Pulau Pinang Sekali Lagi Dipilih CNN Sebagai Di Antara Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia!

Share

Sesuai dengan namanya yang cukup indah, Pulau Pinang Pulau Mutiara. Keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya masyarakat setempat, khazanah bersejarah serta pilihan hotspot makan melazatkan menjadikan Pulau Pinang kini di anggap sebagai di antara destinasi pelancongan terunggul du dunia.

Untuk destinasi sepanjang tahun 2022, CNN Travel sekali lagi menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah sebuah destinasi paling menarik.

Terpilih sebagai salah satu daripada 22 lokasi terbaik dunia seperti Finland, Jordan, Chile dan Perancis menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya wakil dari negara ASEAN di dalam senarai tersebut.

Foto: mypenang.gov.my

Artikel dari CNN Travel tersebut mengatakan Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan yang terletak berhampiran Laut Andaman dan menawarkan keistimewaan masakan tradisional Melayu, Cina dan India.

Foto: mypenang.gov.my

“Selain masakan popular, Pulau Pinang juga terdapat masakan Baba Nyonya (Peranakan) yang mana ia menggabungkan ramuan serantau dan kaedah masakan masyarakat Cina dan Melayu. Semua makanan ini boleh diperoleh di pusat penjaja dan rumah kedai di seluruh Pulau Pinang.

Foto: mypenang.gov.my

“Selain itu, di Georgetown juga dipenuhi dengan bangunan bersejarah seperti rumah agam Inggeris dan rumah kedai kaum Cina yang klasik dan masjid yang cantik untuk masyarakat Islam,” jelas CNN Travel lagi.

Foto: mypenang.gov.my

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut berkongsi berita membanggakan tersebut kepada rakyat Pulau Pinang menerusi satu hantarannya di Facebook.

Jelasnya, rakyat Pulau Pinang seharusnya berbangga dengan pengiktirafan di peringkat global seperti ini.

Sumber: CNN Travel

Oleh
mohd farizul Ibrahim