Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan berita pengunduran diri Duke and Duchess of Sussex, Harry dan Meghan daripada keluarga diraja British.
Terbaru pasangan ini memilih untuk mengundurkan diri dan ‘pertukaran’ kehidupan mereka selaku bukan ahli keluarga diraja secara rasmi biarpun dunia kini berdepan dengan pandemik COVID-19
Berita berkenaan bukan sahaja menjadi topik bualan warga Britain, malah seluruh dunia tergamam dengan keputusan pasangan itu yang memilih untuk tidak menggalas tugas diraja dan menjana pendapatan serta mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membiayai kehidupan peribadi mereka.
Ads
Persoalan juga mula timbul dalam kalangan masyarakat mengenai kenapa pasangan itu membuat keputusan sedemikian?
Menurut sumber, Harry dan Meghan telah mula bekerja untuk menjana pendapatan sendiri. Harry dikhabarkan telah bekerjasama dengan bank Wall Street, dimana dia menjadi jurucakap mengenai isu kesihatan mental. Meghan juga dikatakan telah menerima tawaran melakukan alih suara bagi sebuah filem terbitan Disney mengenai program perlindungan gajah di Botswana. Kedua-dua mereka dikatakan akan banyak melakukan kerja-kerja amal berkaitan isu sedemikian.
Berikut merupakan antara beberapa perkara lain yang dijelaskan berkaitan pertukaran status mereka sebagai pasangan diraja.
Mereka masih sebahagian daripada keluarga diraja British, namun tidak boleh menggunakan gelaran diraja. Pasangan itu tidak boleh menggunakan gelaran “diraja Sussex” dalam mana-mana badan amal, laman web dan akaun Instagram mereka.
Ratu Elizabeth juga melucutkan jawatan Harry selaku pemimpin khas ketenteraan kehormatannya.Harry dan Meghan juga tidak boleh mewakili mana-mana majlis atau acara selaku ahli keluarga diraja British.
Walaupun mereka telah berundur dari keluarga diraja British secara rasmi. Prince of Wales, Putera Charles dikhabarkan bersetuju untuk terus menyokong pasangan itu dari segi kewangan menerusi aset persendiriannya, Duchy of Cornwal, yang tidak jauh dari Burkingham Palace.
Malah, mereka dibenarkan menyimpan rumah mereka di estet Windsor di England dengan syarat mereka perlu membayar balik dana sebanyak £ 2.4 juta (sekitar RM 11.4 juta) yang digunakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Biarpun, pasangan itu telah menjelaskan bahawa mereka berhasrat untuk tinggal di Amerika Utara.
Ivan Lee, jurugambar berusia 23 tahun di P.Pinang yang mula menggemari fotografi astro, telah merakam gambar hebat ‘Airglow’ lewat 11 malam dari 24-26 Jun ketika Hari Raya Aidilfitri lepas.
AirglowGertak Sanggul
Pulau Betong, Balik Pulau
Airglow adalah atmosfera bumi yang bercahaya. Ia berlaku setiap masa di seluruh dunia, Ada 3 jenis ‘airglow’ : dayglow, twilightglow dan nightglow. Setiap satu terhasil kerana cahaya matahari yang berinteraksi dengan molekul di dalam atmosfera kita, namun mereka wujud dalam bentuk tersendiri.
Chemiluminescence Gambar oleh Ivan Lee ialah kategori nightglow. Penghasilan nightglow berbeza kerana ia terjadi tanpa cahaya matahari. Sebaliknya proses ‘Chemiluminescence‘ yang bertanggungjawab bagi kesan cahaya di atmosfera.
Cahaya matahari memancar tenaga ke atmosfera pada siang hari, dan sebahagian di pindah ke bentuk oksigen. Tenaga ekstra ini membuat molekul oksigen berpecah ke atom individu. Biasanya ini terjadi pada altitud 100km. Bagaimanapun, atom oksigen tak mampu membuang tenaga ekstra ini dengan mudah lalu menyimpan tenaga ini untuk beberapa jam.
Atom oksigen tersebut berjaya bersatu sekali lagi dan membentuk oksigen molekular. oksigen molekular ini melepaskan tenaga dalam bentuk cahaya dan menghasilkan beberapa cahaya berlainan.
