
Okay, ini tip ‘survival’ yang Libur nak kongsikan kepada semua pembaca di luar sana, kenapa tebuk tin tuna dekat tengah-tengah waktu kecemasan.
Boleh buat jadi lilin
Jawapannya adalah! Tin tuna tu boleh jadi lilin sementara sewaktu kecemasan kalau anda tak ada sumber pencahayaan sewaktu camping dalam hutan!
Tak percaya? Okay jom kita tengok video ni
Hahaha nampak macam kelakar kan? Kalau dah ada pemetik api tu, apa salahnya kalau terus buat unggun api? Nak bakar hutan pun boleh.
Tapi, korang mesti tak tahu kan tin tuna boleh buat jadi lilin? Ha kira berguna juga la input baru ni kan? Jangan main-main dengan tip mudah ni, api tu boleh tahan dua hingga ke tiga jam tau dan tuna tu boleh guna untuk makan selepas dijadikan lilin kecemasan.
Selamat beramal.. Hehehe
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Meninggal Dalam Pesawat AirAsia, Penumpang Kongsi Cerita Bayi Itu Meninggal Dalam Dakapan Beliau

Isi Kandungan
ToggleSatu perjalanan yang sepatutnya berakhir dalam suasana gembira bertukar sedih dan pilu apabila seorang bayi berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia di dalam pesawat AirAsia penerbangan D7236 sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth.
Laporan daripada laman sesawang ABC News melaporkan, seorang penumpang yang dikenali sebagai Nadia Parenzee telah menawarkan bantuan kepada ibu bapa bayi berkenaan selepas melihat bayi itu dalam keadaan kepenatan dan menangis tanpa henti.
Dalam hantaran di Facebook, Nadia menulis bahawa beliau menawarkan bantuan kepada ibu bapa dan anak kapal pesawat berkenaan selepas melihat ibu bapa bayi itu dalam keadaan tertekan.

Bayi meninggal dalam pangkuan
Semasa hendak memejamkan matanya untuk mendapatkan sedikit rehat, Nadia menceritakan, seorang anak kapal AirAsia telah menepuk bahu beliau untuk meminta pertolongan.
Kedua ibu bapa bayi berkenaan kemudian telah menyerahkan bayi tersebut kepada Nadia dan kelihatan di mata kedua ibu baya bayi itu dalam keadaan benar-benar tertekan. Sebaik sahaja bayi yang digelarkan sebagai Farah oleh Nadia itu berada di dalam pangkuannya, Nadia terus membacakan surah Al-Fatihah kepadanya.
Semasa Farah berada dalam pangkuan Nadia, bayi tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir dan terkulai.
Nadia serta-merta tahu bahawa ada sesuatu yang tidak diingini berlaku dan dengan segera menjerit di dalam pesawat untuk mengetahui samaada ada doktor di kalangan penumpang pesawat.

Ibu bapa dari Arab Suadi
Nadia turut berkata bahawa kedua ibu bapa bayi tersebut berasal dari Arab Saudi dan mereka berdua dalam perjalanan menuju ke Australia untuk memulakan kehidupan yang baharu di sana.
“Hati saya bungkam dan tidak tahu apa yang drasai di dalam hati tapi saya rasa bangga kerana dapat memegang bayi tersebut dan membacakan surah kepadanya sebelum dia meninggal dunia”, tulis Nadia dalam hantaran Facebook beliau.
Nadia turut menambah bahawa anak kapal AirAsia begitu mengagumkan dalam situasi genting berkenaan dan memuji sikap profesional mereka.

Menurut laporan dari ABC News lagi, seorang jurucakap AirAsia telah mengesahkan ada situasi yang dipanggil sebagai “medical emergency” berlaku semasa penerbangan tersebut dan kes berkenaan telah diambil alih oleh sepasukan pakar perubatan dan pihak berkuasa sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.
Dalam pada itu, pesawat AirAsia yang sama dengan nombor penerbangan D7237 yang sepatutnya berlepas balik dari Perth ke Kuala Lumpur pada hari yang sama terpaksa ditunda beberapa jam bagi membantu siasatan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Saman Sudah Mula Dikenakan Kepada Perokok Di Kedai Makan Bermula Ogos Ini Ya!

