Pulau Besar & Pulau Harimau, Pulau Hidden Gem Di Mersing, Johor

Share

Mersing pekan kecil yang terletak 136km dari Johor Bahru. Namun, Jeti Mersing merupakan tempat mendarat pelancong dari pulau-pulau di indah sekitar Johor.

Pulau-pulau di sekitar in mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Antara pulau yang jarang didengar tetapi punya 1001 keistimewaan adalah Pulau Besar dan Pulau Harimau.

Pulau Besar


Pulau ini dahulunya dikenali sabai Pulau Babi Besar. Ini kerana banyak babi hutan liar berkeliaran di sini, namun kini sudah menghilang. Pulau Besar boleh diakses dengan menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing. Jika anda pernah menonton rancangan realiti TV Expedition Robinson, maka anda tahu anda bakal ke syurga dunia.

Walaupun pulau ini agak kecil berukuran 4km panjang dan lebar 1km terdapat empat pilihan resort untuk menginap seperti D’Coconut dan Resort Aseana. Antara aktiviti yang ditawarkan sekitar kawasan ini seperti sukan air, bola tampat pantai dan bermain golf 18 lubang.

Meskipun bahagian tengah pulau ini berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Anda juga boleh menghabiskan masa bersama penduduk tempatan di kelong mereka dan mempelajari cara menangkap ikan.

Pantai di sini sangat bersih, cantik dan putih. Maka aktiviti bersantai di tepi pantai untuk melihat matahari terbenam jangan dilepaskan. Kalau sudah pantai pun cantik, dalam laut pastinya lebih menarik. Menyelam skuba dan snorkeling juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini, selain itu anda juga boleh akses ke Pulau Harimau yang berdekatan.

Pulau Harimau

Pulau ini tidak berpenghuni. Rupa muka bumi pulau ini seolah anda berada di luar negara. Terdapat rumah api di puncak bukit dan dibuka kepada pelawat. Ia juga boleh diakses dari jeti Mersing. Ramai datang ke sini untuk selam skuba dan snorkeling. Pulau ini mempunyai gua ringkas dan mempunyai kolam lagun yang cantik.

Menurut penduduk tempatan, dahulu pulau ini dipercayai menjadi lokasi singgah berteduh bagi lanun. Namun, tidak dapat dipastikan kebenaran cerita tersebut.

Oleh
Husna