Pulau Pinang juga menjadi salah satu destinasi popular di kalangan pengujung. Keindahan negeri ini serta pelbagai makanan sedap menyebabkan pulau mutiara pilihan terbaik untuk bercuti.
Jangan tak tahu di Pulau Pinang mempunyai banyak bangunan tinggalan sejarah yang masih elok seni binanya.
Salah satu adalah Hotel Prestige yang terletak di tengah-tengah bandar Georgetown.
Berbeza dari hotel lain di kawasan sekitar Hotel Prestige sekarang ini menawarkan promosi Flexi Check in dan Check out 25 jam. Maksunya jika check in pukul 2 petang, anda boleh request check out pukul 3 petang.
Siapa sangka dalam bangunan yang bercirikan kolonial Victoria ni wujud sebuah hotel mewah yang bertaraf 5 bintang!
Hotel ini terletak di tengah-tengah kawasan UNESCO Heritage Site, Georgetown, berdekatan dengan Pengkalan Weld.
The moment korang melangkah masuk ke lobi hotel, korang akan rasa macam berada di kayangan. Lawa teruk! Kombinasi warna putih dan rose gold yang digunakan oleh hotel ini menyerlahkan lagi element luxurious dan elegant.
Staff hotel sangat attentive dan friendly. Proses untuk check in juga pantas, tak penat nak menunggu.
Hotel ini mempunyai 162 bilik. Gambar bilik yang saya upload ini merupakan bilik deluxe room, twin. Harga untuk satu malam adalah RM299.
Ads
Lebih menarik lagi, sekarang ni ada promosi Stay & Explore 25 hours. Maksudnya, korang boleh flexi check in & check out, dah boleh stay sehingga 25 jam. On top of that, korang juga akan dapat complimentary one-way ride ke mana-mana destinasi di sekitar Pulau Pinang.
Dari segi bilik pula, ianya sangat kemas, bersih dan segalanya teratur.
5 perkara yang paling saya suka mengenai bilik ini adalah:
1. Aircond best. Bayangkan eh, kita panas-panas berjalan kat luar, lepas tu balik bilik dapat pula aircond yang nyaman. Fuh…nikmatnya memang tak terkata
2. Handwash, shower gel, shampoo wangi teramat. Bila check botol handwash, rupa-rupanya dorang letak essential oil. Level best tu sampai terasa macam nak basuh tangan banyak kali
3. Selection of coffee & tea di minibar. Dorang provide Nespresso machine & capsule untuk coffee, manakala untuk teh, dorang provide TWG tea. Dan bukan tu je..semua air (mineral water, juice, soya) yang disediakan tu, korang boleh minum tanpa sebarang caj tambahan. Ye, nampak benda biasa dan simple. But, who doesnt love free gift?
4. Shower memang secukup rasa. Hot water berfungsi dengan baik. Dan ada pili di bahagian bawah untuk memudahkan kita ambil wuduk.
Ads
5. Interior mewah, minimalist dan tak nampak serabut. Bilik nampak luas apabila perabot yang digunakan berkonsepkan minimalist. Tenang dan mendamaikan.
Memandangkan lokasi hotel ini berada di tengah-tengah bandar, korang boleh berjalan kaki atau menyewa basikal untuk explore kawasan Georgetown. Dari hotel, hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit untuk ke restoran Kapitan (yang famous jual nasi biryani claypot tu ).
Antara cafe dan restoran lain yang berdekatan dengan hotel adalah restoran Kassim Mustafa Nasi Dalca, Cafe China House, restoran Hameediyah, Cafe The Black Kettle, Le Petit Four Patisserie, The Mugshot dan banyak lagi.
Gym di hotel ini beroperasi selama 24 jam. Maksudnya memang takkan tutup. Lepas dah puas menambahkan kilogram tu, boleh la bersenam buang kalori
Ads
Antara fasiliti lain yang ada di hotel ini adalah infinity pool, glasshouse cafe dan retail outlets yang terletak sebaris dengan lobi. Covered parking turut disediakan dan ianya adalah percuma untuk semua yang menginap di hotel.
Kalau korang nak experience yang lebih menarik, korang boleh lah try book bilik jenis Loft. Bilik ini lebih WOW dan mungkin bakal menyebabkan korang extend lagi satu malam sebab susah nak move on
Bagi mereka yang ingin lepas gian melancong, sebaik tamat PKPB nanti bolehlah ke beberapa lokasi menarik sekitar stesyen KTM Komuter Klang. Lokasinya yang berdekatan dan hanya boleh berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat.
1. Sultan Abdul Aziz Royal Gallery, Klang
Dibina pada tahun 1909 bercirikan ‘neo classic’. Sejak 2007 hingga kini – bangunan ini telah menjadi galeri yang memaparkan sejarah dan warisan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai Sultan Selangor yang kelapan dan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kesebelas pada tahun 1999. Lokasi terletak di No.3 jalan Stesen, Kawasan 1, Klang. Dibuka setiap Selasa hingga Ahad mulai jam 10 pagi hingga 5 petang. Ditutup setiap Isnin dan cuti umum.
2. Jalan Tengku Kelana (Litte India)
Jalan Tengku Kelana merupakan salah sebuah kawasan membeli belah popular yang terletak di Bandar Klang Selatan. Jalan Tengku Kelana juga dikenali sebagai “little India” oleh penduduk setempat. Ini adalah kerana kebanyakkan peniaga dikawasan tersebut terdiri daripada kaum India.
Barangan yang dijual di Jalan Tengku Kelana Kebanyakkannya untuk kegunaan kaum india seperti sari, tekstil barangan logam, barang-barang kemas dan lain-lain. Malah terdapat barangan yang diimport terus dari negara India untuk di jual disini.
