Pulau Jeju Ada Badi! Orang Kata Kalau Datang Sekali, Nanti Akan Datang Berkali-Kali

Share

Pulau Jeju merupakan pulau terbesar serta paling selatan di Korea Selatan dan memiliki daya tarikan pelancongan yang pelbagai. Pulau ini sangat popular di kalangan rakyat Korea Selatan sendiri sebagai destinasi percutian. Beberapa filem serta rancangan popular Korea Selatan seperti Running Man pernah dirakam di Pulau Jeju, sekaligus membawa keindahan Pulau Jeju kepada dunia luar.

Pernah terdengar perbualan seorang rakan yang jatuh cinta dengan pulau ini. Kalau boleh setiap musim, iaitu 4 tahun sekali dia ingin ke Pulau Jeju. Bahkan, bukan dia sahaja yang beranggapan sebegitu. Seluruh ahli keluarganya termasuk ayah dan ibunya terpengaruh dan ingin kembali ke Jeju saban tahun. Katanya mungkin terkena badi sambil berseloroh!

Pulau Jeju beriklim empat musim. Ini sudah tentu antara sebab utama anda mahu ke sana. Pilihan mengikut musim yang anda impikan. Pengalaman ini dapat dirakam dalam bentuk foto dan video kenangan serta dapat dikongsi bersama yang lain.

Pulau Jeju memiliki rangkaian sistem pengangkutan yang efisyen. Ada bas antara bandar, bas pelancong, kereta sewa dengan GPS, atau teksi. Anda boleh pilih dengan harga yang berpatutan. Sistem bas paling murah serta efektif dengan aplikasi kad sentuh dan Wi-Fi percuma.

Contoh rangkaian perjalanan bas di Pulau Jeju


Luas Pulau Jeju hampir tiga kali keluasan Singapura. Kebiasaannya empat hari diperlukan bagi anda lawati hampir setiap lokasi menarik jika menyewa kereta. Kereta di sana dipandu sebelah kiri. Pemanduan di sana mudah kerana Pulau Jeju tidak sarat dengan trafik. Anda tidak akan sesat selagi berpandukan sistem GPS. Jika menyewa, jangan lupa meminta GPS versi English.

Menariknya, Pulau Jeju ada juga menawarkan kereta sewa elektrik. Terdapat lokasi awam yang anda boleh cas semula bateri secara percuma. Pulau Jeju menyasarkan penggunaan total kereta elektrik menjelang 2030. Ini baik untuk kebersihan persekitaran alam semulajadi.

Tawaran penggunaan kereta elektrik di Pulau Jeju semakin meluas


Pulau Jeju memiliki banyak lokasi menarik seperti Gunung Hallasan yang tertinggi di Korea Selatan, Seongsan Ilchulbong; kon tuf arketik yang dibentuk oleh letusan hidrovolkanik di atas laut yang cetek kira-kira 5 ribu tahun yang lalu, Love Land; taman tema erotik sesuai foto kenangan yang mencuit hati,

Jeongbang Waterfall; air terjun setinggi 23meter berhampiuran lautan, Manjanggul; pada ketinggian 23m, tinggi 30m dan panjang 8.928km, ia adalah tiub lava yang ke-12 terpanjang di dunia, Teddy Bear Museum,  Seonimgyo Bridgedan banyak lagi menanti anda terutamanya pemandangan indah ketika musim yang berlainan.


Gunung Hallasan

Seongsan Ilchulbong
Love Land
Jeongbang Waterfall
Seonimgyo Bridge
Teddy Bear Museum
Ketika musim salji
Oleh
Husna