Pulau Tenggol yang terletak di Terengganu ni bukan saja cantik di permukaan pulaunya, malah keindahan lautnya juga memukau mata pengunjung yang datang ke sini. Terumbu karang berserta hidupan lautnya yang cantik berjaya menjadikan Pulau Tenggol ini antara lokasi selam skuba bertaraf dunia.
Untuk anda yang nak berkunjung ke Pulau Tenggol, aktiviti utama di sini adalah selam skuba dan snorkeling. Anda boleh menyelam di lebih 25 spot menyelam terbaik di Pulau Tenggol ini, dengan pelbagai hidupan marin yang menarik boleh dijumpai seperti humphead parrotfish, giant stingray, leopard shark, bat fishes, whale sharks dan schooling jacks.
Antara spot menyelam terbaik di Pulau Tenggol adalah Batu Tokong Laut, Teluk Air Tawar, Tokong Talang, Tokong Burung, Tokong Laut, Teluk Rajawali, Tanjung Sarang Lang dan Batu Cacang.
Selain itu, untuk anda yang sukakan aktiviti luar seperti jungle trekking juga boleh mengunjungi Pulau Tenggol kerana, bukit di tengah-tengah pulau ini berketinggian 800 kaki dan lokasi ini sesuai untuk anda menikmati pemandangan keindahan Pulau Tenggol dari kawasan puncak.
Ramai sebenarnya golongan yang boleh berkunjung ke sini, daripada kaki selam skuba, peminat aktiviti rekreasi luar, kaki lepak pantai, geng-geng snorkeling, member-member sekolah atau seuniversiti, couple nak honeymoon, sampailah pak cik atau mak cik yang nak menghabiskan masa pencen bersama-sama ke pulau. Sesiapa saja boleh datang ke sini.
Ada banyak pakej percutian yang ditawarkan ke Pulau Tenggol dan yang paling popular adalah pakej selam skuba dan snorkeling. Anda boleh pilih sama ada mahu pakej selama 2 hari 1 malam, 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam yang bermula lebih kurang dari RM400+ seorang. Aha, pakej yang ditawarkan all-inn termasuk bot dan makan. Anda hanya perlu bawa badan sahaja tau.
Bagi anda yang nak ke Pulau Tenggol boleh naik bot laju dari Jeti Kuala Dungun atau Jeti Dungun dan masa perjalanan lebih kurang 45 minit untuk sampai ke destinasi.
Jadi bulan 3 ni, anda nak ke pulau mana? Jom la beramai-ramai ke Pulau Tenggol!
p/s: Pulau Tenggol ditutup semasa musim tengkujuh sekitar bulan November hingga Februari setiap tahun.