Pusing Ladang Sambil Petik Sayur Segar Di Ringlet, Cara Wanita Ini Habiskan Cuti Tahun Bersama Keluarga
Disember 28, 2020
Share
Lain orang lain cita rasanya. Ada yang gemar habiskan cuti tahun dengan menginap di hotel atau homestay mana-mana destinasi menarik.
Tetapi bagi Nor Azmah Mat Perak mempunyai cara tersendiri untuk menghabiskan cuti panjang di penghujung tahun 2020.
Memilih untuk melakukan aktiviti berkhemah dan menginap di White Chalet, Ringlet bersama keluarga termasuk adik-beradik, ipar duai dan anak-anak saudara.
Menurutnya pengalaman berbeza bercuti di khemah dan chalet yang disediakan. Walaupun begitu, cuaca yang sejuk dan tenang menjadikan percutian kali ini sangat bermakna.
Bagi yang berminat untuk menghabiskan cuti tahunan di sini, ini antara kemudahan disediakan di chalet yang disewa.
Ada 2 unit 1.Unit gerbera (RM179 per/night ) – 1 katil queen lengkap dengan balkoni (view ladang) dan ruang dapur – Package untuk unit gerbera termasuk cenderahati (sayur petik sendiri) – Roundtrip pusing-pusing ladang naik pacuan 4 roda
2. Unit kekwa (RM269 per/night ) – 2 katil queen lengkap dengan balkoni (view ladang) dan ruang dapur – Package untuk unit kekwa termasuk cenderahati (sayur petik sendiri) – Roundtrip pusing-pusing ladang naik pacuan 4 roda
Kelengkapan disediakan * Kelengkapan asas dapur lengkap termasuk Rice cooker, periuk, kuali, pinggan mangkuk, cawan, lesung batu, water heater, dan lain-lain. * Iron dan iron board disediakan * Mini fridge hanya pada unit kekwa Kelengkapan BBQ juga disediakan termasuk arang. * 2 tandas di luar & surau * Towel tak disediakan * Muslim sahaja