Beza Light Pillars & Air Glow Air Glow BUKAN Light Pillars. Light Pillars (Tiang Cahaya) ialah fenomena optik atmosfera dalam bentuk menegak yang meluas ke atas atau ke bawah sumber cahaya. Ini terhasil oleh pantulan cahaya dari banyak kristal ais halus di atmosfera atau awan. Cahaya ini boleh juga terhasil dari matahari (kebiasaannya apabila ia hampir atau di bawah horizon) dan fenomena ini dikenali sebagai sun pillar @ solar pillar. Ia boleh juga terhasil dari cahaya bulan atau lampu jalan.
Berita baik bagi warga Perak dan Kota Bharu, Kelantan untuk bercuti ke Langkawi.
Ini kerana syarikat penerbangan Air Asia bakal memulakan penerbangan dua hala Ipoh- Pulau Langkawi, Langkawi -Ipoh sebanyak tiga kali seminggu susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Hajah Nancy Shukri baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, penerbangan pertama itu bermula pada 17 September 2021. Dua lagi penerbangan dijadualkan pada 19 dan 22 September 2021.
“Sejauh ini tidak ada sekatan penerbangan domestik, namun kapasiti maksimum yang dibenarkan adalah 180 penumpang bagi setiap penerbangan. Penumpang akan menaiki pesawat Airbus A320 dari Ipoh ke Langkawi pada 17 September 2021 jam 1.40 petang dan sampai ke Langkawi International Airport pada 2.30 petang.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Air Asia untuk tempahan tiket. Namun begitu kami tidak dapat memaklumkan waktu penerbangan selepas 22 September 2021 kerana ia mungkin dijadualkan semula mengikut keperluan semasa,” katanya.
Dalam pada itu, syarikat penerbangan itu melaporkan sebanyak 200,000 tiket habis terjual di mana pada hari pertama jualan tiket dibuka, sebanyak 30,000 tempahan diterima dari orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam satu kenyataan media memaklumkan sebanyak 200,000 tiket ditempah orang ramai secaar keseluruhannya. Dan katanya lagi, gelembung pelancongan ini juga menunjukkan orang ramai ingin kembali melakukan perjalanan dan memilih penerbangan sebagai keadah pengangkutan. (sumber: Peraktastic).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sama seperti perayaan-perayaan besar lain di negara kita yang lalu ketika pandemik, sambutan Deepavali yang bakal disambut minggu hadapan juga perlu secara bersederhana sahaja tahun ini.
Prosedur operasi standard (SOP) sambutan perayaan Deepavali yang akan disambut pada 14 November 2020 akan datang telah pun diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berdasarkan penilaian Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, beberapa penambahbaikan dilakukan dan semua penganut Hindu yang bakal menyambut sambutan Deepavali perlu mematuhi beberapa SOP yang dikeluarkan. Antaranya:
MKN setuju benarkan penganut Hindu di kawasan PKPP dan PKPB ikuti upacara sembahyang pada hari pertama sahaja dengan SOP ketat
Tiada pergerakan rentas mukim,daerah atau negeri dari kawasan PKPB dan PKPD
Sambutan rumah kediaman (atas tanah) dibenarkan daripada kalangan keluarga terdekat dan tidak dibenarkan melebihi 20 orang satu-satu masa
Kehadiran ke rumah ibadah maksimum 30 orang, guna aplikasi mySejahtera
Sesi sembahyang dari 7 pagi hingga 12 tengah hari
Penganut berisiko, kanak-kanak 12 tahun ke bawah tidak digalakkan hadir ke rumah ibadat
Sambutan di rumah kediaman strata dengan keluasan kurang 1,500 kaki persegi maksimum 10 orang, dan bagi yang lebih luas maksimum 15 orang pada satu-satu masa
Upacara sembahyang di kuil tidak dibenarkan sama sekali di kawasan PKPD
Sambutan di rumah kediaman (landed) dibenarkan keluarga terdekat, tidak lebih 20 orang satu-satu masa.
Pesan LIBUR Jaga SOP ya. Stay Safe!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!