Penguatkuasaan larangan merokok di premis restoran telah dikuatkuasakan bermula Januari 2019. Perokok masih dibenarkan merokok tetapi sejauh 3 meter atau 10 kaki dari kawasan restoran. Namun kementerian memberi tempoh enam bulan sebagai ‘tempoh mendidik’ perokok supaya mereka merokok tiga meter dari premis berkenaan.
Bermula bulan Ogos ini, tindakan saman akan dikenakan buat mereka yang masih degil dengan undang-undang yang telah dikuatkuasakan. Kepada yang ingkar dengan larangan ini, Peraturan-Peraturan kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2005) menyatakan bagi kesalahan merokok di suatu tempat yang di larang (subperaturan 11(1) denda minimum yang boleh dikenakan ialah RM250.00 dan denda maksimum ialah RM500.00. Sabit kesalahan oleh mahkamah, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun. Manakala pengusaha yang gagal mematuhi peraturan pula boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Jadi untuk memudahkan orang awam faham mengenai kawasan larangan 3 meter atau 10 kaki ini, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan infografik bagi rujukan kepada semua perokok-perokok tegar.
Jom kita tengok.
- Restoran di rumah kedai. Perhatikan jarak 3 meter dari meja di muka pintu kedai tersebut, itu adalah kawasan larangan merokok.
- Tempat makan terbuka. Kawasan ini selalunya wujud di kedai mamak. So kalau lepak mamak yang ada kawasan terbuka, kawasan tersebut adalah kawasan larangan merokok.
- Gerai makan. Sama juga macam kawasan terbuka tadi, tetapi ini melibatkan kawasan gerai dan yang sama waktu dengannya. Kawasan berkelompok meja dan 3 meter dari situ adalah kawasan larangan merokok.
- Trak makan / Food truck – 3 meter dari food truck adalah kawasan larangan merokok.
- Kedai makan dalam sungai. Ha tu dia kedai makan dalam sungai pun adalah kawasan merokok dalam jarak 3 meter daripada sungai.
- Makan atas awan. Yang ini tak boleh buat apa la. Kalau nak merokok jugak awak gantung diri 3 meter dari atas tu, boleh la merokok, hehehe.
Selain daripada kawasan premis restoran di atas, sebenarnya ada beberapa lagi kawasan larangan merokok seperti yang terkandung dalam buku Peraturan 11(1) PPKHT 2004 seperti:1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam.
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik.
3. Di dalam lif atau tandas awam.
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin.
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam.
6. Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta bawah peraturan 22.
7. Di dalam mana-mana lapangan terbang.
8. Di dalam mana-mana premis kerajaan.
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian.
10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak.
12. Di dalam mana-mana bas sekolah.
13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
14. Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah.
15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak.
16. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium.
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan.
18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan.
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet.
20. Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara.
21. Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.
22. Seluruh Hentian Rawat Dan Rehat (RnR) di seluruh Lebuhraya Malaysia.
Jadi kepada perokok tegar di luar sana, ambil perhatian ya. Jangan kerana sebatang merokok, duit melayang bayar denda. RM10,000 tau. Ingatlah orang yang tersayang. Selamat beramal.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Tawaran Pakej Murah Daripada Sunway Ni Korang Kena Grab Cepat! Berbaloi. Ada Pakej Penginapan, Berhibur, Membeli-Belah & Makan-Makan

