Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan berita pengunduran diri Duke and Duchess of Sussex, Harry dan Meghan daripada keluarga diraja British.
Terbaru pasangan ini memilih untuk mengundurkan diri dan ‘pertukaran’ kehidupan mereka selaku bukan ahli keluarga diraja secara rasmi biarpun dunia kini berdepan dengan pandemik COVID-19
Berita berkenaan bukan sahaja menjadi topik bualan warga Britain, malah seluruh dunia tergamam dengan keputusan pasangan itu yang memilih untuk tidak menggalas tugas diraja dan menjana pendapatan serta mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membiayai kehidupan peribadi mereka.
Persoalan juga mula timbul dalam kalangan masyarakat mengenai kenapa pasangan itu membuat keputusan sedemikian?
Menurut sumber, Harry dan Meghan telah mula bekerja untuk menjana pendapatan sendiri. Harry dikhabarkan telah bekerjasama dengan bank Wall Street, dimana dia menjadi jurucakap mengenai isu kesihatan mental. Meghan juga dikatakan telah menerima tawaran melakukan alih suara bagi sebuah filem terbitan Disney mengenai program perlindungan gajah di Botswana. Kedua-dua mereka dikatakan akan banyak melakukan kerja-kerja amal berkaitan isu sedemikian.
https://www.instagram.com/p/B-XTsETJsU0/
Berikut merupakan antara beberapa perkara lain yang dijelaskan berkaitan pertukaran status mereka sebagai pasangan diraja.
Sumber: Astroawani