Kemeriahan di Jalan Tengku Kelana ini semakin dirasai apabila menjelang perayaan Deepavali. Masyarakat India di kawasan tersebut dan menikmati persembahan hiburan oleh artis jemputan yang diadakan di pentas terbuka.
3. Chennai Silk, Klang
Asalnya adalah sebuah bank yang pertama dibina di Klang. Bangunan ini dibina pada 1874 dan rekaannya lebih kepada British Colonial. Kini, bangunan ini menjadi Gudang Tekstil dan Sutera India yang popular dan dimiliki oleh Chennai Silk Company. Peminat Sutera India boleh berkunjung ke sini mendapatkan dengan harga berpatutan.
4. Tengku Kelana Indian Muslim Mosque
Bangunan asal dibina pada tahun 1910 untuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan penduduk India Muslim yang tinggal di Klang. Dibina semula pada 1974 dan 2007. Pembinaan semula mencerminkan seni bina Islam dan reka bentuk bermotifkan kegemilangan Islam pada zaman Andalusia. Lokasi terletak di Jalan Tengku Kelana.
Bayangkan satu keluarga yang sedang bergelak ketawa riang, berjalan bersama dengan suhu sejuk sambil menyentuh rumput dan dedaunan, membuat BBQ, dan mengira bintang di malam hari bersama.
Semua ini bukan saja memberi kesan yang positif terhadap mental dan fizikal, tetapi lebih mendalam lagi dari segi emosional setiap ahli keluarga. Jadi, kalau anda rasa membawa keluarga pergi bercuti adalah sesuatu yang membazir, ternyata anda salah!
Bercuti bersama keluarga tidak semestinya perlu memilih lokasi yang serba mewah atau jauh nun di negara asing. Di negara kita juga banyak jenis percutian keluarga yang menarik boleh dipilih. Antaranya percutiaan ala glamping.
Tidak seperti berkhemah biasa yang memerlukan kita membina khemah sendiri, glam camping membolehkan anda terus masuk ke dalam khemah. Selain itu setiap khemah lengkap dengan pelbagai kemudahan tempat tidur selesa, makanan dan pengudaraan yang baik.
Pun begitu bukan semua kawasan perkhemahan atau glamping, mempunyai kemudahan dan kelengkapan sama. Lain tempat, lain kelebihannya dan juga segala aktiviti yang ditawarkan juga berbeza. Tetapi secara amnya, ia sangat mengujakan apa lagi jika anda dan keluarga ingin keluar dari kesibukan hiruk pikuk kota.
Ini ada cadangan lokasi glamping menarik terletak lokasi bersuhu sejuk di Genting Highlands iaitu ‘Glamz At Genting’. Jom layan foto lokasi glamping di sini.
Lokasi: 1, Jalan Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Sudah lama sebenarnya merancang untuk pergi bercuti ke pulau legenda ini. Mendengar saja kehebatan dan keunikan Langkawi membuatkan diri jadi teruja untuk menerokai keindahannya.
Namun kekangan waktu (disebabkan fokud belajar) menyebabkan masa terbatas dan apabila segala urusan selesai, barulah kami merancang semula untuk pergi ke sini.
Maklumlah baru habis exam penting, jadi kata orang inilah masa untuk melepaskan segala tekanan dialami sepanjang mood exam final.
Bak kata seorang teman ‘lupakan seketika score kita dapat, layan je momen percutian ini dengan hati gembira’.
Tidak mahu membuang masa, kami berlima mengambil tiket flight untuk kesana dan kebetulan dapat harga murah yang sukar dilepaskan.
Sepanjang 3 hari 2 malam, banyak aktiviti yang kami manfaat sepanjang berada di sini. Walaupun aktiviti ini biasa bagi orang lain, tetapi beri momen menyeronokkan untuk kami yang pertama kali ke Langkawi.
Mengambil kesempatan hari pertama kami habiskan masa selama 2 jam untuk Island Hoping.
Hati cukup terhibur dalam melihat sendiri helang di Pulau Helang yang bertebangan bebas di ruang angkasa.
Lebih menyeronokkan dapat pergi ke Tasik Dayang Bunting yang cukup popular di kalangan pelancong ke Langkawi.
Hampir 1 jam 3 minit di sini, puas dapat mandi, berkayan dan lakukan aktiviti lain. terasa ketenangan berada di Tasik Dayang Bunting ini yang mana kita kena mendaki seketika sebelum melihan keindahan tasik ini.
Hari kedua pula kami teruskan perjalanan menikmati keseronokan menaiki cable car. Walaupun sedikit gayat, tetapi kuatkan hati untuk melihat kawasan sekitar berdekatan sky bridge.
Turun dari situ kami sempat mengabadikan kenangan di 3d Art Museum dan juga sempat menonton skydome di kawasan berkenaan.
Sebelum berlepas balik, kami tidak lepaskan peluang untuk melepak di Pantai Cenang. Tidak banyak aktiviti di sini cuma lepak santai sambil melihat fire performance yang dijayakan.
Ternyata percutian 4 hari 3 malam bersama rakan-rakan ini boleh dikatakan yang paling best kerana dapat meluangkan masa bersama-sama setelah sebelum ini sama-sama bekerja keras untuk berjaya dalam pengajian di kolej.
Oh ye kami hanya membelanjakan sekitar RM500 untuk semua kos termasuk tiket pergi balik, makan, aktivit bit dan juga keperluan lain.
Cuma sedikit frust kerana tidak dapat membeli sebahagian coklat yang viral dan popular kerana diberitahu stok sudah habis.
Mungkin kami kena datang lagi ke sini kerana Langkawi sememangnya destinasi cukup menyeronokkan untuk dikunjungi berbanding destinasi percutian lain.