Sipadan island off the coast of Borneo

Pulau Sipadan merupakan sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, pantai timur Sabah. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia yang terbentuk daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.

Pulau Sipadan, Sabah Akan Ditutup Setiap Bulan Disember Bermula 2020

Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba antara yang terbaik di dunia dan juga terkenal dengan keindahan hidupan marinnya akan ditutup untuk semua aktiviti laut sepanjang Disember bermula pada tahun depan (tahun 2020).

Arahan itu dikeluarkan Taman-Taman Sabah atas permintaan kumpulan operator aktiviti menyelam sebagai langkah untuk memberi tempoh memulihkan persekitaran laut di pulau berkenaan.

Ads

Pulau Sipadan, Sabah Akan Ditutup Setiap Bulan Disember Bermula 2020 Pulau Sipadan, Sabah Akan Ditutup Setiap Bulan Disember Bermula 2020

Menurut notis yang dikeluarkan Taman-Taman Sabah yang bertarikh 31 Julai lalu, penutupan itu dicadangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pulau Ligitan dan Sipadan pada 25 Januari lalu. Bagaimanapun, cadangan terbabit akhirnya dipersetujui ketika Bengkel Pengagihan Kuota Selaman Pulau Sipadan pada 26 Februari tahun ini dan persetujuan itu ditandatangani oleh Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais.

Ads

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew berkata, Disember dipilih kerana ia adalah musim paling kurang aktiviti menyelam.

Ads

Penutupan sementara selama sebulan itu adalah untuk memberi ruang kepada kehidupan batu karang dan marin dipulihkan. Kumpulan operator aktiviti menyelam sendiri mencadangkan perkara ini dan mereka bersetuju dengan sebulat suara,” katanya.

Untuk pengetahuan umum mengenai had semasa pelawat ke Pulau Sipadan, ketika ini jumlah maksimum yang dibenarkan adalah seramai 156 penyelam setiap hari, manakala bagi aktiviti snorkeling pula hanya dibenarkan dengan permit khas tidak lebih daripada 20 orang sehari.

Sumber: hmetro

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI