
Seorang rakyat Malaysia berusia 36 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 15 Mei lalu kerana memiliki bahan lucah berunsur kanak-kanak.
Suspek ditahan atas tuduhan memiliki bahan lucah berunsur eksploitasi kanak-kanak selepas dilakukan pemeriksaan oleh Penguatkuasa Imigresen Australia (ABF).
Memetik sumber daripada CNA, ABF menemui bahan terlarang termasuk rakaman video menjijikkan berupa penderaan seksual terhadap kanak-kanak selepas melakukan pemeriksaan pada telefon bimbit suspek.
Pihak berkuasa Australia merampas telefon bimbit berkenaan dan membatalkan visa lawatan suspek selain dikenakan tuduhan dibawah Akta Kastam Australia kerana membawa masuk bahan larangan.
“Pelancong seharusnya tahu bahawa memiliki bahan lucah mengeksploitasikan kanak-kanak adalah satu perkara yang dipandang serius di bawah undang-undang Australia,” kata Pemangku Komander ABF Wilayah Barat Australia, Emma Newman.
Hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda sehingga AU$525,000 boleh dikenakan bagi kesalahan memiliki bahan lucah terlarang itu di Australia.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MAS Tawar Potongan 60 Peratus Tiket Penerbangan & Penginapan Percuma Untuk Kanak-Kanak

Penerbangan Malaysia (MAS) menerusi cabang operasi pelancongannya, MHholidays, melancarkan kempen percutian terbaharu, 'Kids Fly + Stay Free', yang membolehkan pelanggan menikmati pakej percutian dengan potongan harga sebanyak 60 peratus.
- Pakej berkenaan mencakupi tiket penerbangan dua hala, bagasi, makanan dan penginapan di hotel.
- Semua tempahan dibuat ketika ini di bawah MHholidays layak menerima pakej penerbangan dan penginapan percuma, khusus untuk seorang kanak-kanak berusia antara 3 hingga 11 tahun, atau yang berusia dua tahun ke bawah.
- Harga setiap pakej penerbangan dan penginapan 3 hari 2 malam itu bernilai RM389 ke Kota Kinabalu; RM189 ke Johor Baharu; RM239 ke Kuantan; RM249 ke Pulau Langkawi; RM239 ke Pulau Pinang dan RM189 ke Kuala Lumpur, dari mana-mana destinasi di Malaysia.
- Pakej ini sah serta-merta sehingga 31 Januari 2021.
MAS turut menjalinkan kerjasama khas dengan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), bagi pakej #BahMarilah, khusus mempromosikan sektor pelancongan di negeri itu. Pakej ini bakal menarik pelanggan menerokai tarikan popular di Sabah, dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus untuk promosi percutian sehingga 24 Ogos nanti.
Hotel dan tarikan pelancong di Sabah sudah mula bergiat aktif dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan dipatuhi oleh pelancong dan pengusaha. Ketika ini orang ramai sudah mula rancak mengunjungi Sabah bagi menerokai tarikan pelancongan yang ada. Beberapa lokasi utama seperti Kundasang, Ranau dan Kiulu menyaksikan kehadiran pelancong yang semakin bertambah. Bukan itu sahaja, malah para pelanggan yang menempah perjalanan dengan MHholidays akan layak bagi buku tawaran '‘MHholidays & Suria Sabah Shopping Mall Privilege Booklet' yang menawarkan diskaun tambahan seperti potongan harga 20 peratus untuk pembelian di Big Apple Donuts & Coffee, Birkenstock, Purest Borneo dan Under Armour, selain tawaran sedia ada di Sabah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SACC Walk Retail Container Bakal Jadi Sebuah Tarikan Pelancongan Baharu Di Shah Alam

Semalam Tourism Selangor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PKNS Real Estate (PREC) dalam usahasama membina dan membangunkan projek “SACC Walk Retail Container”.
Menerusi memorandum tersebut, ia merupakan langkah strategik dalam mengukuhkan lagi sinergi dan kerjasama dinamik untuk merancakkan kembali bidang peruncitan dan pelancongan negara.
Majlis pemeteraian yang berlangsung di Black Box@SACC Mall yang turut disiarkan secara atas talian telah disempunakan oleh Tuan Encik Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif,Tourism Selangor dan Tuan Sr. Fakru Radzi bin Ab Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif PREC.
Selain penyediaan tapak untuk kontena runcit, pelan perlaksanaan turut menyokong kerja pemasangan penuh kontena, keperluan teknikal, perlesenan dan perkara berbangkit.
Sokongan kewangan turut disediakan kepada bakal penyewa dan atau mana-mana syarikat yang berminat untuk membeli kontena atau menjadi sebahagian daripada kandungan Kontena Runcit SACC Walk. Pemasangan sebanyak 10 kontena runcit ini dijangka siap menjelang bulan Ramadan 2022.
Bagi menyokong usaha tersebut, pihak Tourism Selangor akan bertanggungjawab menyalurkan maklumat atau hebahan kepada pihak berminat untuk tujuan pembelian atau penyewaan, selain mengadakan acara atau aktiviti mempromosikan SACC Walk kepada orang ramai dalam mewujudkan kesedaran tentang daya tarikan di kawasan ini.
Tuan Azrul Shah Mohamad dalam sebuah kenyataan berkata, “Memorandum Persefaham atau MoU yang dimeterai pada hari ini menandakan sebuah lagi pencapaian pihak Tourism Selangor, terutamanya dalam pemerkasaan sektor peruncitan yang merupakan antara elemen terpenting dalam sektor pelancongan Negeri. Pihak Tourism Selangor sedia maklum tentang potensi besar sektor ini, serta mengalu-alukan idea-idea baharu serta di luar kotak, yang disambut-baik oleh orang awam”.
“Inisiatif ini juga adalah bertepatan dengan visi Kempen “Pusing Selangor Dulu” yang mengajak orang ramai ke tempat-tempat tumpuan seperti ke SACC Walk bagi merasa sendiri inovasi kepada pengalaman runcit dan beli-belah di sini”, tambah Tuan Azrul Shah.
En. Sr. Hj. Fakru Radzi Ab Ghani, dalam ucapannya berkata “Majlis ini menjadi saksi kepada kesepakatan kami untuk membangunkan “SACC Walk Retail Container” bertempat di SACC Walk, Shah Alam. Fenomena kontena terpakai yang dikomersialkan untuk tujuan “homestay”, ruang pejabat, kedai makan, dan peruncitan bukanlah sesuatu yang baharu.
“Justeru, kami percaya bahawa kolaborasi bersama Tourism Selangor dalam mengadakan kontena terpakai ini di tapak yang strategik seperti SACC Walk mampu menjadi daya tarikan tambahan kepada para pengunjung. Apatahlagi dengan kepelbagaian dan kelainan produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan, kami percaya ia mempunyai kelebihan daya saing yang mampu memenangi hati orang ramai.”
Sebagai salah sebuah usaha proaktif dalam menetapkan semula atau “reset” industri pelancongan domestik Negara khususnya di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor telah melancarkan Kempen Pusing Selangor Dulu”” pada Disember tahun lalu. Seorang selebriti tempatan; Che Puan Juliana Evans telah dilantik sebagai Duta Kempen ini yang digerakkan menerusi landasan digital, terutamanya laman media sosial rasmi Tourism Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube.
Apa yang membanggakan, sejak dilancarkan, tandapagar #PusingSelangorDulu telah menerima sebanyak 22 juta reach di laman media sosial. Dalam masa yang sama, sasaran Kempen “Pusing Selangor Dulu” bakal diperluas dalam mencapai objektif menjadikan SACC Walk sebagai kawasan nukleus pelancongan baharu bagi Negeri Selangor.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengembara Dari Sabah Ingin Masuk Ke Kelantan Wajib Jalani Ujian COVID-19 Dua Kali

Jika anda bercadang ke Kelantan dari Sabah dengan urusan yang telah dibenarkan pihak berkuasa, perlu menjalani ujian calitan COVID-19 kali kedua selepas lima hari menjalani kuarantin wajib.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, ujian itu diwajibkan ke atas semua sekalipun ujian saringan kali pertama yang dilakukan tiga hari sebelum mereka berlepas dari Sabah menunjukkan keputusan negatif. Sebaik tiba di lapangan terbang, mereka akan dibawa ke pusat kuarantin yang ditelah diwartakan untuk menjalani ujian swab dan juga bagi menjalani kuarantin wajib selama lima hari.
Setakat ini negeri Kelantan mempunyai tiga tempat kuarantin yang telah diwartakan iaitu di:
- Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Pengkalan Chepa
- Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas
- selain di Hotel H Elite bagi mereka yang berkemampuan.
Bagi mereka yang datang atas tujuan rasmi seperti mesyuarat, mereka juga akan dinilai oleh Jabatan Kesihatan Negeri yang akan bertugas di LTSIP dan melalui penilaian ini kemungkinan mereka dipakaikan gelang hijau sahaja bagi membolehkan mereka hadir di tempat yang perlu sahaja. Langkah itu diambil bagi menjaga kemaslahatan masyarakat tempatan berikutan Sabah antara negeri yang merekodkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi di negara ini.
image via google | Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI