IKEA Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Ulang Tahun Ke-25nya! Selama 25 tahun ini, gergasi kelengkapan rumah ini berpegang kepada visi untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik, dengan empat gedung di seluruh negara serta satu laman e-dagang yang berkembang pesat.
Bagi meraikan tonggak kejayaannya dan menyemarakkan sambutan ini sebagai gedung kegemaran rakyat Malaysia, IKEA bergandingan dengan pelukis-pelukis tempatan, Fritilldea dan Asyikin Abdullah bagi mengangkat keunikan warisan budaya Malaysia dan Sweden melalui warna dan kreativiti. Di samping itu, dalam menjadikan sambutan ini lebih bermakna, pertandingan reka bentuk ‘MY IKEA’ seluruh negara akan diadakan bagi meraikan kekayaan dan keunikan warisan dewangga etnik dan budaya tanah air kita.
“Pada hari ini, sejak bertapak di Malaysia 25 tahun yang lalu, visi kami untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik bagi rakyat Malaysia tidak pernah berubah. Kami bukan sahaja berdampingan dengan orang ramai, bahkan juga menyuntik inspirasi untuk membayang semula kehidupan di rumah yang lebih baik.
“Kasih sayang rakyat Malaysia terhadap rumah dan keluarga mereka sangat bertepatan dengan visi IKEA, dan kami tersentuh hati dengan sokongan dan kasih sayang yang diberikan. Kami berharap dapat terus berkembang pesat ketika ramai masih terus menyesuaikan diri dengan konsep ruang hidup yang sering berubah-ubah,” demikian kata Gerard Jansen, Pengarah Peruncitan Negara (Malaysia), IKEA Asia Tenggara.
Bagi menghargai sokongan padu rakyat Malaysia selama ini, IKEA akan menawarkan diskaun istimewa 25% bagi produk terpilih bermula dari 16 hingga 27 September. Di samping itu, 25% daripada hasil jualan akan disalurkan kepada komuniti yang terkesan akibat wabak COVID-19, dan akan digunakan bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak, serta membangkitkan kesedaran terhadap isu kesihatan mental dan menyantuni komuniti kurang berkemampuan.
“Dalam menghadapi tempoh mencabar ini, kami bertekad untuk menyebarkan semangat positif dan keceriaan dengan sedaya mungkin. Kami menjemput semua untuk turut serta dalam sambutan ini secara selamat dari rumah dan sama-sama bersatu bagi menzahirkan jati diri dan keunikan negara kita,” ungkap Gerard.
Pada tahun 1996, IKEA Malaysia membuka gedung pertamanya di Pusat Beli-Belah 1Utama dan berpindah ke gedung baharunya di Mutiara Damansara pada tahun 2003. Lebih 10 tahun kemudian, peruncit Sweden ini telah melebarkan sayap ke seluruh Semenanjung Malaysia, berikutan pembukaan IKEA Cheras yang berdekatan pusat Lembah Klang, IKEA Tebrau di Wilayah Selatan, dan IKEA Batu Kawan di Wilayah Utara, seiring peningkatan permintaan terhadap penyelesaian kelengkapan rumahnya.
ada tahun 2018, IKEA mengumumkan pelancaran gedung dalam taliannya yang ditunggu-tunggu ramai, sekaligus menandakan penglibatan penuhnya dalam e-dagang. Ini meletakkan IKEA sebagai platform beli-belah dalam talian terbesar tunggal di Malaysia yang dikhususkan untuk kelengkapan rumah. Berbekalkan lebih 9,000 perabot rumah bereka bentuk menarik, mampu dimiliki, lestari dan bermutu tinggi, IKEA berazam memenuhi keperluan dan pilihan rakyat Malaysia yang dinamik.
Peraduan reka bentuk ‘MY IKEA’ seluruh negara akan berlangsung mulai sekarang hingga 27 September. Jadikanlah karya Fritilldea dan Asyikin Abdullah sebagai inspirasi, dan cipta logo “MY IKEA” versi anda sendiri! Serlahkan kreativiti anda dan berpeluang memenangi kad hadiah berjumlah RM25,000. Seramai 100 pemenang akan dipilih untuk menerima kad hadiah IKEA yang bernilai RM250 setiap orang. Untuk maklumat lanjut tentang Ulang Tahun Ke-25 IKEA, layari www.IKEA.my/ulangtahun25.