Pulau Palawan Permata Filipina. 4 Lokasi Indah Wajib Singgah!

Share

Pulau Palawan kaya dengan alam semula jadi, pantai yang indah, kawasan terumbu karang dan tumbuh-tumbuhan unik serta keramahan penduduknya. Banyak destinasi menarik boleh dilawati di wilayah Pulau Palawan. Semestinya ini menjadi lokasi percutian yang sempurna dan destinasi ideal untuk anda.










Destinasi wajib dikunjungi jika ke Pulau Palawan adalah:

Puerto Princesa

  • Terletak di tengah bahagian jalur panjang wilayah Pulau Palawan Filipina, Puerto Princesa berkeluasan 1.7 juta hektar destinasi pelancongan utama dan berbaloi dikunjungi.
  • Selain membeli-belah dan menyelusuri bandar, ambil masa untuk menikmati pemandangan indah dan keajaiban semula jadi di pulau yang mempunyai pasir putih selain terumbu karang dan tumbuh-tumbuhan subur.



  • Ada beberapa tempat dan khazanah alam untuk diterokai, termasuk Taman Negara Puerto Princesa yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan satu daripada tujuh keajaiban dunia. Di taman negara ini terdapat sungai bawah tanah yang dikatakan terpanjang di dunia dengan jarak 8.2 kilometer dan mengalir terus ke Laut China Selatan.

Honda Bay




Bagi penyelam yang mahu menikmati keindahan dunia laut dan bersantai di tepi pantai, Teluk Honda adalah destinasi pelancongan perdana di Pulau Palawan. Teluk Honda sesuai untuk aktiviti berenang dan menyelam kerana perairannya cetek dan mempunyai banyak kawasan terumbu karang unik yang memukau pandangan.

Pandan Island


Satu daripada tempat menyelam yang terkenal adalah Pulau Pandan yang mempunyai terumbu karang yang cantik dan mudah dilihat kerana air lautnya jernih kebiruan. Selepas penat mengembara di dasar laut, tidak lengkap jika tidak merasai masakan makanan laut di Pulau Pandan yang dimasak oleh penduduk tempatan, termasuk sayur segar dan buah-buahan tempatan.

Cowrie Island


Anda juga boleh berehat sebentar di Pulau Cowrie yang menyediakan restoran dan perkhidmatan urutan badan serta kaki selain aktiviti rekreasi air.

Oleh
Husna