Dalam usaha meningkatkan kembali sektor pelancongan, Sunway telah melancarkan pakej pelancongan menarik di destinasi popular mliknya untuk anda semua pilih. Jangan lepaskan peluang menarik ini!
Sunway Velocity
Pusat beli-belah Sunway Velocity memperkenalkan pakej 'STAY, SCREEN & SHOP' menawarkan penginapan 2 hari 1 malam untuk dua orang di Sunway Velocity Hotel, satu set baucar tunai makan dan beli-belah bernilai minimum RM50 di Sunway Velocity Mall dan pakej saringan kesihatan asas di Sunway Medical Centre untuk seorang dengan harga bermula RM338.
- Pengunjung juga boleh menikmati pakej 'STAY & SHOP' pada harga bermula RM168 yang menawarkan penginapan 2H1M di Sunway Velocity Hotel untuk dua orang dan baucar tunai makan dan beli-belah di Sunway Velocity Mall.
- Jika anda hanya mahukan saringan asas dan baucar tunai makan dan beli-belah sahaja, anda boleh memilih untuk mendapatkan pakej 'SCREEN & SHOP' pada harga bermula RM220.
- Pengunjung yang melanggan mana-mana pakej 'STAY, SCREEN & SHOP' juga layak menerima diskaun 30 peratus di kedai-kedai terpilih dan separuh harga untuk destinasi-destinasi lain seperti Aquaria KLCC (harga asal RM71) serta Sunway Pyramid Ice.
Pakej 'STAY, SCREEN & SHOP' boleh didapati sehingga 31 Disember 2020 di www.sunwayhotels.com/sunway-velocity.
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Pusat beli-belah Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur turut melancarkan pakej 'STAY-Kawtim, Makan Unlimited!' buat julung kalinya dan menawarkan potongan sebanyak 50 peratus untuk keluarga yang mahu meneroka lokasi-lokasi menarik di sekitar ibu negara.
- Pakej 'STAY-Kawtim, MakanUnlimited!' merangkumi penginapan 2H1M untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak (bawah 12 tahun) termasuk sarapan, bufet tanpa had dan baucar tunai bernilai RM100 daripada kedai-kedai terpilih di Sunway Putra Mall.
- Makan tanpa had turut menawarkan 25 menu ala carte istimewa termasuk pilihan daripada juadah Melayu, Cina, India, Barat dan juadah kegemaran vegetarian serta pilihan menyelerakan untuk kanak-kanak boleh dinikmati tanpa had selama 8 jam bermula 12 tengahari di Coffee House.
- Pakej 'STAY-Kawtim, Makan Unlimited!' dijual pada harga RM238, boleh ditempah sehingga 31 Ogos ini dan boleh digunakan sehingga 27 Disember depan termasuk hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Pakej ini boleh ditempah di www.sunwayhotels.com/sunway-putra/offers/stay-kawtim-makan-unlimited
Sunway City Kuala Lumpur
Sunway City Kuala Lumpur terdahulu melancarkan kempen pertama Ke Sana Ke Sini Ke Sunway pada Julai lalu dan kini kembali selepas sambutan hangat daripada orang ramai. Pakej Ke Sana Ke Sini Sunway LAGI! menawarkan penginapan 3H2M di Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Clio Hotel dan tiket ke Sunway Lagoon untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak serta baucar bernilai RM50 yang boleh digunakan di Sunway Pyramid Mall. Pakej Ke Sana Ke Sini Sunway LAGI! boleh didapati pada RM499 di www.sunway.city/kesanakesini dan boleh digunakan sehingga 30 November 2020 depan.
Sunway Lost World of Tambun
Sunway Lost World of Tambun turut menawarkan diskaun terhad sebanyak 40 peratus untuk pakej Staycation istimewa yang merangkumi penginapan 2H1M di Lost World of Tambun Glamping atau Malayana Floating Villa termasuk sarapan, tiket masuk ke taman tema untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak serta tiket masuk ke taman malam untuk satu malam. Dapatkannya di www.sunwaylostworldoftambun.com/staycation
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI