Bilangan pengunjung terutamanya untuk pakej lawatan balik hari atau day trip bertambah begitu mendadak sehingga lebih 100 peratus bermula Julai 2020 yang lepas.
Antara tarikan utama pelancong ke Pulau Kapas ialah jaraknya yang lebih dekat dengan tanah besar yang perjalanan menaiki bot hanya kira-kira 15 minit sahaja berbanding pulau peranginan yang lain antara 30 hingga 45 minit. Walaupun terletak tidak jauh dari tanah besar namun keindahan terumbu karang dan hidupan marin yang lain seperti ikan Nemo dan penyu diakui sama dengan pulau pelancongan yang lain di Terengganu. Faktor tarikan lain adalah kerana harganya yang lebih murah dan sesuai untuk percutian seisi keluarga atau bersama sahabat handai melalui pakej lawatan yang ditawarkan oleh pengusaha resort dan pengusaha bot di pulau itu.
Tidak perlu dibahaskan lagi keseronokkan di pulau ini. Ramai yang berpuas hati dan teruja ketika menjejakkan kaki di sini untuk bercuti. Antaranya seperti perkongsian daripada Hazwani Mimi
Pulau Kapas – view yang mahal dan percutian yang sesuai bawak anak.
Mimi ambil pakej yang 2 hari 1 malam – RM190:
Bagi yang tak pernah naik boat atau fobia air (macam Mimi) boleh try pergi Pulau Kapas. Dari jeti Marang ke Pulau dalam 5km (10-15 minit) sahaja. Tak mabuk laut pon. Tips dia layan je ombak laut tu. Jangan keraskan badan, layan je tau. Memang best rasa angin naik boat.
Selalu tengok orang review Pulau Perhentian dan Pulau Redang sahaja. Tapi Pulau Kapas pun lawa oi. Dah lah harga murah. Apa yang best, Pulau Kapas ni mesra budak. Dekat gigi laut tu air cetek, jernih, ada anak ikan banyak, jadi memang tak risau anak main air kat situ. Anak pun suka berenang sambil main dengan ikan.
.
.
Resort yang Mimi duduk – Ombak Kapas Resort. Rumah dia kayu, malam2 tido dengar bunyi cengkerik feeling kampung gitu. Dan yang bestnya, makanan dia memang sedap! Confirm akan menambah nasi.
.
Pulau Kapas tak crowded. Sangat tenang nak layan view. Jalan2 kaki di sepanjang pulau memang banyak view yang lawa untuk tangkap gambar. Kalau nak walk in, boleh terus beli tiket dekat jeti Marang. Tapi better tempah awal. Lebih senang
Hebatnya kuasa Allah! Hanya itu kata yang mampu diucap. Melihat keindahan alam yang tersergam nan indah.