Sempena Hari Wanita Sedunia, berikut merupakan 5 tempat yang boleh dikunjungi bersama insan tersayang atau rakan wanita anda di Negeri Selangor pada Hari Wanita Sedunia tahun ini!
1. Sarapan Pagi di Q BISTRO, SS15 Subang Jaya
Q BISTRO ialah restoran yang memenangi anugerah khusus dalam masakan menu Malaysia. Ia adalah restoran pertama di Malaysia yang menjamukan “Menu Kegemaran Malaysia” semuanya di bawah satu bumbung.
Q Bistro menawarkan makanan seperti nasi lemak, roti canai, roti bakar, mini pau dan dim sum stim. Q Bistro ialah salah satu peneraju utama dalam perniagaan makanan dan minuman di Lembah Klang, dan cawangannya di SS15, Subang Jaya amat digemari oleh penduduk setempat.
Alamat : Lot No, 103, Jalan SS 15/4c, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
2. Kembangkan Kreativiti Anda Di Clay Expression Enterprise, Subang Jaya
Clay Expression adalah tempat untuk mengembangkan kreativiti anda melalui pembuatan tembikar. Tenaga pengajar disini melatih mereka yang ingin menjadikan pembuatan tembikar sebagai hobi, menjadi artis seramik, untuk memulakan kerjaya perguruan baharu atau untuk melegakan tekanan.
Pembuatan tembikar adalah lebih daripada mengubah bola tanah liat menjadi sebuah bentuk objek yang diinginkan.
Ads
Melalui proses pembelajaran, ia memerlukan anda untuk menyentuh dan merasa tanah liat yang sedang anda hasilkan tersebut. Sangat menarik, ia menenangkan fikiran dan mampu membantu menumpukan perhatian anda. Selain dari itu, ia juga mencabar keazaman anda, mengembangkan ekspresi diri, serta meregangkan kemahiran dan imaginasi anda.
Alamat : 757, 5, Jalan Subang 3, Kawasan Perindustrian Uep Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor.
3. Beli-belah Di Central i-City, Shah Alam
Pusat Beli-belah Central i-City di Negeri Selangor, ialah Pusat Beli-belah serantau antarabangsa yang pertama di Negara ini dan terletak di Seksyen 7, Shah Alam, iaitu 22 kilometer dari Kuala Lumpur.
Ads
Pusat Beli-belah ini adalah sebahagian daripada i-City, sebuah projek pembangunan yang dipromosikan oleh Kerajaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Pusat Beli-belah adalah salah satu contoh terbaik bagi menggambarkan gaya hidup serta unsur hiburan yang terdapdi Negeri Selangor.
Alamat : No. 1, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, Jalan Plumbum 7/102, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor.
4. Bersiar-siar Di Taman Maya, Eco Ardence, Setia Alam
Taman Maya ialah taman hijau dalam bandar Eco Ardence serta menawarkan pelbagai aktiviti kepada para pengunjung. Di tasik tersebut terdapat sebuah jambatan yang menghala ke pelantar berstruktur empat segi dan bermotifkan harmoni.
Ads
Strukturnya menyala pada waktu petang dan malam, menghasilkan imej cermin yang indah di tasik. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan disini adalah seperti berjoging, berjalan kaki, berbasikal, fotografi dan melihat matahari terbenam. Terdapat juga banyak restoran dan kedai makan di Ardence Lab, yang terletak di sebelah tasik ini.
5. Santai Malam Di Uptown Relax Faithful Nature / Santai, Setia Alam
Santai Setia Alam berkonsepkan pasar malam atau Uptown, terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan menawarkan pelbagai barangan yang berpatutan dan murah, serta makanan dan minuman terbaik yang lazat. Dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 12 pagi, ia menyediakan suasana yang menyenangkan untuk anda akhiri lawatan sehari anda ke Negeri Selangor!
Alamat : 27, Jalan Setia Trade, Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Kredit: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Zirafah berwarna putih? Dengar sahaja sudah terasa menarik.
Belum lagi berpeluang melihat di depan mata. Namun tidak dapat dipastikan apakah penduduk dunia yang lain berpeluang melihat zirafah putih ini atau sekadar menatap tinggalan foto sahaja akan datang.
Sebelum ini dilaporkan terdapat tiga ekor zirafah putih di dunia. Namun berita sedih yang baru sahaja dilaporkan dua ekor spesies unik zirafah putih di Kenya ditemui mati menjadikan hanya tinggal seekor sahaja lagi.
Menurut jurucakap konservasi tempatan, Komuniti Konservasi Ishaqbini Hirola, zirafah putih tersebut mati akibat ditembak oleh pemburu haram.
“Zirafah putih betina yang satu-satunya hidup di sini ditemukan mati bersama anaknya selepas ditembak oleh pemburu bersenjata. Kami merupakan satu-satunya komuniti yang memelihara spesies zirafah putih. Pembunuhan ini merupakan satu seruan kepada komuniti supaya usaha pemeliharaan perlu diteruskan,” kata jurucakap, Mohammed Ahmednoor.
Menurut pakar, zirafah spesies unik itu dipercayai mengalami mutasi pada genetik yang dikenali sebagai ‘leucism’ yang disebabkan kehilangan pada sebahagian pigmentasi. Zirafah ini menjadi bualan ramai dek keunikan warnanya selepas muncul dalam siri dokumentari haiwan pada tahun 2017.
Kalau nak kelainan waktu bercuti, boleh ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lanchang Pahang untuk tengok binatang di sini.
Menurut perkongsian Hazwan Hafiz, untuk ke sini mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan atau 110 KM dari KL, tidak jauh dari Tol Lanchang.
Bercuti Ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Pahang
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia yang mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan.
Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar.
Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesis ini serta kerosakan harta benda & kawasan pertanian.
Apa yang menarik di sini?
Terdapat lebih kurang 20 ekor gajah ditempatkan di sini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung:
– Memberi Gajah Makan (Tebu RM3.00/Pisang RM5)
– Melihat Persembahan Gajah
– Melihat Gajah Mandi
– Melihat Pameran & Info Gajah
Yang mana ada anak, boleh datang sini tengok gajah tanpa bayaran dan ajar mereka mengenali gajah dengan lebih dekat!
Info Penting PKGK:
Masuk Percuma
Tiada bayaran yang dikenakan. Cuma isi borang di kaunter, nyatakan berapa bilangan ahli keluarga yang hadir. Serahkan borang. Menerima sumbangan wang tunai seikhlas hati.
Waktu Dibuka
Dibuka Setiap Hari
Waktu Masuk: 10.30 pagi
Waktu Tutup: 3.30 petang
Jam 11.15 pagi : Pertunjukkan Gajah.
Jam 2.00 petang : Gajah Mandi.
Jam 2.30 petang : Pertunjukkan Gajah
Owh ya, pertunjukkan gajah dan gajah mandi bergantung pada cuaca. Kalau cuaca buruk, tak dapatlah nak tengok.
Antara kemudahan lain yang terdapat di sini:
Parking Percuma
Parking banyak & percuma. Datang awal pagi, parking banyak kosong. Datang tengahari sikit, kena jalan kaki sikit dalam 5-7 minit.
Mesra Kerusi Roda / Stroller
Boleh bawa anak ecil guna stroller. Boleh juga bawa ibu ayah naik kerusi roda. Agak susah nak lalu atas rumput, tapi heret janji sampai.
Tandas Banyak
Setiap lorong ada tandas. Pandai cari tak perlu beratur panjang.
Kemudahan Surau
Surau juga ada di sini. Telekung/ sejadah kalau nak lebih bersih bawa sendiri.
Kemudahan Gerai Makan\
Anda boleh juga makan di sini, ada gerai makan. Harga rakyat marhaen. Boleh juga bawa bekal sendiri.
Walaupun cuaca panas tapi suasana hutan di PKGK ni buatkan kita rasa nyaman dengan teduhan pokok sekeliling.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada yang tak pernah tahu pun pasal ATV Kunci Air Buang di Kuala Selangor, jom tengok apa yang best kat sini untuk beli jiwa anak-anak pada musim cuti sekolah.
Nak keluar bercuti, modal kena ada lebih, sesak dengan pengunjung pula. Jadi apa kata anda yang tinggal di kawasan bandar lembah Klang ni, keluar berjalan ke Kuala Selangor!
ATV Kunci Air Buang
Di Kuala Selangor, atau lebih tepat lagi di Tanjung Karang, ada banyak aktiviti menarik. Di ATV Kunci Air Buang, anda boleh mencuba aktiviti sukan lasak iaitu bermain ATV. Uniknya di sini, litar telah dibuat khas ditengah sawah.
Aktiviti bermain ATV di sini amat sesuai untuk keluarga mahupun dengan kawan-kawan. Owh ya, ATV untuk kanak-kanak pun ada! Faktor keselamatan, jangan risau kerana anda bakal diselia oleh pakar yang bertauliah.
Lagi best kalau anda ambil sekali pakej drone, boleh simpan video rakaman segala aksi anda di litar sebagai kenangan.
Harga Yang Dikenakan
Soal harga yang dikenakan pula amat berpatutan iaitu RM50 untuk 30 minit & RM80 untuk satu jam
Lokasi: ATV Kunci Air Buang
Alamat: LOT 4004,BLOCK L SAWAH SEMPADAN 45500 TANJONG KARANG.
Hah, nanti jangan lupa ajak anak-anak sekali. Baru syok luangkan masa bersama dengan buat aktiviti menarik macam ini. Tak perlu pergi jauh untuk puaskan hati anak-anak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!