Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan dinasihat menangguhkan hasrat tersebut untuk sementara waktu.

Ini berikutan suasana politik tegang dan konflik yang tidak menentu antara kedua-dua negara mungkin akan menyukarkan pergerakan rakyat Malaysia yang berada di sana.

Kenyataan akhbar Wisma Putra menjelaskan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua negara menzahirkan rasa bimbang dan meminta supaya India dan Pakistan berusaha untuk menyuraikan ketegangan tersebut melalui semua dialog dan rundingan yang ada.

Ads

Dalam kenyataan akhbar Wisma Putra turut menyebut bahawa Malaysia seperti kebanyakkan negara lain turut mahukan keadaan aman dan stabil di peringkat antarabangsa.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan serangan pengganas di Pulwama, Kashmir yang mengorbankan 40 orang tentera India pada 14 Februari lalu. Susulan itu, India melakukan serangan balas pada 26 Februari melalui udara di wilayah Pakistan dimana pengganas itu dipercayai bersembunyi.

Ads

India turut mendakwa Pakistan melindungi pengganas berkenaan tetapi disangkal oleh Pakistan sebelum menembak jatuh dua jet pejuang India pada 27 Februari.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan AirAsia menerusi laman twitternya menyatakan bahawa mereka sedang memantau pergolakkan yang berlaku di sana dan para penumpang yang mempunyai penerbangan ke Amritsar dan Srinagar diminta untuk menyemak semula status penerbangan mereka.

Ads

Rakyat Malaysia yang berada di India dan Pakistan dinasihatkan untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Islamabad untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber: Kaki Travel

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI