
Memori berharga bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang pernah diabadikan menerusi foto, kini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi 'Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor'.
Perkara itu diumumkan menerusi Facebook rasmi Sultan Johor semalam, yang mempelawa rakyat Malaysia supaya menghantar gambar terbaik mereka bersama baginda.
- Sepuluh penyertaan terbaik akan menerima hadiah menarik termasuk gambar mereka akan ditandatangani secara peribadi oleh Sultan Ibrahim.
- Untuk menyertainya, peserta dikehendaki menghantar sekeping gambar mereka bersama Sultan Johor ke Facebook Messenger Laman Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sumber Gambar : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
- Penyertaan hanya diterima melalui Facebook Messenger baginda sahaja dan gambar yang dihantar melalui komen atau lain-lain medium tidak akan diterima.
- Selain itu, peserta harus menekan butang ‘like’ pada laman Facebook baginda atau mengikuti akaun Instagram baginda @officialsultanibrahim, menekan butang ‘like’ mengenai pengumuman pertandingan itu dan berkongsikan beritanya di akaun Facebook masing-masing dengan meletakkan hashtag #sultanjohorkita dan ‘tag’ tiga rakan mereka.
- Penyertaan dibuka sehingga 21 Feb ini dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.-
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalimantan Bakal Ibu Negara Indonesia. Tawau Bakal Terima Impak Positif Kehadiran Pelancong

Minggu lalu Presiden Indonesia, Joko Widodo secara rasminya mencadangkan kepada Parlimen Indonesia, rancangan untuk memindahkan ibu kota negara itu ke Kalimantan di pulau Borneo, Indonesia. Beliau memberi cadangan itu ketika berucap di Parlimen, sehari sebelum negara itu menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-74.
Tahukah anda, Tawau, Sabah antara yang menerima impak ekonomi positif apabila ibu negara Indonesia berpindah dari Jakarta ke Kalimantan kelak. Ini kerana Tawau antara bandar di Malaysia yang terletak berdekatan dengan ibu negara Indonesia yang baharu itu.
Tawau merupakan pintu masuk alternatif untuk pelancong asing ke pantai timur Sabah. Industri pelancongan di Tawau berpotensi untuk dibangunkan kerana mempunyai tempat menarik untuk dilawati seperti Bukit Gemuk, Taman Bukit Tawau, Balung River Eco Resort, Kawasan Perlindungan Imbak Canyon, Muzium Koko Teck Guan, Perkampungan Koko Teck Guan, dan Maliau Basin. Menariknya, di Tawau ini adalah makanan lautnya yang menjadi pilihan utama pengunjung luar apabila berada di sini.
Menurut Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia di Tawau, Sulistijo Djati Ismojo, beliau yakin Tawau akan menjadi destinasi dan ‘bandar’ yang dekat dengan ibu negara Indonesia, banyak warga Indonesia akan datang melancong ke Tawau. Oleh itu Tawau perlu bersiap sedia untuk sama-sama menrima impak ini.
Sulistijo optimis pembangunan bandar sempadan yang kini dirancang antara Malaysia dan Nunukan, Indonesia di Pulau Sebatik juga akan mengubah landskap daerah ini menjadi destinasi tumpuan pengunjung.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sunway Mall Perkenalkan Platform Beli-Belah Terbaik Seluruh Malaysia Menerusi Sunway eMall

Sunway Malls bakal merealisasikan impian para pembeli-belah dengan pelancaran Sunway eMall, ia membawakan jenama-jenama yang dipercayai pengguna dari ketujuh-tujuh Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) ke dalam talian.
Disediakan untuk seluruh negara dengan penghantaran PERCUMA, Sunway eMall kini mempersembahkan tujuh pusat beli-belah Sunway di dalam talian menerusi sebuah platform bagi membolehkan pengguna membeli-belah pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Kini di hujung jari, pengguna dapat membeli-belah 24 jam, 7 hari seminggu dengan sepuas-puas hati dari kediaman masing-masing dengan lebih selesa dan selamat.
Bagi mereka yang ingin membeli-belah jenama-jenama kesukaan mereka, seperti membeli-belah di Sunway Malls, kini mereka boleh berbuat demikian dalam talian dengan kemudahan pesanan bergabung, maka pengguna boleh mendapatkan barangan yang mereka inginkan melalui SATU penghantaran sahaja!

Demi pengalaman dari dalam talian ke luar talian yang lebih sempurna, barangan yang dipesan juga boleh diambil sendiri oleh pengguna dari mana-mana pusat beli-belah Sunway yang dipilih. Ahli Sunway Pals dapat mengumpul mata ganjaran dan menebusnya melalui pembelian di kedai-kedai yang mengambil bahagian, samada di pusat membeli-belah Sunway atau atas talian di Sunway eMall.
Lebih daripada 200 kedai dalam pelbagai kategori seperti fesyen, kediaman, kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan, makanan dan minuman, serta banyak lagi menawarkan khidmatnya. Antara jenama yang mengambil bahagian meliputi Huawei, L’Occitane, Aldo, Christy Ng, Hooga, Hazukido, Getha dan banyak lagi yang akan menyusul.

HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks menyatakan bahawa usaha ini tercetus atas dasar keinginan untuk membantu para peruncit dan pembeli-belah sementara negara kita terus berusaha untuk melandaikan keluk wabak semasa.
“Sejak tahun yang lalu, terdapat banyak perubahan yang telah kita saksikan, dan Sunway Malls juga ingin bergerak seiring dengan arus perubahan ini untuk membekalkan pengalaman yang lebih inovatif buat pembeli-belah.
“Sunway eMall merupakan jawapan kami bagi memenuhi perubahan sikap pengguna yang mungkin lebih cenderung untuk membeli-belah secara digital dan dari keselesaan rumah masing-masing, atau kerana batasan jarak fizikal – mereka kini boleh melakukannya dari hujung jari menggunakan telefon bimbit masing-masing, pada bila-bila masa, dan di mana-mana jua. Kami berharap langkah ini dapat menggembirakan pembeli-belah kami serta menawarkan mereka pengalaman yang lebih sempurna daripada kesemua pusat beli-belah kami, biarpun secara virtual,” ujar beliau.

Untuk kemudahan tambahan, pengguna kini boleh membeli e-baucar daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian di Sunway eMall untuk ditebus secara fizikal di pusat beli-belah Sunway atau dihadiahkan kepada insan tersayang. Bukan itu sahaja, Sunny, iaitu pembantu virtual Sunway eMall yang mesra juga sedia untuk membantu para pengguna pada bila-bila masa! Pembeli-belah boleh berkomunikasi dengan Sunny melalui fungsi chatbot jika mereka memerlukan sebarang bantuan.
Pelancaran rasmi Sunway eMall menandakan permulaan anjakan transformasi oleh Sunway Malls untuk memupuk inovasi berterusan melalui penyatuan pengalaman membeli-belah dalam talian dan luar talian berdasarkan landskap pusat beli-belah masa kini yang kian berubah.
Tawaran menarik buat semua
Menjelang pelancaran rasmi laman sesawangnya pada tanggal 27 Oktober, Sunway eMall akan mengadakan peraduan ‘Guess & Win’ dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk menyingkap tawaran-tawaran menarik yang dapat dinikmati oleh pengguna setelah ia membuka tirai operasinya.

Promosi pelancaran yang lain meliputi penghantaran PERCUMA serta diskaun eksklusif sehingga 70% sepanjang tempoh pelancaran tersebut. Ahli Sunway Pals yang membeli-belah di kedai peniaga Sunway Pals akan mendapat 5X mata Sunway Pals bagi pembelian mereka, dan pembeli-belah yang membelanjakan minimum RM100 di Sunway eMall dalam satu e-resit boleh menebus Sunway Lagoon Soy Sauce yang eksklusif di kaunter rencam pusat beli-belah Sunway berserta dengan Kod Promo RM5.
Banyak kelebihan lain menanti pembeli-belah yang mendaftarkan diri sebagai ahli Sunway eMall, yang melibatkan lebih banyak penebusan mata Sunway Pals, termasuk akses eVoucher yang mudah di ruang profil keahlian mereka, serta penjejakan pesanan. Para ahli juga akan menjadi golongan yang pertama untuk dibekalkan dengan maklumat mengenai promosi baharu melalui saluran e-mel.
Sebuah video mengisarkan Sunway eMall akan dimuat naik di laman sesawang dan platform media sosial Sunway eMall setelah ia dilancarkan secara rasmi. Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway eMall atau sebagai persediaan untuk sesi membeli-belah digital anda, sila layari www.sunwayemall.com.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Bercuti Ke Sarawak Dengan Bajet Murah? Korang Grab Promosi ‘Sia Sitok Sarawak’! Berbaloi

Sarawak menawarkan pelbagai macam keistimewaan yang pasti membuatkan sesiapa saja teruja untuk berkunjung ke Bumi Kenyalang ini. Sarawak negeri yang terbesar di Malaysia punya destinasi pelancongan yang pelbagai perlu dilawati.
Nak pusing satu Sarawak memang tak cukup hanya untuk beberapa hari dan pastinya perlukan belanja yang lebih. Oleh itu, anda yang bercadang bercuti di Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi terbaru dan semestinya menjimatkan wang anda
Lembaga Pelancongan Sarawak telah melancarkan kempen pelancongan "Sia Sitok Sarawak" atau “Here and There Sarawak” dalam satu lagi usaha memacu industri pelancongan negeri. Kempen itu akan membolehkan penduduk tempatan dan juga mereka yang memiliki permit kerja di Sarawak, menikmati produk-produk pelancongan dalam negeri pada potongan harga sehingga 50 peratus.
- Jualan produk-produk berkenaan adalah dalam tempoh tiga bulan antara 15 Julai dan 15 Okt, dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Disember ini.
- Kempen Sia Sitok Sarawak menawarkan lebih 30 tempat menarik, lawatan dan aktiviti di Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Mulu, termasuk lawatan sehari, serta lawatan penuh beberapa hari lengkap dengan penginapan dan makanan.
- Antara pakej unik dan menarik yang ditawarkan semasa kempen termasuk pelayaran di Sungai Sarawak, Irrawaddy Dolphin Cruise di Santubong, memerhati burung di Taman Negara Kubah, aktiviti menyelam di Pulau Sarang, lawatan ke Kuching Wetland dan lawatan ke Taman Negara Bako.
- Lain-lain pakej termasuk lawatan ke Taman Negara Tanjong Datu, bermain golf di Eastwood Golf Miri, lawatan ke Bintangor dan Sarikei Countryside, meneroka Bintulu, menjelajah Mukah-Melanau, meninjau Gua Silabur, dan lawatan ke Kampung Sting.
- Melalui kempen ini, bayaran untuk menyertai Sarawak River Sunset Cruise diturunkan daripada RM50 kepada RM25 seorang, manakala lawatan ke Taman Negara Mulu yang biasanya berharga sekitar RM2,000 kini ditawarkan pada harga RM600, tidak termasuk tambang tiket penerbangan.
Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Sia Sitok Sarawak, orang ramai boleh melawat laman web di alamat https://sarawak.travel/explore-all dan tempahan boleh dibuat di https://siasitoksarawak.rezgo.com/
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI