Destinasi-Destinasi Pulau Di Malaysia Yang Menjadi Pilihan Berbulan Madu
Dulu Libur pernah tulis satu artikel berkenaan destinasi berbulan madu yang menjadi pilihan rakyat malaysia, tapi pilihan tempat-tempat tersebut merangkumi banyak tempat di seluruh dunia.
Baca: 10 Tempat Cool Untuk Bulan Madu
Jadi entri ini Libur nak berikan panduan dan rujukan yang lebih khusus supaya anda boleh membawa pasangan anda melayari trip bulan madu paling romantis 2019!
8 pilihan pulau-pulau yang terdapat di Malaysia! Tak perlu pergi jauh untuk ‘beli jiwa’ pasangan anda. Pulau-pulau yang ada di Malaysia ni cukup untuk menzahirkan nilai penghargaan anda kepada mereka.
Jadi jangan lengahkan waktu, jom kita lihat lokasi pulau bulan madu di Malaysia yang pertama:
Pulau Tenggol, Terengganu
Pulau Tenggol merupakan pulau peranginan yang terletak di Terengganu dan kini menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Darul Iman. Tarikan utama di sana ada scuba. Jadi bagi anda dan pasangan yang memilih percutian bulan madu yang adventure, anda boleh bawa pasangan berbulan madu anda menyelam dan menyaksikan keindahan alam di dasar laut. Bagi yang suka snorkeling, hidupan laut dan coral seperti nudibranch dan clownfish bakal menyajikan anda dengan pemandangan yang menakjubkan.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Snorkeling
Mandi laut di pesisir pantai
Berehat, santai
Bersiar-siar di tepi pantai
Pulau Tioman, Pahang
Pulau Tioman terletak lebih kurang 32 kilometer dari pantai barat negeri Pahang dan berkeluasan lebih kurang 20 kilometer panjang dan 12 kilometer lebar. Sebahagian besar pulau ini diliputi hutan dan kaya dengan khazanah flora dan fauna yang menjadikan Pulau Tioman popular di kalangan pasangan yang ingin berbulan madu. Pulau ini boleh diakses melalui jeti Mersing dan jeti Tanjung Gemuk dengan menaiki feri atau bot.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Island Hopping
Scuba Diving
Snorkeling
Rock Climbing
Mandi air terjun
Shopping
Pulau Redang, Terengganu
Pulau Redang adalah antara pulau yang terkenal di Malaysia kerana boleh memberikan pengalaman menyeronokkan dalam trip bulan madu anda. Ada banyak tempat menarik di sekitar Pulau Redang ini seperi Pantai Pasir Panjang, Pantai Teluk Kalong, Pantai Teluk Dalam, dan Taman Marin. Anda dan pasangan boleh akses Pulau Redang menerusi beberapa jeti yang ada di sana seperti Jeti Shahbandar, Jeti Merang atau Jeti Penarik.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Snorkeling
Mandi Manda di Pantai Pasir Panjang
Bersiar-siar di tempat menarik
Melihat matahari terbenam
Berkayak
Pulau Mabul, Sabah
Terletak lebih kurang 15 minit perjalanan menggunakan bot laju dari Pulau Sipadan, Mabul terkenal sebagai satu lokasi muck diving yang terbaik di dunia. Pulau Mabul juga terkenal dengan keindahan alam semulajadi sama ada di kawasan pulau atau di dasar air, menjadikan panorama itu terbaik untuk anda menghabiskan masa bersama yang tersayang. Kesunyian pulau turut menambahkan lagi suasana romantis untuk anda berdua-duaan dan sebagainya.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Berkayak
Melawat Kampung Bajau Laut
Snorkeling
Scuba di Taman Laut Pulau Sipadan
Berkungjung ke Taman Marin Tun Sakaran
Trekking ke Pulau Bohey Dulang
Singgah ke Pulau Bodgaya
Island Hopping
Pulau Pemanggil, Johor
