Pulau Palawan kaya dengan alam semula jadi, pantai yang indah, kawasan terumbu karang dan tumbuh-tumbuhan unik serta keramahan penduduknya. Banyak destinasi menarik boleh dilawati di wilayah Pulau Palawan. Semestinya ini menjadi lokasi percutian yang sempurna dan destinasi ideal untuk anda.
Destinasi wajib dikunjungi jika ke Pulau Palawan adalah:
Puerto Princesa
Terletak di tengah bahagian jalur panjang wilayah Pulau Palawan Filipina, Puerto Princesa berkeluasan 1.7 juta hektar destinasi pelancongan utama dan berbaloi dikunjungi.
Selain membeli-belah dan menyelusuri bandar, ambil masa untuk menikmati pemandangan indah dan keajaiban semula jadi di pulau yang mempunyai pasir putih selain terumbu karang dan tumbuh-tumbuhan subur.
Ads
Ada beberapa tempat dan khazanah alam untuk diterokai, termasuk Taman Negara Puerto Princesa yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan satu daripada tujuh keajaiban dunia. Di taman negara ini terdapat sungai bawah tanah yang dikatakan terpanjang di dunia dengan jarak 8.2 kilometer dan mengalir terus ke Laut China Selatan.
Honda Bay
Bagi penyelam yang mahu menikmati keindahan dunia laut dan bersantai di tepi pantai, Teluk Honda adalah destinasi pelancongan perdana di Pulau Palawan. Teluk Honda sesuai untuk aktiviti berenang dan menyelam kerana perairannya cetek dan mempunyai banyak kawasan terumbu karang unik yang memukau pandangan.
Ads
Pandan Island
Satu daripada tempat menyelam yang terkenal adalah Pulau Pandan yang mempunyai terumbu karang yang cantik dan mudah dilihat kerana air lautnya jernih kebiruan. Selepas penat mengembara di dasar laut, tidak lengkap jika tidak merasai masakan makanan laut di Pulau Pandan yang dimasak oleh penduduk tempatan, termasuk sayur segar dan buah-buahan tempatan.
Ads
Cowrie Island
Anda juga boleh berehat sebentar di Pulau Cowrie yang menyediakan restoran dan perkhidmatan urutan badan serta kaki selain aktiviti rekreasi air.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika berpeluang berjalan-jalan di kawasan alam semula jadi atau hutan belantara, pastikan anda mendongak ke atas dan melihat keseluruhan sebatang pokok.
Anda pasti teruja melihat kebanyakkan daun-daun pokok tidak bersentuh antara satu sama lain. Situasi ini menjadi kegemaran jurufoto untuk merakam gambar dan disebut sebagai fenomena ‘Crown Shyness. Tapi awas, jangan terlampau leka melihat fenomena ini sehingga membahayakan nyawa anda atau tersesat lebih jauh di dalam hutan belantara.
Seperti manusia atau haiwan, tumbuhan juga memerlukan ‘ruang sendiri’ untuk hidup dengan lebih baik dan selamat. Khususnya bagi pepohon kanopi yang tinggi di dalam hutan. Ia penting agar setiap pepohon tidak perlu bersaing untuk mendapatkan nutrien dan boleh berkongsi kehidupan lebih baik dan membesar dengan sempurna.
Crown Shyness merujuk kepada kawasan kosong seakan rekahan yang wujud di antara ‘mahkota’ (puncak paling tinggi) sebatang pokok. Bagaimana kejadian ini boleh terjadi?
Ada banyak teori yang didedahkan antara yang popular disebabkan geseren di antara daun-dauh yang terletak di kawasan mahkota atau puncak pokok menyebabkan daun-daun gugur. Faktor angin juga memainkan peranan di sini.
Terdapat pula teori yang mengatakan bahwa pohon-pohon ini memiliki kepekaan terhadap cahaya far-red (FR) yang dihasilkan oleh pokok-pokok sekitar
Teori lain mengatakan bahawa dahan-dahan pohon ini sedang melakukan mekanisme perlindungan diri dengan menjauhi pokok disekitarnya. Tujuannya adalah untuk mencegah penyebaran hama atau serangga pemakan daun dari satu pokok ke pokok yang lain.
Mersing pekan kecil yang terletak 136km dari Johor Bahru. Namun, Mersing merupakan tempat mendarat pelancong dari pulau-pulau di Johor. Pulau ini mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Ia hanya boleh diakses menggunakan bot. Jeti Mersing terkenal sebagai pusat pelepasan bot bagi 9 pulau termasuk Pulau Tioman, kecuali Pulau Sibu.
Terdapat 9 pulau di Johor
Pulau Aur
Pulau Besar
Pulau Pemanggil
Pulau Rawa
Pulau Tinggi
Pulau Sibu
Pulau Harimau
Pulau Dayang
Pulau Tengah
Pulau Aur
Terletak 80km dari Mersing, Pulau Aur adalah sebahagian dari Taman laut Johor. Ia semakin popular dikalangan pelancong kerana kolam semulajadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna -warni dan pantai yang cantik.
Dari Pulau Aur, anda boleh ke pulau kecil Pulau Dayang. Kedua-dua pulau ini terbaik bagi kaki selam skuba memandangkan Pulau ini jauh dari Pantai, air disini sangat jernih dan banyak spesis hidupan marin termasuk baracuda dan pari besar boleh dijumpai. Ramai pelancong Singapura datang ke sini.
Monsun timur laut membawa hujan lebat ke pulau sekitar November dan Mac, manjadikan pulau sukar diakses dan tidak selamat untuk aktiviti. Monsun tenggara juga hadir sekitar Mei dan September, menjadikan bulan-bulan lain waktu ideal untuk dilawati.
Pulau Besar
Dulu dikenali Pulau Babi Besar. Dipercayai banyak babi hutan liar di sini, namun kini menghilang. Pulau Besar boleh diakses selepas menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing. Jika anda pernah menonton rancangan realiti TV Expedition Robinson, maka anda tahu anda bakal ke syurga dunia.Pantai yang bersih cantik dan putih serta resort cantik menanti anda, bersama hidupan marin dan kepelbagaian batu karang yang cantik.
Menyelam skuba juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini. Anda juga boleh akses Pulau Harimau yang berhampiran.
Walaupun pulau ini agak kecil (4 km panjang , lebar 1km) terdapat 4 resort untuk dipilih. D’Coconut yang paling selesa sementara yang lain menawarkan penginapan asas. Banyak aktiviti dan sukan air di sini. Bola tampar pantai berada di resort Aseana; anda boleh bermain dengan pengunjung lain. Serta padang golf 18 lubang juga ada disini.
Meskipun bahagian tengah pulau berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Anda juga boleh menghabiskan masa dengan penduduk tempatan di kelong mereka dan mempelajari cara menangkap ikan.
Pulau Pemanggil
Pulau ini terletak 45km dari Mersing. Perjalanan mengambil masa sekitar 4-5 jam. Air disini amat jernih dan pasirnya keemasan bersih. Pulau ini menawarkan cerita rakyat tradisi orang kampung, pengalaman memancing dan merasa durian dan mangga dari dusun.
Hikayat pulau ini dipercayai lelaki Indonesia dan keluarganya belayar berhampiran Pulau. Kemudian malamnya bermimpi suara memanggil untuk menghuni pulau ini. Dari sinilah dapatnya nama Pulau Pemanggil. Kemudian semakin ramai orang dari Indonesia dan Pulau Aur datang menghuni disini.
Pulau ini memiliki batu karang cantik, hidupan laut yang banyak dan syurga bagi kaki pancing. Ramai mengatakan Pulau Pemanggil antara spot terbaik memancing laut dalam. Ikan marlin, ikan yu, ikan pari dan tuna antara yang selalu berada disini. Hanya terdapat Lanting Beach Resort di sini jadi pastikan anda menempah awal agar tidak kecewa.
Pulau Rawa
Pulau kecil ini mendapat jolokan Maldives Malaysia. Ia terletak 16km dari Mersing. Tarikan utama ialah pantai bersih putih, hidupan marin dan batu karang cantik. Pulau ini dilitupi hutan yang tebal dan sukar untuk ditembusi. Kerana pulau ini kecil, tidak ada kemudahan pengangkutan di Rawa. Hanya 15 minit perjalanan untuk ke bahagian lain pulau.
Bahagian timur pulau, yang penuh dengan batuan besar tidak boleh diakses. Hanya ketika laut tenang, anda berpeluang berkanu sekitar pulau. Ini cara terbaik untuk melihat keindahan sekeliling pulau yang penuh dengan batuan serta sedikit gua. Anda dilarang melakukan aktiviti air ketika cuaca buruk kerana tidak ada jeti dan angin serta ombak akan menolak anda ke laut terbuka.
Mereka yang menggemari trekking, anda boleh mendaki 270 tangga ke puncak di bahagian timur pulau, memberi pemandangan persisir pantai Johor dan pulau berhampiran serta spot terbaik untuk sunrise dan sunset. Pulau ini juga boleh disinggah selepas melancong Pulau Tioman.
Pulau Tinggi
Juga dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral oleh pelayar China beratus tahun dahulu. Ia terletak 32km dan 45 minit perjalanan dari jeti Mersing. Kaya dengan sejarah, dahulunya menjadi tempat singgah pedagang dan nelayan. Pulau ini memiliki pantai berish, bukit yang tinggi dan hutan yang tebal, pusat hidupan marin, kampung nelayan dan resort moden.
Pusat hidupan marin disini memberi pengetahuan yang baik terhadap pulau ini dan terlibat dalam program penetasan penyu dan penternakan kerang gergasi. Seperti biasa, aktivit-aktiviti seperti di pulau lain terdapat disini. Perjalanan 35-40 minit dan anda akan sampai ke air terjun dan kolam kecil yang cantik. Anda perlu mendapat pemandu arah kerana denai yang tidak mempunyai arah yang baik. Dari sini juga , anda boleh akses ke Pulau Sibu.
Pulau Sibu
Pulau SIbu adalah gugusan pulau lain iaitu Pulau Sibu Hujung, Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Tengah. Sebahagian pulau ini juga dirakam dalam rancangan TV Expedition Robinson.
Di sebelah timur pulau terdapat 4 lagi pantai utama, yang menawarkan anda pantai putih bersih, air yang sangat jernih dan ketenangan. Pulau ini hanya kurang dari 1km luas dan keseluruhannya rata. Anda mudah akses dari satu tempat ke tempat lain. Tiada jalanraya di sini.
Di selatan pantai, pulau ini terlindung dari angin, menjadikan air seperti di tasik dan spot yang best untuk mandi. Terdapat juga pokok bakau di sekitar. Pulau Sibu hanya boleh diakses dari jeti Tanjong Leman. Bagi kaki skuba, ada pusat skuba, Sea Gypsy Village Resort, dimana kursus PADI boleh ditempah. Kampung Duku disini dikuasa sepenuhnya menggunakan solar.
Pulau Harimau
Pulau ini tidak berpenghuni. Rupa muka bumi pulau ini seolah anda berada di luar negara. Terdapat rumah api di puncak bukit dan dibuka kepada pelawat. Ia juga boleh diakses dari jeti Mersing. Ramai datang ke sini untuk selam skuba dan snorkeling. Pulau ini mempunyai gua ringkas dan mempunyai kolam lagun yang cantik. Menurut penduduk tempatan, dahulu pulau ini dipercayai menjadi lokasi singgah berteduh bagi lanun. Namun, tidak dapat dipastikan kebenaran cerita tersebut.
Pulau Dayang
Pulau Dayang teletak sebelah Pulau Aur. Ia juga antara spot terbaik untuk melihat hidupan marin. Pulau ini juga sempuna untuk anda relaks bercuti sambil melakukan aktiviti air.
Ia juga terkenal dikalangan penyelam skuba kerana lokasi ini mudah dijumpai ikan yu, paus dan ikan pari. Disini disediakan kursus menyelam untuk mereka yang baru dan berpengalaman. Sesi menyelam ini biasanya dijalankan pada Februari – November. Terdapat beberapa hotel dan resort disini.
Pulau Tengah
Pulau Tengah adalah milik peribadi dan terletak 15km dari jeti Mersing. Pulau ini terkenal kerana dahulunya menjadi tempat berlindung pelarian Vietnam pada tahun 70an dan telah ditutup pada tahun 80an.
Ini memberi perspektif sejarah terhadap pulau ini selain ia juga antara lokasi bagi rancangan TV Expedition Robinson. Pulau Tengah antar pulau yang digazet di Johor sebagai Taman Laut kerana hidupan marin yang pelbagai dan kecantikan terumbu karang. Pulau ini lebih popular berbanding pulau lain di Johor. Seperti biasa, anda boleh melakukan aktiviti air seperti di pulau lain.
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Gopeng Riverstone Rainforest Retreats berkonsep percutiaan alam berupaya menzahirkan impian pencinta hijau yang inginkan waktu rehat yang selesa dengan keluarga tersayang.
Mereka yang sukakan suasana alam sekitar, ini antara pilihan lebih baik. Buat yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti luar tentunya berasa lebih santai dan selesa dengan konsep penginapan moden dan lengkap berserta sajian makan serta minum.
Bunyi macam datang dari town sangat kan. Tapi itulah the real feeling bila kami masuk kampung Chulek. Bermalam di Gopeng Riverstone Rainforest Retreats (GRRR) yang absolutely great place, dah back to nature pulak kita rasa. Lokasi Gopeng Riverstone Rainforest Retreats (GRRR) terletak di Kampung Chulek, Gopeng Perak.
Talked about our shortvacay kali ni, memang experience yang tak boleh tukar ganti. Si ‘3D’ seronok sakan berdayung sampan, berenang dalam kolam yang banyak anak ikan, kena pulak dalam hujan fuh happy tak mau balik.
Pada pagi hari pula, ronda kampung dengan nikmat kabus, air sungai yang deras mengalir, sejuk mencengkam. Hebat ciptaanNya. To GRRR owner Mr Jason, thank you for the great hospitality.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...