Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud mengeluarkan arahan membenarkan solat tarawih dilakukan di dua masjid suci di bandar itu (Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah).
Perkara itu disahkan Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah Sheikh Abdul Rahman al-Sudais dalam satu kenyataa. Ia susulan arahan larangan solat tarawih di dua masjid suci berkenaan dalam usaha negara itu membendung penularan koronavirus (COVID-19) yang dikeluarkan.
Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz meluluskan solat Tarawih di dua masjid suci diadakan tanpa kehadiran jemaah awam dan akan dipendekkan
Arab Saudi merancang melonggarkan perintah berkurung di beberapa bandar pada bulan Ramadan bagi membolehkan orang ramai membeli barang keperluan dalam kejiranan mereka. Larangan kemasukan jemaah awam walau bagaimanapun masih berkuat kuasa.
Sumber: Bernama| astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tower Walk 100, Tarikan Terbaru Di KL Tower. Saksikan Pemandangan Indah Seluruh KL Dari Ketinggian 100 Kaki
Ramai sukakan cabaran dalam hidup. Ia satu dari cara untuk mencabar kemampuan diri sendiri adakah kita mampu melakukannya atau tidak. Paling pasti, ramai yang berjaya walau awalnya ada yang mula berputus asa. Selagi boleh cuba, kita harus mencubanya.
Berita baik untuk korang yang sukakan mencabar diri sendiri, berani dan paling pasti tak gayat, cuba produk pelancongan terbaru di Menara Kuala Lumpur iaitu Tower Walk 100.
Kenapa dinamakan Tower Walk 100? Ini kerana dari paras ketinggian 100 kaki dari bumi, korang boleh berjalan di sekeliling menara tertinggi ini untuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang sangat indah sambil dikelilingi bangunan pencakar langit. Jadi memang ohsem sangatlah bagi yang berani.
Produk pelancongan terbaru di KL Tower selain Skydeck dan Observation Deck, Tower Walk 100 ini baru dilancarkan pada 27 November lalu. Tak sampai dua minggu lagi pun.
Harga tiket untuk dewasa ialah RM35 dan bagi kanak-kanak adalah RM25. Jangan risau kerana tali keselamatan ada dipasang di badan korang semasa mengelilingi deck ini.
Nak ke Menara Kuala Lumpur nie senang saja sebenarnya. Selain kenderaan sendiri, pengangkutan awam seperti Monorel juga dapat memudahkan korang untuk melawat satu dari mercu tanda Kuala Lumpur ini.
Kalau naik monorel untuk ke KL Tower, boleh turun di stesen Monorel Bukit Nanas yang hanya mengambil masa 18 minit saja berjalan kaki. Kalau nak jalan tak lama, korang boleh turun di Stesen Monorel Raja Chulan.
Tapi bagi yang gayat dan tak berani mengelilingi deck nie, boleh juga melawat Rumah Terbalik yang ada di sini. Sangat menyeronokkan dan interaktif untuk seisi keluarga.
Sumber gambar : Aereon Wong/ KL Tower
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulau Pangkor Sepanjang Tahun Boleh Datang Bercuti Walaupun Musim Tengkujuh
Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor cukup strategik buat mereka yang ingin bercuti ke pulau walaupun pada musim tengkujuh. Pulau Pangkor dikatakan berasal daripada bahasa Siam iaitu Pang Koh bermakna ‘pulau yang cantik’.
Dengan jarak perjalanan hanya sekitar tiga jam dari Kuala Lumpur, Pulau Pangkor, Perak pastinya lokasi paling strategik sekiranya anda hanya mempunyai tempoh yang pendek untuk bercuti merehatkan diri. Untuk ke Pulau Pangkor, ada dua lokasi pangkalan bot menyediakan perkhidmatan bot iaitu jeti Lumut atau jeti Pangkor dengan kadar tambang berbeza dikenakan.
Pulau ini kecil sahaja, malah pengunjung sebenarnya boleh melawat ke semua tarikan Pangkor dalam masa setengah hari sahaja. Destinasi ini boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan.
Tempat-tempat menarik untuk dikunjungi :
- Pasir Bogak
- Teluk Nipah
- Pangkor Laut
- Kota Belanda
- Batu Bersurat
- Masjid Terapung
- Kilang ikan bilis
- perkampungan nelayan dan membina bot nelayan
Masjid Terapung Ikon Pangkor
Masjid Al-Badr Seribu Selawat terletak di Pulau Pangkor menjadi masjid terapung pertama di Perak. Bukan sahaja fungsi utamanya sebagai tempat beribadat dan majlis ilmu, ia turut menjadi salah satu lokasi wajib dilawati apabila berkunjung ke Pulau Pangkor. Malah, tidak keterlaluan jika ia diibaratkan sebagai ikon Pulau Pangkor dan Perak kerana Masjid Al- Badr Seribu Selawat menampilkan kelainan dengan dipenuhi selawat di setiap ruangnya.Masjid itu juga menunjukkan konsep mirip masjid di Turki dan Timur Tengah melalui kubah dan seni binanya.
Hasil Laut Segar
Hasil ikan segar dari Pangkor telah terkenal antara kualiti terbaik yang dipasarkan ke bandar-bandar luar. Meskipun industri perikanan adalah sumber ekonomi utama Pangkor yang secara majoriti dimonopoli oleh kaum China, masih terdapat golongan nelayan tradisional Melayu yang tertumpu di Kampung Teluk Dalam. Sementara itu, Kampung Sungai Pinang Kecil adalah lokasi utama yang menempatkan beberapa kilang memproses makanan laut kering.
Jangan lupa singgah ke salah satu kilang tersebut dan dapatkan hasil penting pulau ini seperti sotong kering, udang kering, ikan masin, sate ikan dan pelbagai jenis ikan bilis dengan harga istimewa.
Tidak jauh dari kampung itu, pelawat boleh melihat kawasan yang popular dengan industri pembinaan bot tradisional iaitu Kampung Sungai Pinang Besar. Di sini, tukang kayu tempatan mengambil masa berbulan-bulan malah mungkin mencecah hingga setahun untuk membina sebuah bot besar yang berharga ribuan ringgit.
Menariknya Pangkor!
Antara keistimewaan lain Pangkor ialah jumlah burung enggang yang banyak dan mudah dilihat berterbangan terutama di kawasan hutan berhampiran dengan laut. Malah burung-burung itu cukup jinak untuk mendekati pengunjung.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercuti Dalam Rumah Cendawan, Port Menarik Patut Singgah Di Melaka
Unik, reka bentuk rumah cendawan dan iglu comel yang berwarna-warni yang terletak di sebuah perkampungan inap desa dan vila di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka agak menarik perhatian orang ramai.
Bukan itu sahaja, pemilik Leisure Bee Signatur (LBS) Homestay & Villa Specialist itu turut mengetengahkan pelbagai tema menarik yang dijamin bakal mencuri perhatian pengunjung.
Rumah Cendawan Di Melaka
Khas untuk anda yang berlibur dalam kumpulan yang besar, boleh ke The Mushroom Villa. Reka bentuk dalamannya sangat luas, selain dilengkapi dengan kolam renang dan taman fantasi lengkap dengan arnab jinak.
Untuk keluarga kecil pula, ada lima unit kamar berkonsepkan cendawan yang berharga serendah RM288 semalam.
Ada Kolam Mandi Privasi
Atlantis Villa yang merupakan vila dua tingkat dan enam kamar berbentuk iglu dengan kemudahan kolam peribadi juga antara yang paling laris ditempah.
Perkampungan dunia dasar laut yang tersembunyi itu juga memang berbaloi untuk dihuni oleh keluarga besar. Lukisan moral hidupan laut yang ‘hidup’ akan menambahkan lagi keterujaan terutama untuk kanak-kanak.
Setiap kamar mempunyai tema tersendiri seperti jerung, ketam, ikan paus, sotong dan ikan lumba-lumba.
Binaan kamar kubah yang terdapat pada The Mushroom Villa, Atlantis Villa dan beberapa konsep penginapan lain menggunakan kaedah pembinaan expanded polystyrene yang menjadi perintis projek di Malaysia.
Perkampungan yang terletak berhampiran dengan Kota A’ Famosa itu turut memiliki konsep lain seperti Mamee Dome, Japaneses Lucky Dome, Kitty Wonderland, Wooden House dan 2D Fantastic Villa.
Secara keseluruhan, terdapat lima jenis bilik yang ditawarkan iaitu Caldera, Lava, Volcano, Atlantis dan Thiras.
Ramai yang suka menginap di perkampungan inap desa dan vila di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka sebab lokasinya strategik.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI