Pulau Pinang menjangkakan bakal menyambut ketibaan pelancong menjelang suku tahun ketiga dan keempat tahun ini susulan penularan pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata meskipun dikategorikan sebagai zon hijau, negeri itu masih berusaha membina semula industri pelancongannya.
"Kami hanya boleh menerima pelancong pada suku tahun ketiga dan keempat tahun ini kerana kami merancang untuk membina semula industri itu. Sekarang kami melaksanakan semua strategi dan perancangan untuk membolehkan kami bersedia bagi suku tahun ketiga dan keempat," katanya dalam sebuah Forum dalam talian.
Pulau Pinang sedang melaksanakan Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang (PGRS) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat bagi membolehkan lebih banyak perniagaan memulakan operasi mereka. Jika terlalu ekstrem terhadap industri, kerajaan bimbang akan membunuh rakyat dan jika terlalu ekstrem ke atas kesihatan makan akan menjejaskan industri itu dalam jangka panjang.
Bagi industri perhotelan, SOP baharu sedang disusun untuk para pengusaha hotel dengan garis panduan yang menyeluruh sepanjang tempoh ini. Ada empat langkah pengawalan utama bagi hotel untuk diikuti apabila mereka memulakan operasi iaitu pengurusan orang ramai, pengurusan barisan, pengurusan tempat duduk dan pengurusan interaksi. SOP penganjuran acara di hotel juga perlu dikaji semula bagi mengelak perhimpunan besar.
Sebilangan pengusaha industri mungkin harus mengubah proses operasi mereka untuk menyesuaikan dengan persekitaran perniagaan baharu. Tetapi apa pun, kerajaan negeri menjamin akan bersama-sama pemain industir menghadapi krisis ini.
Sumber: Bernama