjukkan pukul 7 pm kerana semuanya gelap gelita.

Masuk jam kedua, masih tiada tanda Aurora akan muncul pada jam 8 malam. Beberapa pelawat sudah mulai datang berkerumun di spot strategik menunggu kemunculan Cik Aurora.

Saya terlelap seketika sehingga digerakkan oleh rakan Hj ZS.

“Din, Din, Aurora dah muncul” Hj ZS mengejut saya dari lamunan. Jam menunjukkan pukul 9 malam.

Saya terus bergegas memasang tripod serta camera DSLR Sony dan mencari tempat strategik. Lebih kurang sepuloh orang pelawat sudah bersedia dengan camera DSLR masing-masing mendongak ke langit.

Pada mulanya Ianya tidak jelas dan nampak saperti awan yang bergerak. Hanya dengan camera DSLR sahaja boleh merakam warna hijau Aurora ini. Beberapa minit kemudian sudah jelas saperti awan berwarna hijau, pink dan unggu bergerak-gerak saperti menari dikaki langit dan diatas kepala kami.

Itulah Cik Aurora Borealis jelitawan alam yang dinanti-nantikan.

Selama tiga jam kami snap gambar dengan beberapa setting camera untuk mendapat gambar yang clear dan cantik.

Saya mencuba berbagai manual setting, speed antara 5-25 saat, f 3.5, ISO 400-4000 dan fokus infiniti.

Pada jam 12 malam kami segera pulang ke Guesthouse dan ‘memaksa’ rakan Hj NS ke tepian tasik untuk sessi bergambar. Rugi kalau sudah terserempak dengan Aurora tetapi tidak memberi salam perkenalan. Memang rezki Hj NS dapat menyaksi Aurora walau sekejap kerana 15 minit kemudian show berakhir.

Gambar Aurora tidak boleh di snap dengan handphone kerana ianya perlu shutter speed antara 3-25 saat dan ISO tinggi, bergantung kepada pergerakkan Aurora.

Saya banyak mengambil tips dari website ini cara Aurora photography:

https://www.tourradar.com/days-to-come/how-to-photograph-northern-lights/?fbclid=IwAR0Eiam2rXycbIhT7YzMUcLHtk8svRQyDB5-aw3aGH3iAF6he0V4nYVNJAk

Saya mengikuti forecasting site untuk mengetahui tarikh dan tempat kemunculan Aurora:

Aurora Forecasting website:
1. http://www.softservenews.com/gps-aurora-borealis-forecast.html?fbclid=IwAR3Jt4NA3_6uIcaylRdSne9ZBa7wrnxwKF43kS1pLgW5SYK-gM_fT39I_Rs

2. http://www.aurora-service.eu/aurora-forecast/

Ios Apps:
1. Norway lights
2. Aurora

Semoga catatan ini boleh memberi sedikit pedoman kepada mereka yang masih mengejar Aurora Borealis untuk berkesempatan melihatnya walaupun sekali seumor hidup. Selepas Aurora Borealis boleh mulakan carian Aurora Australis pula. Woohoo!!

Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar
1 November 2017
Abisko Sweden.

kutuberahak.com
Sumber: Facebook Zainuddin Omar

Oleh
Husna