Pulau Jerejak Ditutup Sepenuhnya, Tiada Lagi Port Bergambar Cantik Di Pulau Bersejarah Ini

Share

Suatu ketika dahulu, Pulau Jerejak pernah digelar Alcatraz Malaysia kerana menempatkan penempatan perang selain pengidap penyakit TB.

Namun ia mula menjadi perhatian apabila ia dibangunkan oleh Jerejak Island Resort pada 2018 dan mula menjadi perhatian ramai apabila banyak spot bergambar menarik di pulau ini sekaligus menarik jutaan pelancong mengunjungi pulau berwarna warni ini.


Untuk sampai ke Pulau Jerejak ini, pengunjung hanya perlu menaiki di Jeti Pulau Jerejak pada harga RM20 (pergi dan balik). Perjalanan bot hanya memakan masa 10 minit dan bermula seawall 6.30 pagi. Masa menunggu pun tak lama iaitu sekitar 15 minit saja dan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun percuma.

Antara aktviti boleh dibuat di pulau ini ialah bergambar sakan (OOTD), jungle tracking, memanah, memancing, main paint ball, berkayak, makan-makan di cafe, boleh sewa basikal selain mandi manda di kolam renang disediakan. Nak tengok matahari terbenam yang cantik pun boleh sebab bot terakhir pada jam 8.30 malam. Nak bermalam pun boleh sebab memang ada penginapan di sini. Waktu malam memang cantik sangat tempat nie sebab berwarna warni selain ada pertunjukan yang menarik.

Tapi semua yang Admin ceritakan kat atas tadi dah tinggal kenangan ya sebab Pulau Jerejak dah ditutup sepenuhnya penghujung bulan 12 hari tu. Hanya ada sign board mengatakan pulau itu ditutup sepenuhnya tanpa ada penjelasan lanjut.

Jadi mana yang masih simpan gambar menarik di Pulau Jerejak tu, simpanlah baik-baik ya sebab tu je kenangan yang ada.

Oleh
almaswa Haji Che Ros