Pulau Ular, Hidden Gem Kuantan. Jangan Risau Seekor Ular Pun Tak Ada Kat Sini!

Share

Pulau Ular terletak di kawasan Kampung Sungai Ular Kuantan berhampiran jalan ke Cherating. Pulau tanpa sebarang pembangunan ini sangat jernih airnya.

Walaupun namanya Pulau Sungai Ular, pengunjung tidak perlu risau untuk bercuti ke sini kerana pulau hidden gem Kuantan ini bukan tempat habitat bagi haiwan tersebut dan ia hanya nama bagi kawasan Sungai Ular.

Pulau yang tidak mempunyai sebarang pembangunan ini dibuka untuk kunjungan pelancong hanya untuk trip singkat sahaja atau day trip. Pulau ini mempunyai pesisiran pantainya sendiri dan sesuai dijadikan lokasi riadah dan berkelah ala-ala di pulau persendirian.

Untuk ke pulau ini, pengunjung perlu menaiki bot di jeti Sg Ular . Perjalanan ke pulau ini sangat singkat, iaitu sekitar 5 ke 10 minit bergantung kepada keadaan arus laut. Tiada sebarang perkhidmatan jual beli makanan disediakan, jadi pengunjung diingatkan membawa bekal makanan sendiri dan barang-barang untuk berkelah. Jika ingin berenang di sekitar pulau ini, disarankan untuk mengenakan jaket keselamatan sentiasa walaupun anda mungkin seorang perenang yang hebat. Keselamatan perlu diutamakan!

Ini sedikit perkongsian trip ke Pulau Ular oleh saudari Farah Anuar

Antara tempat baru yang menarik di Kuantan. Pulau yang JIMAT & BAJET: Pulau Ular

  • Booking boat awal-awal
  • Parking kereta di Santuary Resort
  • 5-6 minit naik boat ke Pulau, jangan risau akan dipantau/teman oleh “kapten” boat. Ni service tiptop!
  • Mobile network ok, port gambar banyak giler
  • Makanan bawak sendiri, sampah bawa balik ya
  • Before jam 3.30 petang WAJIB keluar okey

Extra, rezeki kami dapat tengok Penyu & Ikan Haruan Tasik. Lagi syok kalau geng kita kaki bergambar

Oleh
Admin