Terletak 45 kilometer dari Mersing, Johor. Dengan saiz nya yang kecil, pulau ini mampu memberikan keseronokan untuk sebuah percutian bulan madu yang anda dan pasangan impikan. Untuk ke Pulau Pemanggil ini, anda boleh datang melalui Jeti Mersing dan mengambil masa antara 4 ke 5 jam perjalanan bergantung kepada jenis bot yang anda naiki. Pantainya yang biru dan jernih umpama kristal membuatkan ramai pelancong yang tergila-gila untuk berkunjung ke sini. Jadi bayangkan trip bulan madu anda, pasti menarik! Selain aktiviti air yang anda boleh lakukan bersama pasangan, aktiviti trekking ke bukit untuk menikmati pemandangan seluruh kawasan pulau juga boleh dilakukan. Treknya tak susah, jadi anda dan pasangan tak perlu risau untuk mendaki ke atas.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Island Hopping
Snorkeling
Scuba
Hiking
Layan sunrise menghadap Laut China Selatan
Candle light dinner bersama pasangan
Pulau Kapas, Terengganu
Pulau Kapas ini juga menjadi pilihan kepada pasangan yang ingin berbulan madu kerana lokasinya hanya 10 minit sahaja menaiki bot dari tanah besar ke kawasan pulau. Sekalipun dekat dengan tanah besar, keindahan air laut yang ada di Pulau Kapas ini cukup memukau pandangan sesiapa sahaja yang berkungjung ke sini kerana air lautnya cukup jernih, tenang, membiru dan kecantikan airnya ibarat pulau-pulau yang popular di serata dunia. Bagi anda dan pasangan yang mahukan percutian bulan madu yang bajet, boleh datang ke Pulau Kapas ini kerana rata-rata penginapan di sini terdiri daripada chalet yang menawarkan harga yang menjimatkan kepada setiap pelancong yang datang. Lagi satu perkara berkenaan Pulau Kapas, walaupun berdekatan dengan tanah besar, batu karang dan hidupan lautnya mempunyai pelbagai warna dan terpelihara daripada kerosakan serta kemusnahan. Snorkeling di sini sangat menguntungkan, jadi jom la bawa pasangan anda mandi manda di sini, berenang bersama ikan-ikan. Hehe.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Snorkeling dan diving
Berkayak
Mendaki Bukit Singa
Mandi di Gua Bukit Singa
Bersiar-siar sepanjang kawasan pantai
Island hopping
Pulau Besar, Johor
Pulau Besar ini terletak 13 kilometer dari Mersing Johor dan boleh diakses dari Jeti Mersing. Pulau Besar ini juga terletak berhampiran Pulau Hujong dan Pulau Tengah serta mempunyai pantai yang putih dan bersih serta air laut yang begitu jernih. Pulau ini juga digazetkan sebagai taman laut bagi memelihara keindahan alam semulajadi yang ada di sana. Jika anda dan pasangan anda seorang yang lasak dan inginkan pengembaraan dalam trip bulan madu anda, Pulau Besar juga berhampiran Pulau Mensirip dan Pulau Harimau berada tidak jauh daripada sini dan anda boleh island hopping ke sana.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Island hopping
Snorkeling
Scuba
Sun bath
Bersiar-siardi pesisir pantai
Menikmati angin laut yang mendamaikan
Pulau Sibu, Johor
Pulau Sibu terletak di pantai timur semenanjung Malaysia di negeri Johor. Lokasinya adalah di Laut China Selatan lebih kurang 12 kilometer dari tanah besar Johor atau lebih tepat di daerah Mersing. Pulau Sibu terdiri daripada beberapa gugusan kepulauan lain iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus, dan Pulau Sibu Hujung. Anda dan pasangan sekiranya ingin ke sini, perlu menaiki bot di Jeti Tanjong Leman. Selitkan water sport activities semasa trip bulan madu anda dengan pelbagai aktiviti yang disediakan di sini.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Mandi laut
Snorkeling
Scuba diving
Jet ski
Jungle trekking
Island Hopping
Urut badan di SPA