Kalau ada masa anda boleh cuba buat carian di laman sosial mengenai Pulau Rawa. Kecantikkan dan keunikan pulau ini memang tidak boleh disangkal lagi. Macam tidak percaya lokasinya hanya di negara kita sahaja.

Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu

Pulau Rawa merupakan antara pulau yang tercantik ada di Johor. Pulau Rawa sering dihebahkan dalam laman sosial atau mulut ke mulut oleh pengunjung yang pernah menjejakkan kaki ke sini ibarat Maldives kepada Johor dek kecantikan perairannya persis di negara kepulauan itu. Pulau ini juga sangat ‘seksi’ dan sesuai untuk pasangan berbulan madu tau.

Tanya siapa sahaja pasti teruja melihat pasirnya yang memutih dan airnya biru menghijau bagai cermin boleh terus nampak ke dasar laut. Selain itu, aktiviti snorkeling juga amat mengujakan dengan air yang jernih. Anda pasti teruja kegirangan dapat melihat ikan-ikan kecil berwarna-warni serta batu karang yang indah.

Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu

Aktiviti yang boleh dilakukan jika bercuti ke Pulau Rawa, selain snorkeling ialah bersantai dan bersiar-siar, selam skuba, berkayak, mengelilingi pulau dan merentas hutan. Jangan lepaskan peluang untuk mendaki ke puncak bukit Pulau Rawa ini yang hanya mengambil masa pendakian kira-kira 15 minit. Dari situ anda boleh melihat keindahan matahari terbit dan pemandangan Laut Cina Selatan yang terbentang luas.

Ads

Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan MaduPulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu

Ketika ini, hanya ada dua resort di Pulau Rawa iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa. Menginap di kedua-dua resort ini memang menjadi idaman setiap pelancong kerana kedudukannya berhadapan dengan laut. Menariknya, Rawa Island Resort ada menyediakan gelongsor khas kepada tetamunya yang mahu berseronok dengan aktiviti air sambil mandi laut di tepi pantai.

Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu

Ads

Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu

Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan MaduPulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan MaduPulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu

Jika mengimpikan percutian ke Pulau Rawa, anda perlu membuat tempahan lebih awal kerana faktor lokasi penginapan yang terhad. Jangan sesekali anda berangan untuk walk-in sahaja ke sini memang tiada harapanlah untuk bercuti di Pulau Rawa nan indah ini.

Ads

Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu

Pakej yang ditawarkan di kedua-dua resort ini selalunya termasuk penginapan, perkhidmatan bot laju ulang alik, sarapan dan makan tengah hari, makan malam dan barbeku untuk sekali. Apa yang menarik resort menyediakan pelbagai aktiviti berkonsepkan free and easy yang menyeronokkan dan tidak terikat pada waktu. Ini bermaksud anda boleh menyusun sendiri jadual aktiviti mereka dan meneroka mengikut masa yang sesuai.

Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu Pulau Rawa Umpama Maldives Di Johor Idaman Pasangan Berbulan Madu

Cara ke Pulau Rawa:

  • Jika anda dari Kuala Lumpur teruskan perjalanan ke Mersing menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, keluar di Plaza Tol Air Hitam. Teruskan ke Kluang dan ikut laluan ke Mersing.
  • Setiba di Mersing, terus ke Terminal Feri Mersing dan ambil perkhidmatan bot laju terus ke Pulau Rawa.

Sumber Foto: rawaislandresort.com

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI