IKEA Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Ulang Tahun Ke-25nya! Selama 25 tahun ini, gergasi kelengkapan rumah ini berpegang kepada visi untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik, dengan empat gedung di seluruh negara serta satu laman e-dagang yang berkembang pesat.
Bagi meraikan tonggak kejayaannya dan menyemarakkan sambutan ini sebagai gedung kegemaran rakyat Malaysia, IKEA bergandingan dengan pelukis-pelukis tempatan, Fritilldea dan Asyikin Abdullah bagi mengangkat keunikan warisan budaya Malaysia dan Sweden melalui warna dan kreativiti. Di samping itu, dalam menjadikan sambutan ini lebih bermakna, pertandingan reka bentuk ‘MY IKEA’ seluruh negara akan diadakan bagi meraikan kekayaan dan keunikan warisan dewangga etnik dan budaya tanah air kita.
“Pada hari ini, sejak bertapak di Malaysia 25 tahun yang lalu, visi kami untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik bagi rakyat Malaysia tidak pernah berubah. Kami bukan sahaja berdampingan dengan orang ramai, bahkan juga menyuntik inspirasi untuk membayang semula kehidupan di rumah yang lebih baik.
IKEA Malaysia
“Kasih sayang rakyat Malaysia terhadap rumah dan keluarga mereka sangat bertepatan dengan visi IKEA, dan kami tersentuh hati dengan sokongan dan kasih sayang yang diberikan. Kami berharap dapat terus berkembang pesat ketika ramai masih terus menyesuaikan diri dengan konsep ruang hidup yang sering berubah-ubah,” demikian kata Gerard Jansen, Pengarah Peruncitan Negara (Malaysia), IKEA Asia Tenggara.
Ads
MY IKEA design by Fritilldea
Bagi menghargai sokongan padu rakyat Malaysia selama ini, IKEA akan menawarkan diskaun istimewa 25% bagi produk terpilih bermula dari 16 hingga 27 September. Di samping itu, 25% daripada hasil jualan akan disalurkan kepada komuniti yang terkesan akibat wabak COVID-19, dan akan digunakan bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak, serta membangkitkan kesedaran terhadap isu kesihatan mental dan menyantuni komuniti kurang berkemampuan.
“Dalam menghadapi tempoh mencabar ini, kami bertekad untuk menyebarkan semangat positif dan keceriaan dengan sedaya mungkin. Kami menjemput semua untuk turut serta dalam sambutan ini secara selamat dari rumah dan sama-sama bersatu bagi menzahirkan jati diri dan keunikan negara kita,” ungkap Gerard.
Ads
Ads
Pada tahun 1996, IKEA Malaysia membuka gedung pertamanya di Pusat Beli-Belah 1Utama dan berpindah ke gedung baharunya di Mutiara Damansara pada tahun 2003. Lebih 10 tahun kemudian, peruncit Sweden ini telah melebarkan sayap ke seluruh Semenanjung Malaysia, berikutan pembukaan IKEA Cheras yang berdekatan pusat Lembah Klang, IKEA Tebrau di Wilayah Selatan, dan IKEA Batu Kawan di Wilayah Utara, seiring peningkatan permintaan terhadap penyelesaian kelengkapan rumahnya.
ada tahun 2018, IKEA mengumumkan pelancaran gedung dalam taliannya yang ditunggu-tunggu ramai, sekaligus menandakan penglibatan penuhnya dalam e-dagang. Ini meletakkan IKEA sebagai platform beli-belah dalam talian terbesar tunggal di Malaysia yang dikhususkan untuk kelengkapan rumah. Berbekalkan lebih 9,000 perabot rumah bereka bentuk menarik, mampu dimiliki, lestari dan bermutu tinggi, IKEA berazam memenuhi keperluan dan pilihan rakyat Malaysia yang dinamik.
Peraduan reka bentuk ‘MY IKEA’ seluruh negara akan berlangsung mulai sekarang hingga 27 September. Jadikanlah karya Fritilldea dan Asyikin Abdullah sebagai inspirasi, dan cipta logo “MY IKEA” versi anda sendiri! Serlahkan kreativiti anda dan berpeluang memenangi kad hadiah berjumlah RM25,000. Seramai 100 pemenang akan dipilih untuk menerima kad hadiah IKEA yang bernilai RM250 setiap orang. Untuk maklumat lanjut tentang Ulang Tahun Ke-25 IKEA, layari www.IKEA.my/ulangtahun25.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud mengeluarkan arahan membenarkan solat tarawih dilakukan di dua masjid suci di bandar itu (Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah).
Perkara itu disahkan Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah Sheikh Abdul Rahman al-Sudais dalam satu kenyataa. Ia susulan arahan larangan solat tarawih di dua masjid suci berkenaan dalam usaha negara itu membendung penularan koronavirus (COVID-19) yang dikeluarkan.
Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz meluluskan solat Tarawih di dua masjid suci diadakan tanpa kehadiran jemaah awam dan akan dipendekkan
Arab Saudi merancang melonggarkan perintah berkurung di beberapa bandar pada bulan Ramadan bagi membolehkan orang ramai membeli barang keperluan dalam kejiranan mereka. Larangan kemasukan jemaah awam walau bagaimanapun masih berkuat kuasa.
Bila dapat bercuti ke tempat yang mempunyai pemandangan indah, udara yang segar dan dapat pula buat pelbagai aktiviti menarik, mesti menyeronokkan. Nak piknik, camping atau staycation di chalet yang disediakan, itu semua anda boleh dapatkan di D’Puncak Beris Resort yang terletak di Sik, Kedah.
Lokasi ini merupakan salah satu tapak perkhemahan yang sering menjadi tumpuan camper kerana tempatnya yang cantik selain mempunyai pelbagai aktiviti alam yang boleh dilakukan.
Bagi yang tiada kelengkapan untuk camping, anda boleh menyewa chalet untuk staycation bersama keluarga. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Kalau tak mahu menginap, nak datang piknik kat sini pun boleh. banyak tempat anda boleh OOTD sambil buat aktiviti-aktiviti menarik di sini.
Mempunyai kemudahan yang boleh dikatakan lengkap, tempat ini mempunyai dewan, tempat makan, BBQ area, gazebo dan banyak lagi. Jangan risau juga tentang keselamatan kerana tempat ini sentiasa dipantau terutamanya pada waktu malam.
Bukan sahaja lokasinya yang cantik dikelilingi tasik Beris, malah banyak juga aktiviti menarik yang boleh anda buat sepanjang berada di sini. Antaranya adalah:
berkelah
camping
sewa chalet
bercamping
berkayak
naik rakit
BBQ
berkuda
Memancing,
Mandi kolam
Nak lagi tenang, jangan lupa menikmati langit waktu malam yang cukup cantik dipenuhi bintang-bintang berkelipan. Spot stargazing buat yang sukakan suasana langit gelap yang hanya ditemani kerdipan bintang-bintang.
Pendek kata tenang ribut jiwa bila bercuti kat sini. bangun pagi boleh tengok kuda-kuda berkeliaran, anak-anak pula boleh ke mini zoo yang ada. Sesuai untuk bercuti seisi keluarga atau bersama teman-teman.
Alamat:Tasik Beris D Puncak Beris Lake Resort, 08210 Sik, Kedah
Bila sebut pasal cuti, perkara pertama kita fikirkan ialah soal penginapan. Ada berbagai jenis kemudahan penginapan disediakan termasuk hotel, glamping, resort serta banyak lagi. Dan ia biasanya bergantung kepada budget kita selepas mengambil kira kemudahan ada di sekitar tempat penginapan kita itu.
Kalau sesekali nak “tukar angin” dari lepak di hotel kepada merasai kehidupan para nelayan, bolehlah cuba menginap di The Happy 8 Retreat Kuala Sepetang yang terletak dalam daerah Taiping.
Apa yang best di sini, hotel ini dibina di perkampungan nelayan dan ada bilik-biliknya yang terus mengadap laut. Lebih menarik kita boleh mendengar deruan bot para nelayan yang keluar masuk di situ. Dan pastinya paling best, bolehlah layan hasil tangkapan segar para nelayan dengan harga murah kalau pandai tawar menawar. Paling best, view senjanya memang ohsem sangat. Rasa tenang saja di sini.
.
.
.
.
.
Harga penginapan tidaklah terlalu mahal, sekitar RM150 ke atas sahaja dan kalau booking di laman web Agoda dan sebagainya, boleh dapat lebih murah.
Dikongsi oleh Syukri De La Meza yang menginap di sini, kalau korang ada plan nak ke Taiping, bolehlah usha-usha hotel nie.
Luar je nampak selekeh, tapi dalam, stail weh! Paling menarik bot lama yang dijadikan katil dengan view menghala ke laut. Best untuk bercuti sebab di kawasan kampung nelayan. Pasti tenang dan damai.
.
.
.
.
Tempat lepak dia pun best, korang boleh sembang-sembang sambil melihat nelayan bawa kayu bakau nak dibuat arang, ada nelayan bawa pelancong tengok helang dan dolphin pink, lagi best sebelah hotel tempat korang stay, nelayan park bot dan sampan.
Tempat ni disyorkan kepada mereka yang nak privacy dan suka melihat aktiviti perikanan. Malam-malam boleh letak pancing luar balkoni bilik, best tak?
Sumber :-Syukri De La Meza
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...