
Ada yang berniat nak bercuti di Lombok tahun ini? Haaa… kalau ada plan, anda mungkin kena fikirkan penginapan dulu nak tidur di mana.
Nak mudah dan selesa, boleh baca pengalaman Puan Lea ini dulu. Nampak gaya tempat dia stay bersama keluarga sewaktu berada di Lombok, agak menarik.
POV Satu Malam Di Lombok
Resort ini memang terbaik, jom tengok apa yang korang dapat dengan harga RM419 semalam.
Korang akan dapat sebuah villa dengan private swimming pool! Villa ni datang dengan 2 king bed dan juga bathtub. Kira lengkap lah bilik ini, semua ada.
Owh ya, sarapan pun termasuk juga! Tinggal order sahaja dan enjoy the breakfast by the pool. Memang cun, kalau nak ambil gambar.
Kalau stay di sini, water activities dengan golf boleh kita sertai secara percuma. Best kan? Berbaloi datang jauh-jauh dan dapat berehat di sebuah penginapan yang besar dan selesa nak buat aktiviti.
Jangan risau keluarga besar, bilik luas dan selesa untuk berehat. Yang paling penting tempat main, suka lah anak-anak sebab ada private pool.
Kalau ikut pengalaman wanita ini sepanjang datang Lombok, Anema Wellness memang terbaik!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulau Mawar, Mersing Lokasi Lihat Panorama ‘Bima Sakti’ Indah Di Langit

Dalam setiap galaksi, terdapat berjuta-juta bintang yang masing-masing memancarkan cahayanya sendiri. Galaksi terletaknya sistem matahari, bumi dan bintang-bintang lain berada dinamakan Bima Sakti (Milky Way).
Salah satu syurga astronomer amatur dalam mengabadikan keindahan langit malam adalah Pantai Mersing, Johor. Keindahan pantai dan langit yang jauh dari pencemaran cahaya membolehkan langit malam lebih mudah dirakam dan diabadikan.
Melihat imej di langit yang terakam daripada lensa pastinya ramai menyangka ia fenomena angkasa di luar negara. Mungkin ada yang menyangkakan ia antara rakaman imej langit di kutub utara atau lokasi di negara tersohor dengan astrofotografi seperti di Australia dan Eropah. Sedangkan ia antara koleksi imej menarik langit di negara kita.
Imej-imej di bawah adalah hasil pencerapan & pengimejan Galaksi Bimasakti (Milky Way) yang dibuat oleh team Planetarium Negara di Pulau Mawar, Penyabong, Mersing Johor.
Orang ramai juga turut kongsikan beberapa imej Bima Sakti menarik yang berada di kawasan mereka sejak beberap hari ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuti-Cuti Malaysia: Jom Jenguk 3 Kawasan Sawah Padi. Serius Cantik Menyegarkan

Isi Kandungan
ToggleJika anda merupakan penghuni bandar besar, pasti tidak menyedari berapa banyak pencemaran bunyi terpaksa ‘diterima’ telinga setiap hari selagi tidak meneroka kawasan kampung dan alam semula jadi.
Jom masuk kampung, jenguk hamparan sawah padi. Pemandangan nan menghijau, bunyi unggas bernyanyi dan panorama indah bakal ‘mengecas’ semula semua pancaindera sekaligus menimbulkan kedamaian jiwa.
Ini antara port sawah padi yang ada di Malaysia untuk anda terokai melangkapkan percutian indah anda.
Ban Pecah, Parit Buntar Perak


Ban Pecah terletak di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak memiliki kawasan sawah padi yang begitu unik. Pemandangan dari udara memaparkan sawah padi terbentang dan dari satu sudut yang lain kelihatan pemandangan laut dengan sedikit ruang landai menjadi pusat aktiviti penduduk mahupun orang luar berkunjung untuk beriadah.
Malah di sepanjang laluan pesisiran laut itu boleh kelihatan bongkah batu yang berfungsi menghalang air laut melimpah ke kawasan sawah. Pada hujung minggu, lokasi ini sangat meriah dengan aktiviti memancing dan juga bersantai melihat pemandangan indah terutama tatkala senja di kawasan itu.
Sekinchan, Selangor


Sekinchan pekan yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor ini memiliki pemandangan padi menghijau mengundang pengunjung kota yang rindukan suasana desa.
Sekinchan sangat istimewa kerana pekan ini juga merupakan sebagai salah satu penyumbang utama pengeluaran padi di Malaysia apatah lagi ia kediaman Kilang Pemprosesan Padi sehinggakan ada muzium boleh dikunjungi. Selain menikmati pemandangan sawah padi, pengunjung berpeluang membeli beras yang berkualiti tinggi dari pengeluar padi di sini.
Kampung Agong, Penaga Pulau Pinang

Kampung Agong lokasi ekopelancongan, membangkit nostalgia kehidupan kampung Melayu tradisi dikelilingi sawah padi dan ladang kelapa. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, tidak terhad untuk yang datang secara individu tetapi juga menerima kunjungan berkumpulan atau untuk melakukan sebarang bentuk aktiviti hari keluarga dan sebagainya.
Jika anda berkesempatan boleh ke Kampung Agong Bakar Kapor, Penaga Pulau Pinang. Pastikan anda mengambil kesempatan untuk merakam gambar menarik di setiap sudut di sini terutama sekali buaian yang diikat pada pokok kelapa berlatar belakangkan sawah padi menghijau.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BERENANG SAMA TENGAS SG. CHILING

Minggu lepas saya ke Sungai Chiling. Lepas tengok video Din Proton, tergerak nak ke sana. Musim hujan, jadi saya anggar air banyak dan deras. Sebelum subuh dari Shah Alam dah bertolak ke Kuala Kubu Baru. Nak sampai awal supaya tak ramai orang.
Air terjun sungai chiling yang pertama. Lagi dua kena panjat lagi. Tengah tu dalam saya anggar 1.5m-2m mungkin? Terjun tiruk pun tak sampai dasar. Mungkin air deras. Tapi BEST!
Nama rasmi ialah Kawasan Perlindungan Ikan Sungai Chiling. Kawasan ni diurus baik Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Ikan Tengas banyak hidup kat sini. Hutan ni juga hutan simpan. Jadi tak boleh mancing atau tangkap ikan.
Selain tengas jinak, Air Terjun Sungai Chiling tarikan utama. Ia antara air terjun tercantik di Selangor. Yang boleh akses, tinggi 80m. Ada tiga tingkat air terjun, namun dua lagi ditutup kepada orang ramai. Sebelum ini pernah jadi kemalangan di tingkat dua air terjun. Arus di sana lebih deras dan nak mendaki sangat curam. Nak pergi juga? Risiko sendiri.
Dari pintu gerbang Sungai Chiling, berjalan sekitar 10 -15 minit untuk ke pondok renjer, kaunter tiket dan kawasan khemah. Bayar masuk seorang RM1. Perlu check in barang yang dibawa masuk seperti botol air, keropok, dll. Deposit RM10 dikenakan. Kalau barang bawa masuk takde masa check out, maka RM10 tidak dipulangkan. Sampah mesti bawa keluar sendiri. Sini, boleh beli makanan ikan RM2. Beli banyak sebab seronok beri ikan makan. Atau bawa roti bagi ikan.
Kawasan khemah sesuai bagi keluarga dan anak kecil berkelah. Sini dah boleh nampak banyak ikan tengas. Tepi sungai je. Jinak pula tu. Tunggu je makanan macam kucing.
Saya suggest bawa google. Selam sambil bagi makan. Tengok tengas depan mata. Yang dok tangkap ikan tu bukan saya
Kalau nak ke air terjun ni, kena lalu denai di tepi sungai. Laluan santai. Tak susah. Jam GPS saya rekod jalan sekitar 2.3km dan masa lebih kurang 52 minit untuk sampai. Kena redah sungai sebanyak lima kali. Sepanjang sungai dapat lihat banyak tengas. Banyak spot untuk mandi. Cuma tak sesuai berkelah besar-besaran. Takde ruang lapang.
Bertentang air terjun, ada batu besar sesuai letak barang dan hampar tikar. Batu ni kena panjat. View memang OHSEM. Cantik. Kat sini ada kolam kecil dalam juga. Lebih kurang 5 meter lebar. Dalam mungkin 1.5m ke 2m. Ada batu yang boleh panjat dan terjun dalam kolam dalam. Arus kuat, kena hati-hati. Sejuk dan seronok.
Saya bawa googles sebab nak clear view selam sambil bagi tengas makan. Depan mata tengas berenang. BEST. Trip santai ni memang seronok. Kawasan bersih hanya sekali – sekala nampak sampah. Yang smoking tu, bawa la ashtray sendiri.
TIPS
- Pergi awal kalau nak ke air terjun tu, bila dah ramai, crowded. Tapi tak semua orang mandi di kolam dalam. Pastikan tahu berenang sebab dalam air kolam tu.
- Pakai kasut, sandle hiking okla
- Jangan tinggal barang bernilai dalam kereta, ada kes pecah cermin kereta
- Jangan redah sungai semasa hujan atau selepas sahaja hujan, elak kepala air
- Renjer mungkin melarang masuk kalau musim hujan
- Tak boleh memancing
- Bawa keluar SAMPAH. Bertanggungjawab sikit
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI